Selasa, Mei 25, 2010

KetentuanNYA.


Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan nikmat islam,
ku pohon pada MU, Tetapkan lah kami dalam agama dan ketaatan terhadap MU....

hadith dari riwayat Anas bin Malik ra yang berkata bahawa baginda rasulullah salallahualaihiwasalam kerap membaca doa :
Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu, maka para sahabat pun bertanya apakah hati itu boleh dibolak-balik ? Maka baginda pun menjawab : Ya, Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari Allah dan Dia (Allah) membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendaki-Nya
(Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2140 dan Ibn Majah no.3834).

pejam celik dan pejam celik, saya beserta sahabat-sahabat seperjuangan telah pun tamat tahun 4.

dulu-dulu, masa di tahun pertama sebagai pelajar perubatan terasa perjalanan hidup amat-amat jauh dan sukar untuk mencapai noktahnya.

namun, masa yang menentukan segala-galanya. kesemua jerih perih serta kesukaran yang ditempuhi mampu kita harungi jua. tinggal lagi, 2 hingga 3 langkah untuk mengapai ijazah pertama.

kalau dihitungkan waktu dan tika, masa yang masih tinggal untuk meneguk ilmu di USMKK sekitar 8 bulan.
dan berkemungkinan selepas 8 bulan lagi ini, kita bakal berkata "rindunya tika jadi medikal student"....

inilah saya kira harapan ramai sahabat2 sekalian dan tidak ketinggalan diri yang menulis ini jua
kerana antara kita ramai sudah memasang pelbagai cita-cita, perancangan, dan sebagainya dalam mencorak masa depan yang tersusun dan sempurna.

mungkin ada yang sudah berfikir dan merancang dalam pemilihan posting tika HO, ada yang merancang untuk menunaikan umrah sebelum di taklifkan sebagai HO, ada yang merancang untuk berumah tangga, ada yang perlahan-lahan memahatkan perancangan untuk further study dalam bidang spesialis yang diminati...dan banyak lagi...

sahabat-sahabat2, sesungguhnya apa yang direncanakan itu sudah pasti kita mahukan ia menjadi terbaik dan kenyataan. Namun, pada masa yang sama sebagai muslim sudah pasti kita pasakkan TAWAKAL dalam apa jua langkah yang ingin dipilih, selain usaha mahupun Doa.

Maka sembahlah Dia (Allah) dan bertawakallah kepada-Nya dan sesungguhnya tidaklah tuhan-Mu lalai dari apa yang kamu lakukan (Hud : 123).

Kita juga yakin bahawa, segala apa yang diuji sepanjang tempoh mengapai cita-cita ini adalah sesuatu yang sudah tercatat sejak azali lagi.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi ra dalam sunannya akan hadith dari Ibn Abbas, Abdullah ibn Abbas ra yang berkata :
Sesungguhnya aku berada di belakang nabi salallahualaihiwasalam pada suatu hari dan baginda lalu bersabda : Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajarkan kamu beberapa kalimah (pesanan) iaitu :
(1) Peliharalah Allah (pelihara hak-Nya) maka nescaya Allah akan memelihara kamu,
(2) Peliharalah Allah (taati perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya) maka nescaya engkau akan mendapati Dia (Allah) akan membantu engkau,
(3) jika kamu hendak meminta sesuatu maka mintalah kepada Allah dan jika kamu hendak memohon perlindungan dari sesuatu maka mohonlah perlindungan dari Allah.
(4) Ketahuilah jika umat seluruhnya berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu maka tidaklah mereka dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan kepada engkau dan jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkan engkau dengan sesuatu maka tidaklah memberi mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan buat engkau.
(4) Telah terangkat qalam-qalam dan telah kering dakwat (satu perumpamaan yakni telah selesai urusan penyampaian pesanan)
(Hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2516)

manisnya...menjadi seorang hamba ALLAH kan...

Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya€
(Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).


                                                           -bangga menjadi muslim----('',)




jika realitinya sekarang kita banyak di uji dengan kesusahan, kepayahan,....
bersabarlah...

Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada tuhan mereka(Al-Kahfi : 28).

Dan memintalah kamu akan pertolongan Allah dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya yang demikian itu sangatlah berat melainkan bagi mereka yang khusyuk(Al-Baqarah : 45).

jom sama2 kita perkukuhkan asas yang paling penting iaitu
" Allah Tahu apa yang terbaik untuk kita"


teruskan doa-doa dan doa...

Dan berkatalah tuhan-Mu, berdoalah (mintalah) kepada Aku nescaya aku akan tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)(Surah Ghafir :60).

Dari Sauban ra berkata bahawa telah bersabda rasulullah : "Tidaklah ada sesuatu pun yang dapat menolak takdir melainkan doa(hadith Sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya disepakati oleh adz-dzahabi).

Dan berkatalah tuhan-Mu, berdoalah (mintalah) kepada Aku nescaya aku akan tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)(Surah Ghafir :60).


moga kita semua istiqamah dalam apa jua kebaikan yang kita lakukan...
-tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH swt-

Khamis, Mei 06, 2010

- pada yang selayaknya -

hanya padaNYA...
ku letakkan segala2nya.....
p/s: liriknya best, thumb up! penghayatan yang rabbaniyah.....

Selasa, Mei 04, 2010

Lesbian party...it's a common sense ?


link :



MORE than 100 people turned up for a wild lesbian party held at a nightspot in Kuala Lumpur on Saturday, Kosmo! reported.

The evening’s entertainment included games where blindfolded participants placed stickers on their bodies where they wanted to be licked, the daily said.

Some participants were reported to have also taken off their clothes to take part in the games.
Guests were also entertained by sexy dancers, the daily reported.

A source, who wanted to be identified only as Misha, said the nightspot in Jalan Munshi Abdullah was open from 9pm to 3am every day.

“Underage patrons can enter without showing even their MyKads. The charge for entrance is only RM20 and if somebody comes with a date, they get a special price of RM35,” she said.

She has previously sent an e-mail to religious authorities complaining of the matter but lamented that no action had been taken.


sejarah, hukum-hakam, dalil tentangnya, dan bahananya terhadap negara kita , sila layari : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=8479&Itemid=82

ya ALLAH, Tunjukkan kami jalan yang lurus....
tetapkan kami dalam agama dan ketaatan terhadap MU....
amin...

Ahad, April 25, 2010

khabar tentang kematian

seawal jam 8 pagi. sabtu lalu.
rumah kami diketuk.

kedengaran suara seorang wanita memberi salam. lemah lembut tonasinya. loghat kelantan pastinya.

"siapa ye, pagi-pagi ni", hati terdetik.

mungkin adik saya yang membuka pintu tersebut atau mungkin Maa yang membukanya. saya tidak pasti.

pintu dibuka, jelas rupa wanita tersebut. Saya cuba meneka siapakah "makcik ini", namun masih samar-samar.

Fikiran terus melayang-layang sambil memikirkan siapakah mak cik ini?...
rupanya sangat "familiar".

mungkin agaknya "kadang-kadang" berada dirumah dan dipersekitaran rumah. jiran tetangga pun saya boleh tertukar-tukar.

tapi, saya pasti makcik ini, pasti jiran saya....

kedengaran samar-samar/sayup-sayup perbualan Maa dengan makcik tadi.

"kematian....", satu perkataan yang sungguh cepat telinga saya menangkapnya.

di gagahi ke depan, untuk turut serta mendengar , apa yang terjadi sebenarnya.

" pak cik rifin...meninggal rupanya", getus hati saya.

"innalillahiwainnailaihirajiun". Allah sayangkan dia, pergi jua akhirnya.

Perbualan mereka berdua ini diteruskan.
sambil saya mengimbas kembali cerita tentang ketika hidup allahyarham.

Pak cik Rifin, sungguh murah senyumannya,ketika terserempak masih cam lagi saya rupanya, walaupun sudah meningkat dewasa.

