Ahad, April 25, 2010

mujahadah...

mujahadah....

insyaALLAH...

YAKIN pada NYA....

---JOM---<@....

Jumaat, April 09, 2010

erti RINGKAS pada seorang wanita


Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.
Wanita seringkali digandingkan dengan sifat yang suka pada sesuatu yang cantik. itulah hakikat ALLAH jadikan insan yang bernama wanita.
jarang sekali pabila dilihat wanita tidak suka pada perkara yang cantik dan sudah semestinya ke arah mana seorang wanita ingin memperagakan dan mempertontonkan ke "cantik" kan yang diperolehi adalah bergantung kepada keimanan nya. Jika dia tahu, faham dan amal apa yang boleh dan apa yang Tidak boleh sudah tentu kecantikkannya hanya untuk seseorang yang halal untuknya.

saya tertarik untuk berkongsi tentang seorang wanita yang suka berpenampilan ringkas tetapi tetap cantik. bagaimana ya?

penampilan ringkas dari sudut pengertian adalah bergantung kepada kearah mana sipemakai ITU FAHAM apa itu aurat.

jika si A, penampilan sememangnya ala RINGKAS dan cantik seperti bertudung jarang(diselempangkan), berlengan pendek (baju jersi .....), berseluar jeans ketat dan bersandle..tampak ringkas kan? --amat sesuai digayakan kemana-mana--dan lebih penting ia mudah dan cepat...

sama ada ke cafeteria untuk makan, ke pasar malam, ke shopping mall, dan sebagainya..
TETAPI awas!!!-ISLAM INI WUJUD DENGAN PERATURANNYA..
Duhai wanita...

jika ini dikatakan ringkas tetap cun, TANPA mengira AURAT,..Bermakna mudah benar dikau melupakan perintah ALLAH swt :

Allah SWT berfirman :


-“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.”
(al-Ahzab: 59)


duhai wanita tidak kah gerun dengan ini ,Firman ALLAH SWT :

" Sungguh, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan kedalam neraka, Setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan azab. Sungguh , ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijak sana ".

(an-Nisa' :56)
wallahualam.


extra notes :

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT



KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.


KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.


KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : BertudunG tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

bacaan yang lebih mendalam sila rujuk site ni :

http://aferiza.wordpress.com/2007/07/20/aurat-renungan-sejenak/

Selasa, Mac 30, 2010

Aku cuba mencintaiMU Tuhan,,,,,

aku cuba mencintaiMU Tuhan
tapi tidak juga terasa
aku cuba berkali-kali pun
tidak terasa apa2 jua
aku fikir2 kan nikmat MU
aku kenang 2 rahmat MU
agar nampak kemurahan MU
namun aku belum juga jatuh hati denganMU
aku susah hati aku sedih selalu
mengapa terjadi begini
mengapa cintaku padaMU
belum berbunga lagi
sedangkan aku tahu aku akui
nikmatMU terlalu banyak padaku
kalau hendak dihitung
tidak mungkin dihitung..
aku iri hati selalu
cerita dan berita
orang soleh zaman dahulu
hebatnya cinta mereka padaMU
hilang selera makan keranaMU
asyik memuja dan memujiMU
mensucikan dan membesarkan MU
terutama diwaktu malam yang sepi
diwaktu orang mimpi
mereka memujaMU.
.merintih padaMU
mengharapkan kasih sayang padaMU
air mata mereka membasahi pipi
adakalanya menitis kebumi
mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah dibibir mereka
Engkau adalah hati jantung mereka
tapi aku tidak begitu
ANGKUH KERAS hatiku
hingga kini aku belum mencintai kekasih agungku
baru aku sedar..cinta padaMU adalah anugerah
dan hidayahMU
bertuahlah dan berbahagialah
orang yang Engkau anugerahkan kecintaan padaMU
aku bilakah lagi Tuhan....dapat sedikit pun jadilah...
Aku tidak putus asa
aku cuba lagi
selagi ada nyawa dibadan
dihujung hidupku
kalau dapat pun
sudah cukuplah...
wahai TUHAN al-Hannan wal Mannan...

