Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan

Isnin, Disember 20, 2010

persediaan kita

contoh persediaan jarak dekat
Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam...

sekadar perkongsian tentang perancangan masa depan.

setiap detik adalah catatan kehidupan, setiap catatan kehidupan akan indah terlakar bilamana pelakarnya "well prepared" menghadapinya.

tetapi apa itu,"well prepared "?

kata orang "kalau tidak merancang, anda sebenarnya merancang untuk gagal "...

perancangan : menimba ilmu

persediaan yang paling mudah iaitu dengan "gain the knowledge". tidak kira apa jua yang ingin capai pada masa depan, asbab yang paling dekat untuk dapatkan apa yang dicita2kan ialah dengan menimba ilmu dan pengetahuan.

saya ambil satu contoh, yang saya kira semua orang ada salah satu perancangan masa hadapannya iaitu baitul muslim (BM,rumah tangga islam).

dan salah satu persediaan dalam membina BM ialah perancangan ilmu kewangan ISLAM - perancangan ekonomi rumah tangga iaitu dari sudut skim perlindungan ( adakah ia satu keperluan atau kehendak ?) , insurans atau takaful (yang mana menjadi keutaman dari sudut hukum halal dan haramnya) , investment? (perlukah kita terlibat sama ?), simpanan (dalam bentuk FULUS atau dalam bentuk emas - atau kenapa perlu orang ISLAM perlu ada simpanan , apa aim kita untuk kehidupan ini?) dan yang terakhir berkenaan tentang hari tua kita iaitu : persaraan .

jawapan2 kepada ini ,,,anda semua boleh lah start to search the answer ye..


kunci untuk berjaya ialah menyediakan " next step" untuk setiap langkah hidup.
 simpanan

KENAPA PERLUKAN SIMPANAN ?apa tujuan kita as a muslim ?

untuk berbangga-bangga kerana punya simpanan yang banyak?

bagi saya as a muslim, apa2 tujuan dalam kehidupan memerlukan niat kerana ALLAH swt . tanpa ini hidup adalah tiada makna.

jika redha ALLAH yang dituntut insyaALLAH, life will be so simple and not complicated.

dan jika redha ALLAH yang dipasakkan dalam kehidupan justeru itu tujuan simpanan (with investment ) tidak lain tidak bukan kerana ingin mendapat keredhaan ALLAH.

BILA ini , sudah terpasak - sudah tentu penggunaan simpanan (with investment) ini akan tersusun dan terarah ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat...
 kerna kita lihat di MALAYSIA ini, berapa ramai hartawan muslim? kalau ada berapa ramai hartawan muslim itu, dermawan? apa pula kaitan hartawan muslim yang dermawan dengan pembangunan ekonomi umat islam, pendidikan umat islam atau kebajikan umat islam..insyaALLAH semua ini berkaitan...
.(ini peranan simpanan dengan pelaburan, bukan simpanan sahaja deh  )

simpanan dalam bentuk FULUS atau emas atau bagaimana? (boleh dapatkan pengetahuan tentang ini dari buku tulisan ustaz zaharudin salah satunya , riba dan isu kewangan semasa atau blognya )...

dan untuk seterusnya..boleh lah layari blog ustaz zaharudin.net ...banyak info...(^.^)..tak sempat rasanya nak mengarang penuh...

ini lah yang dikatakan ilmu ALLAH yang tidak pernah lekang- terlampau banyak- subhanallah...walau apa jua bidang profesyen anda pada masa depan, kita patut bersama2 cuba untuk memahami "basic " ilmu kewangan semasa.

wallahualam...

itu sahaja, something to trigger the functional brain.


choose to be happy and positive. hidup ini hanya sementara-akhirat kekal abadi.

(^.^))) >>back to work!!!

Isnin, November 29, 2010

saat lafaz sakinah

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku

Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

p/s : barakallahulakuma zaleha n tajuddin...


Sabtu, November 20, 2010

nilai sabar dan nilai malu.


Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.

satu perkongsian "simple and short".

kuliah daripada ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang berbicara tentang nilai sabar pada seorang lelaki dan nilai malu bagi seorang perempuan.

ringkasannya...tentang SABAR..

dimana akan hilang sifat kelakian seorang insan bernama LELAKI bilamana TIADA nya sikap sabar dalam diri pabila berdepan permasalahan rumah tangga..

apabila kita "review" balik kisah-kisah rumahtangga di dada akhbar,antaranya ialah retaknya institusi tersebut apabila sang suami sudah mula menunjukkan tahap optimun kesabaran dan akhirnya diikuti dengan buah-buah tangan "free" yang hinggap dibadan sang isteri dan anak-anak. Tidak cukup sekadar itu ungkapan Cerai terlafaz, daripada si suami yang sudah hilang pertimbangan akal yang sedar.

habis berbelang-belang bagaikan kuda belang (nauzubillah..(T.T)). Tiada lagi ungkapan "sayang" dan "cinta" pabila nafsu amarah melingkari diri.

dan menyentuh isu amarah ini, imam Ghazali berkata : "kemarahan manusia bermacam-macam. (1)Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. (2) Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. (3) Sesetengahnya lambat marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yang terpuji "

hilangnya sabar, tertegaknya amarah
 # maka lemah lah seseorang itu...SEKALIPUN DIA ORANG GAGAH DAN DITAKUTI..