Sejak kami adik-beradik kecil lagi, dilayannya sebaiknya. Tidak lupa juga Allahyarhamah isteri beliau, sangat baik dengan kami sekeluarga.

Maa pernah bekerja dengan mereka berdua ini. Setiap kali bermulanya pagi, bermaknanya kami bakal disajikan dengan kuih muih yang sangat banyak, kerna setiap pagi Pak cik Rifin dan isterinya akan memulakan perniagaannya di pasar. Kuih muih yang pelbagai dan sedap-sedap belaka menjadi pilihan pembeli jika singgah di gerai mereka.

hmm..tapi saya memang tiada memori yang disimpan ketika ini. Cerita-cerita ketika kecil dulu, kesemuanya, Maa yang beritahu. mungkin masih kecil, otak pun belum matang.

berbalik kembali, tentang kematian beliau.

dengarnya, beberapa hari lepas, routine beliau seperti biasa-sihat untuk usianya, namun tiba2 beliau jatuh sakit, dihantar ke hospital dan menghembuskan nafasnya disitu.

Allah ambil nyawa dengan cara sebegitu, tidak menanggung sakit yang lama.
insya ALLAH moga ALLAH meredhainya.

Bagi Allahyarham Abah, sakitnya lama bertahun-tahun. Ada tika dia sihat,ada tika dia sangat tidak sihat. Saat di akhir umurnya, kerap kali dia semacam Transient ischaemic attack , sekejap sedar, sekejap pitam, tidak sedarkan diri. Alhamdulillah Allah lebih sayangkan dia, abah pergi pada pagi jumaat. 11/8 tarikhnya.

Ayah sahabat saya pula, meninggal dunia, kerana terlibat dalam kemalangan. saya merasa kehilangan yang sebegitu "acute" sebegini, sememangnya benar-benar menguji sahabat saya ini
. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui segala-gala serta maha hebat dalam percaturan hidup kita semua.

ada lagi, seorang adik yang saya kenal. Ibunya pergi menemui ILLAHI,diwaktu tika saat-saat berhadapan dengan peperiksaan profesional. Alhamdulillah, saya lihat akan dirinya begitu tenang dan menerima pemergian ibunya yang tercinta.

Dek....moga ibumu, berada dikalangan mereka-mereka yang beriman..amin..

kematian itu satu kepastian, namun kita tidak tahu bila dan dimana ....

apabila adanya seorang manusia berkata dan berpegang dengan "hidup ini, hanya sekali ..."
hanya terdapat dua pendekatan yang bakal dia pilih samada :
1. ..jadi..jom kita enjoy puas2...(sambungan ayat diatas)
2. ..jom kita cari bekal untuk kehidupan abadi nanti....(sambungan ayat diatas)


(mati..hidup sementara..mati..hidup yang abadi..)

wallahualam...

p/s : katakan pada IBU, AYAH anda bahawa anda sangat sayang kan mereka,,,,jangan tunggu lagi...mulakan dari saat ini...('',)

mujahadah...

mujahadah....

insyaALLAH...

YAKIN pada NYA....

---JOM---<@....

Jumaat, April 09, 2010

erti RINGKAS pada seorang wanita


Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.
Wanita seringkali digandingkan dengan sifat yang suka pada sesuatu yang cantik. itulah hakikat ALLAH jadikan insan yang bernama wanita.
jarang sekali pabila dilihat wanita tidak suka pada perkara yang cantik dan sudah semestinya ke arah mana seorang wanita ingin memperagakan dan mempertontonkan ke "cantik" kan yang diperolehi adalah bergantung kepada keimanan nya. Jika dia tahu, faham dan amal apa yang boleh dan apa yang Tidak boleh sudah tentu kecantikkannya hanya untuk seseorang yang halal untuknya.

saya tertarik untuk berkongsi tentang seorang wanita yang suka berpenampilan ringkas tetapi tetap cantik. bagaimana ya?

penampilan ringkas dari sudut pengertian adalah bergantung kepada kearah mana sipemakai ITU FAHAM apa itu aurat.