Ahad, Mac 14, 2010

Abang yang positif


Maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu, "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai pengganti kehidupan di akhirat"? padahal kenikmatan hidup didunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (At Taubah:38)


Alhamdulillah...


masih dalam nikmat iman dan islam...

masih juga berkesempatan berjumpa dengan abang yang sudah lama tidak ketemu, ketemunya hanya ketika hari raya...

dan juga kakak serta anak2 saudara...
sedikit perkongsian yang membuat saya rasa kita mesti positif tentang hal yang ada kaitan dengan dunia ini...

ceritanya mudah...iaitu tentang perbualan antara kami.

" takpe, extends setahun pun takpe dalam belajar", kata abang yang membuatkan saya terkejut.
"tapi,....pastikan kita usaha2 sebetulnya.(sungguh2!!).", sambungnya lagi...

saya tersenyap...
dan kembali menjawab.
"betul2..kena usaha sungguh2, urusan lain tinggalkan kepada yang lebih BERKUASA", jawab saya.

positif nya abang ini untuk diri saya, mungkin kata-kata ini muncul, setelah saya bercerita tentang "keadaan" saya sekarang...

--hanya ALLAH sahaja tahu pengakhiran setiap hambanya--
kenapalah penat2 kita fikir consequences setelah kita tahu kita sudah berusaha, sungguh2...
apa yang bakal terjadi serah pada DIA, part kita ...mohh kita usaha lagi!!!...


--dan dekat2kan diri dalam proses mengenal ALLAH (makrifatullah),Moga bila kenal ALLAH, akhirnya segala ketentuannya kita akan terimanya seadanya....

jaga ALLAH,ALLAH akan menjagamu...

terimakasihabang..

Ahad, Februari 28, 2010

saya suka bandar KB...

MONOLOG LUARAN...jam 2.25 pg

kenapa saya suka bandar KB/kelantan.?..(sebab yang teratas mesti kerana ALLAH kan)

1. pertama sebab TOK guru yang memerintah negeri ini.
2. kedua sebabnya..bandar nya berpusat.
3. ketiga.....masyarakat majmuk...org cina pun cakap dialek kelantan. (harmoni)
4. keempat...kuihmuih yang pelbagai..(saya suka makan kuih)
5. ke satu point lima...MAJLIS ILMU di mana-mana

tapi...kesedaran masyarakat untuk sayang bandar tu, cantikkan bandar..adalah kurang...

sampah dibuang merata-rata...

sayang betul...

--tammat--

Selasa, Februari 16, 2010

ke LAUT

CANDAT SOTONG
















assalamualaikum...
alhamdulillah, masih dalam nikmat iman dan islam.
sekadar perkongsian tentang kami di pantai timur...
aktiviti tika bulan mengambang kot...
entah..
saya x pasti...sebab saya x ikut mereka2 ini.
tetapi aktiviti di laut... bercandat "sotong"...
dalam keluarga saya, aktiviti "outdoor" ini baru sahaja dihidupkan kembali oleh Cikgu Rosyaimi
...
dulu-dulu kami sekeluarga diketuai Abah, memang menjadi satu kebiasaan ke pantai, untuk mengail/memancing ikan...terutama tika laut tenang...
kami ke sana berjemaah dan yang pastinya...best..
...
sekarang abang2 pula, meneruskan hobi memancang/mengail...yang bagi saya agak membosankan...("_)HUHU
tetapi mungkin bagi mereka inilah yang mengumbirakan mereka...(''<)




KEADAAN SEKELILING OK....

ORANG KUAT - SEPUPU ALLAHYARHAM ABAH,


MASIH MENCARI TEMPAT YANG STRATEGIK



TANGKAPAN PERTAMA SETELAH SEKIAN LAMA...


YANG KEDUA AGAKNYA???-yang dibelakang masih sabar



SEMAKIN RANCAK...alhamdulillah..



Abg. ERI, akhirnya....



Abg.EMI akhirnya...hoho...sutung miliknya...
kisah ini, tidak silap saya masa cuti tahun lepas dalam bulan 6 atau 7...
yang best, tangkapan banyak malam itu...
berkenduri kami sekeluarga,,,alhamdulillah...
dan yang lucunya, dua tiga hari selepas tangkapan pertama yang sememangnya lumayan..
abang2 ini kali keduanya kembali ke laut,
untuk bercandat sotong -percubaan kedua.
tetapi, episode muntah-muntah telah pun bermula dan berlarutan sampai kesemua abg kecuali abg EMI, Tetap kool x muntah...yang lain sudah tahap dihidrate...
perjalanan dibatalkan.
--silap abg2 ialah x ambik ubat anti-vomit sebelum naik bot...aiseh..kesian...
itu sahaja...
p/s: sampai tika ini, abg2 ini x lekang dengan idea2 untuk kembali ke laut untuk memancing at least...atau sebagainya..
dan rumah kami berdekatan dengan Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu.

Ahad, Januari 31, 2010

hari pertama dan kedua

Alhamdulillah...-NIKMAT IMAN DAN ISLAM...

hari pertama di amanatkan jadi mpp kami telah pun dijadualkan ke PP -USM INDUK...
ditemani org kuat ..EN AZMAN dan EN JO..

Bertolak sekitar, 11 pagi... sampai ke sana jam 5 lebih.

singgah makan tengahari...kebetulan aminah terserempak dengan seorang makcik-pesakitnya-
--jejak kasih--

dalam perjalanan, Jun muntah2...kesian, habis keluar nutrisi2 yang dimakan tadi,,

saya sendiri pula-kurang pendengaran, dek kerana selesama tambah pula perbezaan tekanan atmosfera- naik turun bukit disepanjang jalan Gerik...

Alhamdulillah pendengaran pulih pada keesokkan nya...

petangnya ayah SHAFA, singgah ke usm menghantar seterika dan juga kot untuk mesyuarat besok...tak berkedut lah, baju2x kami semua...


aktiviti malam
kami semua berkumpul (termasuk EN.Hafiz dan En.ZUL)dan itulah perjumpaan pertama - untuk saling bertaaruf. selesai makan, jam 11 lebih kembali ke USM induk.
-BAK kata aminah-eratkan hubungan antara bapa dengan anak..,(''<)

Sabtunya, sarapan pagi dan tepat jam 11 pagi, mesyuarat perlantikan MAJLIS TERTINGGI MPP SIDANG 2009/2010 bermula.

mesyuarat selesai dan ditangguhkan lebih kurang jam 1 lebih...

untuk kampus kesihatn..

YDP MPP : SAUDARA AZMI...

dalam pukul 3 , kami bertolak ke usm...

SINGGAH sebentar ke salah satu shopping mall (entah lupa namanya)- beli cermin mata Mizah Yang pecah...

pulang ke KB dan sampai ke sini lebih kurang jam 11 malam...

pulang keUSM,persediaan untuk end of exam posting, CA,dental requiremnt, presentation dan 2nd week ortho..

tetapi yang penting kami pulang untuk terus memperjuangkan amanah-amanah yang diberikan...insyaALLAH...

ITU SAHAJA...

trip pertama kesana...

ALHAMDULILLAH masih dikurniakan kesempatan umur yang panjang dan tenaga yang kuat...
akal yang sihat...IMAN DAN ISLAM nikmat yang paling agung..

Selasa, Januari 19, 2010

ucapan "terima kasih"




terima kasih, ye kak...

shukron ya ukhti...

trimas...

tqqqq...

terima kasih maa,...

10 q...