jika si A, penampilan sememangnya ala RINGKAS dan cantik seperti bertudung jarang(diselempangkan), berlengan pendek (baju jersi .....), berseluar jeans ketat dan bersandle..tampak ringkas kan? --amat sesuai digayakan kemana-mana--dan lebih penting ia mudah dan cepat...

sama ada ke cafeteria untuk makan, ke pasar malam, ke shopping mall, dan sebagainya..
TETAPI awas!!!-ISLAM INI WUJUD DENGAN PERATURANNYA..
Duhai wanita...

jika ini dikatakan ringkas tetap cun, TANPA mengira AURAT,..Bermakna mudah benar dikau melupakan perintah ALLAH swt :

Allah SWT berfirman :


-“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.”
(al-Ahzab: 59)


duhai wanita tidak kah gerun dengan ini ,Firman ALLAH SWT :

" Sungguh, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan kedalam neraka, Setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan azab. Sungguh , ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijak sana ".

(an-Nisa' :56)
wallahualam.


extra notes :

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT



KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.


KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.


KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : BertudunG tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

bacaan yang lebih mendalam sila rujuk site ni :

http://aferiza.wordpress.com/2007/07/20/aurat-renungan-sejenak/

Selasa, Mac 30, 2010

Aku cuba mencintaiMU Tuhan,,,,,

aku cuba mencintaiMU Tuhan
tapi tidak juga terasa
aku cuba berkali-kali pun
tidak terasa apa2 jua
aku fikir2 kan nikmat MU
aku kenang 2 rahmat MU
agar nampak kemurahan MU
namun aku belum juga jatuh hati denganMU
aku susah hati aku sedih selalu
mengapa terjadi begini
mengapa cintaku padaMU
belum berbunga lagi
sedangkan aku tahu aku akui
nikmatMU terlalu banyak padaku
kalau hendak dihitung
tidak mungkin dihitung..
aku iri hati selalu
cerita dan berita
orang soleh zaman dahulu
hebatnya cinta mereka padaMU
hilang selera makan keranaMU
asyik memuja dan memujiMU
mensucikan dan membesarkan MU
terutama diwaktu malam yang sepi
diwaktu orang mimpi
mereka memujaMU.
.merintih padaMU
mengharapkan kasih sayang padaMU
air mata mereka membasahi pipi
adakalanya menitis kebumi
mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah dibibir mereka
Engkau adalah hati jantung mereka
tapi aku tidak begitu
ANGKUH KERAS hatiku
hingga kini aku belum mencintai kekasih agungku
baru aku sedar..cinta padaMU adalah anugerah
dan hidayahMU
bertuahlah dan berbahagialah
orang yang Engkau anugerahkan kecintaan padaMU
aku bilakah lagi Tuhan....dapat sedikit pun jadilah...
Aku tidak putus asa
aku cuba lagi
selagi ada nyawa dibadan
dihujung hidupku
kalau dapat pun
sudah cukuplah...
wahai TUHAN al-Hannan wal Mannan...

Ahad, Mac 14, 2010

Abang yang positif


Maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu, "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai pengganti kehidupan di akhirat"? padahal kenikmatan hidup didunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (At Taubah:38)


Alhamdulillah...


masih dalam nikmat iman dan islam...

masih juga berkesempatan berjumpa dengan abang yang sudah lama tidak ketemu, ketemunya hanya ketika hari raya...

dan juga kakak serta anak2 saudara...
sedikit perkongsian yang membuat saya rasa kita mesti positif tentang hal yang ada kaitan dengan dunia ini...

ceritanya mudah...iaitu tentang perbualan antara kami.

" takpe, extends setahun pun takpe dalam belajar", kata abang yang membuatkan saya terkejut.
"tapi,....pastikan kita usaha2 sebetulnya.(sungguh2!!).", sambungnya lagi...

saya tersenyap...
dan kembali menjawab.
"betul2..kena usaha sungguh2, urusan lain tinggalkan kepada yang lebih BERKUASA", jawab saya.

positif nya abang ini untuk diri saya, mungkin kata-kata ini muncul, setelah saya bercerita tentang "keadaan" saya sekarang...