.....

kata-kata yang simple, tetapi sukar juga nak diluahkan, bilamana masih ada benteng pemisah antara si pemberi dan si penerima...


kekadang si pemberi tidak pula mengharap kan ucapan "ten q" daripada si penerima...cukup dengan hatinya berkata aku menolongnya kerana ALLAH...Alhamdulillah.


KEkadang si penerima pula bermonolog dihatinya..dengan berkata " malunya dan x retinya mahu mengucapkan terima kasih"...walhal sebenarnya dia sangat2 berterima kasih dengan pemberian yang diberikan...


terima kasih..sangat3 berterima kasih....


tanpa praktikal atau dengan hanya teori imaginasi sahaja, kita sukar untuk menguntumkan kata-kata terima kasih...

walhal kata2 itu untuk mereka yang paling dekat dengan kita...


sama ada ibu, abah, adik, kakak, abang...


yup...saya sangat2 bersetuju...
jika sampai tika ini, belum pernah kita meluahkan kepada mereka...kata2 ini..
plz...jangan bertangguh lagi...


kekadang jika hanya dihati sahaja kata2 ini muncul-kita sahajalah yang tahukan?
luahkan kepada mereka2 yang tersayang betapa kita ini, berterima kasih atas segala2 pengorbanan mereka,,,,-not too late to say that!!!


terima kasih, ye encik!

praktikal nya ketika diwad, ringankan bibir untuk mengucapkan terima kasih...
walau tujunya kepada budak2 kecil, pakcik yang terbaring lemah di atas katil, si penjaga pesakit...staffnurse (baik atau garang), doktor2......


moga3 dengan kepraktilitian ini, kita tetap kenal erti ten q, kepada sesiapa sahaja tidak kira mereka ini lebih rendah jawatannya, tinggi status hidupnya...atau sesiapa sahaja...

kerana mereka ini tetap hamba ALLAH...


TERIMA KASIH YA ALLAH...

ALHAMDULILLAH, terlalu banyak nikmat Mu... tak terhitung,...Jangan jadikan diri ini tidak bersykur...

JOM SAMA2 berdoa.

Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, tetapkan hati ini dalam AGAMA dan KETAATAN terhadapMU, (tetapkan diri ini, tika aku sibuk dengan urusan dunia, tika aku bersedih dengan dunia, tika ku nun tinggi berada di atas, tika ku dikelilingi kesenangan dan keseronokan, tika ku berasa sangat lapang, tika ku masih muda remaja, tika umurku sampai ke hujung nyawa...)
amin3...

Ahad, Januari 10, 2010

sangka baik pada tuhan,

selamat membaca...

(linknya sila klik pada tajuk)

Sangka baik pada Tuhan
Li Fook Gao@Tohkong Mosjid


Kejadian membakar gereja oleh puak pelampau 8 Januari lalu menimbulkan seribu satu persoalan di minda kita yang lemah ini. Emosi kita juga terganggu kerana kita sudah tidak dapat membayangkan adakah perkara yang lebih teruk daripada serangan terhadap gereja-gereja akan berlaku di bumi Malaysia yang aman ini.

Sebenarnya saya tidak tahu apa yang hendak dituliskan dalam artikel ini. Secara spontan juga saya mula menulis dengan Bahasa Melayu walaupun kebiasaannya saya lebih suka menulis dalam Bahasa Inggeris. Saya menulis kerana saya merasa sedih kerana sekali lagi nama baik agama Islam yang saya kenali sebagai agama yang selalu mempromosian keamanan dan kedamaian telah dikaitkan dengan perkataan “pengganas”.

Bukan itu sahaja keperitan emosi saya, hati saya turut menangis kerana nama baik negara Malaysia yang terkenal dengan keistimewaan menjaga keharmonian kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama dicemarkan dengan teruk akibat perbuatan menyerang gereja oleh sekumpulan syaitan yang tidak faham ajaran agama mereka.

Saya teramat keliru mengapa keganasan sebegitu rupa boleh berlaku di negara kita atas satu isu nama Tuhan. Saya tertanya-tanya dan tersipu-sipu mencari jawapan; adakah ajaran agama dimiliki Tuhan, atau Tuhan ini dimiliki ajaran agama? Setahu saya, Tuhan ini maha berkuasa dan memiliki segala benda-Nya di alam semesta ini. Maka sepatutnya agama ini dimiliki Tuhan, dan tugas manusia sebagai penganut ialah untuk menurut segala perintah ajaran agama dan menjaga tingkah laku demi menjaga nama baik agama.

Entah, sejak bila pula agama dan nama Tuhan menjadi permainan milik-memiliki manusia. Ataupun sememangnya dipatutkan sebegitu, segala benda yang diciptakanNya di alam semesta ini perlu direbut manusia? Akan tetapi, manusia nak merebut semua benda ini pasal apa, pasal nak bawa benda yang direbut ini ke neraka? Boleh ke? Sepatutnya manusia ini harus sentiasa beringat bahawa besok kita mungkin akan mati, dan bukannya menganggap kita ini akan hidup selama-lamanya.

Entahlah juga apa perasaan Tuhan sekarang? Bayangkan bagaimana lukanya perasaan seorang guru yang sangat disayangi dan dihormati apabila pengajarannya dihina gara-gara tindakan beberapa muridnya bertindak di luar ajaran yang diajarnya….. Mengapa manusia yang dianugerahkan otak ini sering menyakitkan hati penciptaNya? Mengapa? Mengapa?

Saya mungkin tak akan jumpa jawapan kepada persoalan-persoalan di atas. Walaupun pada malam 8hb Januari, saya terasa dunia ini teramat gelap bagaikan tiada penghujungnya, namun Tuhan tetap menerbitkan matahari dari sebelah Timur pada sebelah subuh hari keesokkan. Saya amat bersyukur setiap kali melihat matahari yang terbit kerana saya berpendapat Tuhan masih memberikan hari yang baru untuk kita untuk membetulkan pemikiran dan tingkah laku kita untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam. Melihat keindahan matahari yang terbit ini, saya merasakan Tuhan sedang memberikan harapan dan masa untuk menyelamatkan keadaan negara kita.

Mungkin kejadian keganasan ini akan menyedarkan rakyat untuk menghayati betapa tidak ternilai harganya keamanan yang kita nikmati sebelum ini jika dibandingkan dengan ketakutan dan kebimbangan yang kita alami sekarang.

Mungkin juga perkara ini akan menyedarkan ahli-ahli politik dan media arus perdana yang merasakan mereka mempunyai kuasa untuk bermain dengan emosi segelintir rakyat; bahawasanya emosi itu bagaikan api, tiada manusia yang mampu mengawal api apabilanya sudah menjadi liar dan besar.

Mungkin juga perkara ini akan menjadikan titik mula untuk menyedarkan rakyat Sabah dan Sarawak untuk menuntut perubahan bersama rakyat Semenanjung Malaysia demi masa depan negara yang lebih baik.

Mungkin juga perkara ini akan menjadikan rakyat lebih matang dalam menghadapi provokasi yang lebih mengancam pada masa depan.

Mungkin juga perkara ini menyebabkan rakyat mula mempersoalkan sampai bila kita harus berlagak bodoh, dianggap bodoh dan diperlakukan sebagai orang bodoh dan dijadikan alat untuk mengekalkan kuasa beberapa orang berkepentingan?

Mungkin juga perkara ini dapat mengingatkan rakyat bahawa rakyat mempunyai kuasanya tersendiri yang amat digeruni parti-parti politik dan rakyat harus bijak menggunakan kuasanya sebaik mungkin dari sekarang untuk menjaga kepentingan negara.