--hanya ALLAH sahaja tahu pengakhiran setiap hambanya--
kenapalah penat2 kita fikir consequences setelah kita tahu kita sudah berusaha, sungguh2...
apa yang bakal terjadi serah pada DIA, part kita ...mohh kita usaha lagi!!!...


--dan dekat2kan diri dalam proses mengenal ALLAH (makrifatullah),Moga bila kenal ALLAH, akhirnya segala ketentuannya kita akan terimanya seadanya....

jaga ALLAH,ALLAH akan menjagamu...

terimakasihabang..

Ahad, Februari 28, 2010

saya suka bandar KB...

MONOLOG LUARAN...jam 2.25 pg

kenapa saya suka bandar KB/kelantan.?..(sebab yang teratas mesti kerana ALLAH kan)

1. pertama sebab TOK guru yang memerintah negeri ini.
2. kedua sebabnya..bandar nya berpusat.
3. ketiga.....masyarakat majmuk...org cina pun cakap dialek kelantan. (harmoni)
4. keempat...kuihmuih yang pelbagai..(saya suka makan kuih)
5. ke satu point lima...MAJLIS ILMU di mana-mana

tapi...kesedaran masyarakat untuk sayang bandar tu, cantikkan bandar..adalah kurang...

sampah dibuang merata-rata...

sayang betul...

--tammat--

Selasa, Februari 16, 2010

ke LAUT

CANDAT SOTONG
















assalamualaikum...
alhamdulillah, masih dalam nikmat iman dan islam.
sekadar perkongsian tentang kami di pantai timur...
aktiviti tika bulan mengambang kot...
entah..
saya x pasti...sebab saya x ikut mereka2 ini.
tetapi aktiviti di laut... bercandat "sotong"...
dalam keluarga saya, aktiviti "outdoor" ini baru sahaja dihidupkan kembali oleh Cikgu Rosyaimi
...
dulu-dulu kami sekeluarga diketuai Abah, memang menjadi satu kebiasaan ke pantai, untuk mengail/memancing ikan...terutama tika laut tenang...
kami ke sana berjemaah dan yang pastinya...best..
...
sekarang abang2 pula, meneruskan hobi memancang/mengail...yang bagi saya agak membosankan...("_)HUHU
tetapi mungkin bagi mereka inilah yang mengumbirakan mereka...(''<)




KEADAAN SEKELILING OK....

ORANG KUAT - SEPUPU ALLAHYARHAM ABAH,


MASIH MENCARI TEMPAT YANG STRATEGIK



TANGKAPAN PERTAMA SETELAH SEKIAN LAMA...


YANG KEDUA AGAKNYA???-yang dibelakang masih sabar



SEMAKIN RANCAK...alhamdulillah..



Abg. ERI, akhirnya....



Abg.EMI akhirnya...hoho...sutung miliknya...
kisah ini, tidak silap saya masa cuti tahun lepas dalam bulan 6 atau 7...
yang best, tangkapan banyak malam itu...
berkenduri kami sekeluarga,,,alhamdulillah...
dan yang lucunya, dua tiga hari selepas tangkapan pertama yang sememangnya lumayan..
abang2 ini kali keduanya kembali ke laut,
untuk bercandat sotong -percubaan kedua.
tetapi, episode muntah-muntah telah pun bermula dan berlarutan sampai kesemua abg kecuali abg EMI, Tetap kool x muntah...yang lain sudah tahap dihidrate...
perjalanan dibatalkan.
--silap abg2 ialah x ambik ubat anti-vomit sebelum naik bot...aiseh..kesian...
itu sahaja...
p/s: sampai tika ini, abg2 ini x lekang dengan idea2 untuk kembali ke laut untuk memancing at least...atau sebagainya..
dan rumah kami berdekatan dengan Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu.