Entahlah, terlalu banyak kemungkinan yang saya fikirkan namun apa jua berlaku, saya kena sangka baik pada Tuhan.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa Tuhan akan memberikan yang sebaiknya kepada Malaysia.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa mereka yang cuba menganiaya orang tidak berdosa dan memecahbelahkan rakyat akan dibalas jahat.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa rakyat Malaysia akan lebih berpadu dan bersatu selepas keganasan ini demi keamanan dan keselamatan negara.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa mereka yang tidak faham agama akan diberi pedoman dan cahaya pengetahuan untuk membuka minda mereka supaya mereka boleh kembali ke jalan yang betul.

Saya harus percaya ada tujuannya perkara ini berlaku kerana Tuhan adalah maha adil, maha mengetahui dan maha Esa.

Everything happens for a reason. Segala yang terjadi ada hikmahnya. Kita harus sangka baik pada Tuhan. Bersabarlah wahai rakyat Malaysia yang faham agama.

Li Fook Gao @ Tohkong Mosjid.

Isnin, Januari 04, 2010

BERSAHABAT....

Alhamdulillah aku dikurniakan
persahabatan,
Satu ikatan yang suci murni,
Lebih indah dari permata,
Lebih manis daripada manisan,
Aku menghargainya,
walau tidak mampu dengan berada disisinya,
aku usahakan dengan mendoakan kesejahteraannya...
Aku bahagia dengan senyumannya,
walau bukan untuk diriku.
tapi cukup menandakan yang dirinya
sedang bahagia...




Tapi...
aku khuatir wahai sahabat,,,
akan "persahabatan kita"
adakah mampu bertahan hingga ke dunia sana...
wahai sahabat,
aku amat takut sekali,
dengan peringatan daripada ALLAH swt:
Allah swt berfirman, ad-Dukhaan : 40-42,
"-sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun,
-iaitu hari seseorang kerabat atau SAHABAT KARIB tidak dapat memberikan perlindungan kepada kerabat atau SAHABAT KARIBNYA dan mereka pula tidak diberi pertolongan (untuk menghapuskan azab itu)"
-kecuali orang yang telah diberi rahmat Allah: sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha kuasa lagi Maha Mengasihani"

Wahai sahabat,
bantulah dirimu dalam mengenal erti cinta pada ILLAHI,
wahai sahabat,
bantulah diriku juga dalam mencintai NYA,
Wahai sahabat,
sama-samalah kita meraih cinta yang AGUNG ini,
moga "persabatan kita",
Senantiasa dalam redhaNYA...
Wahai sahabat,
dalam bersahabat keranaNYA,
Akan timbul perasaan sayang dan kasih,
takkan hilang walau jauh dimata,
takkan pudar walau jarang berjumpa,
takkan lentur dimamah usia,
takkan goyah walau bergegarnya dunia,
kerana,
dirimu wahai sahabat....
senantiasa muncul dibibir doaku,
ketika sedang bermunajat pada Illahi..

p/s : Jom berdoa bersama2...untuk kesejahteraan didunia dan diakhirat...

Rabu, Disember 30, 2009

problem yang bermasalah, tetapi...


Alhamdulillah , masih merasai nikmat iman, islam dan akal yang sihat.

Muharam 1431 sudah mula membuka helaian baru untuk kita sang manusia mencatit bibit demi bibit rencana kehidupan.

Umur pula, semakin bertambah digitnya yang sesekali menjadi genap , kemudian bertukar ganjil dan seterusnya…sampai ketika “red”light,…bye- bye dunia…

Pepatah orang2 yang makan garam dulu ada mengatakan…

Bila meningkatnya usia, mematangkan kita—

lebih kurang berkadar langsung antara usia dan kematangan.--- matematik moden.

Tetapi, jika kita nilai balik nostalgia-nostalgia ketika dulu-dulu, kita masih muda sedikit,ketika masih bertatih dan sebagainya… peningkatan usia juga berkait rapat dengan problemo, dugaan, cabaran, mehnah, kekangan…


Jadi bolehlah saya mengkonklusikan huraian ayat diatas dengan satu persamaan matematik moden,

increase Age + kekangan berkadar langsung dengan kematangan.
(x jumpa symbol untuk directly proportionate,huhu)

Ada lagi orang cakap….

Yang kekangan kita hadapi dari semasa ke semasa adalah bergantung pada tahap umur..?

Sebagai contohnya,,,

Dulu-dulu, ketika mula2 nak try berjalan, kita sering terjatuh. Bila jatuh kita bangkit balik dan cuba lagi dan lagi…lukanya setakat calar-calar sikit-sikit.
Dan apabila, dah reti berjalan,lompat2 dan berpusing2….kita try perkara baru pulak, contohnya naik basikal…dengan roda 3 kita selamat, tapi bila tukar roda 2, ada antara kita masuk longkang, bergeser di jalan raya, bertembung sesama kawan?(crash injury)…semuanya adalah serius injury, mungkin boleh ber’cement”…berdarah…

Itulah yang dikatakan, umur semakin meningkat masalah pula semakin mencabar kan???

Pandang positif

Alllah s.w.t itu lebih mengetahui , Maha merancang, Maha Bijaksana , Maha Pengasih, Maha Penyayang…
Percaya dan yakin (BERIMAN) akan sifat-sifat Allah ini, membuatkan kita menerima segala ketentuan dan perancangan-NYA dengan hati yang berlapang dada…


Masalah didepan, dibelakang, ditepi, diatas…

Pelbagai penjuru ia datang tanpa diundang…
Ada di antara nya kematian orang kesayangan, kekurangan sumber kewangan, penyakit yang tiada harapan sembuhnya, kehilangan barang tersayang, dimarahi orang, dibenci orang,memarahi orang…..dot.dot.

List of problem…x cukup kertas. Sekecil 2 problem mungkin sama besar dengan seekor kuman pun kita .akan merasainya.

Manusia dan nafsu

Golongan yang bersyukur hanyalah sedikit, kerana kita lupa apa dia nikmt yang telah, sedang dirasai…

Matang.

Kematangan pula, tidak lah mewakili usia,
usia ≠kematangan.

Ada yang muda2 lagi dah faham tentang kehidupan dan dah matang pemikiran,mungkin itu kelebihan yang diberi oleh Allah swt…

…to be continue…(T>T)


Khamis, Disember 24, 2009

Sabtu, Disember 19, 2009

Yang dicari




"Yang dicari,
walau bukan putera raja,
biarlah putera agama.

Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai,
bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat ruhani,
sempurna hati.

Yang diharap,
bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang,
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ana serikandi
dengan silam yang kelam.

Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia.


dan yang terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
ana redha ketetapan Ilahi,
itulah ketentuan sejak azali.."
p/s: kredit from iluvislam.com dan http://mutiarasolehah.blogspot.com

Ahad, Disember 13, 2009

maksud T.I.R.E.D


alhamdulillah masih dalam nikmat iman, islam dan akal yg sihat...



nak kupas pasal perkataan yang boleh timbul dari TIRED.



T- tidur (bila dah tidak bertenaga, inilah yang mahu dibuat)

I- ingin lari sejauh-jauhnya(kemana?)wallahualam.

R- rindu juga dengan keluarga.

E-effortless -ada juga kekadang.

D- denial terhadap masalh yang sedang dihadapi, bila ditanya . No prob.



hmmm,

ini lah gejala-gejala awal stress yg ter "control"...



sama2 bermujahdah memeranginya....



"barangsesiapa yang banyak beristighfar, nescaya ALLAH akan memudahkan setiap urusan mereka, melepaskan setiap kesempitan dan memberikannya rezeki tanpa disangka-sangka"

HR : Abu Daud dan Nasai.



-6.45 pm...
jagaALLAH, ALLAH akan menjagamu--