Ahad, Januari 31, 2010

hari pertama dan kedua

Alhamdulillah...-NIKMAT IMAN DAN ISLAM...

hari pertama di amanatkan jadi mpp kami telah pun dijadualkan ke PP -USM INDUK...
ditemani org kuat ..EN AZMAN dan EN JO..

Bertolak sekitar, 11 pagi... sampai ke sana jam 5 lebih.

singgah makan tengahari...kebetulan aminah terserempak dengan seorang makcik-pesakitnya-
--jejak kasih--

dalam perjalanan, Jun muntah2...kesian, habis keluar nutrisi2 yang dimakan tadi,,

saya sendiri pula-kurang pendengaran, dek kerana selesama tambah pula perbezaan tekanan atmosfera- naik turun bukit disepanjang jalan Gerik...

Alhamdulillah pendengaran pulih pada keesokkan nya...

petangnya ayah SHAFA, singgah ke usm menghantar seterika dan juga kot untuk mesyuarat besok...tak berkedut lah, baju2x kami semua...


aktiviti malam
kami semua berkumpul (termasuk EN.Hafiz dan En.ZUL)dan itulah perjumpaan pertama - untuk saling bertaaruf. selesai makan, jam 11 lebih kembali ke USM induk.
-BAK kata aminah-eratkan hubungan antara bapa dengan anak..,(''<)

Sabtunya, sarapan pagi dan tepat jam 11 pagi, mesyuarat perlantikan MAJLIS TERTINGGI MPP SIDANG 2009/2010 bermula.

mesyuarat selesai dan ditangguhkan lebih kurang jam 1 lebih...

untuk kampus kesihatn..

YDP MPP : SAUDARA AZMI...

dalam pukul 3 , kami bertolak ke usm...

SINGGAH sebentar ke salah satu shopping mall (entah lupa namanya)- beli cermin mata Mizah Yang pecah...

pulang ke KB dan sampai ke sini lebih kurang jam 11 malam...

pulang keUSM,persediaan untuk end of exam posting, CA,dental requiremnt, presentation dan 2nd week ortho..

tetapi yang penting kami pulang untuk terus memperjuangkan amanah-amanah yang diberikan...insyaALLAH...

ITU SAHAJA...

trip pertama kesana...

ALHAMDULILLAH masih dikurniakan kesempatan umur yang panjang dan tenaga yang kuat...
akal yang sihat...IMAN DAN ISLAM nikmat yang paling agung..

Selasa, Januari 19, 2010

ucapan "terima kasih"




terima kasih, ye kak...

shukron ya ukhti...

trimas...

tqqqq...

terima kasih maa,...

10 q...


.....

kata-kata yang simple, tetapi sukar juga nak diluahkan, bilamana masih ada benteng pemisah antara si pemberi dan si penerima...


kekadang si pemberi tidak pula mengharap kan ucapan "ten q" daripada si penerima...cukup dengan hatinya berkata aku menolongnya kerana ALLAH...Alhamdulillah.


KEkadang si penerima pula bermonolog dihatinya..dengan berkata " malunya dan x retinya mahu mengucapkan terima kasih"...walhal sebenarnya dia sangat2 berterima kasih dengan pemberian yang diberikan...


terima kasih..sangat3 berterima kasih....


tanpa praktikal atau dengan hanya teori imaginasi sahaja, kita sukar untuk menguntumkan kata-kata terima kasih...

walhal kata2 itu untuk mereka yang paling dekat dengan kita...


sama ada ibu, abah, adik, kakak, abang...


yup...saya sangat2 bersetuju...
jika sampai tika ini, belum pernah kita meluahkan kepada mereka...kata2 ini..
plz...jangan bertangguh lagi...


kekadang jika hanya dihati sahaja kata2 ini muncul-kita sahajalah yang tahukan?
luahkan kepada mereka2 yang tersayang betapa kita ini, berterima kasih atas segala2 pengorbanan mereka,,,,-not too late to say that!!!


terima kasih, ye encik!

praktikal nya ketika diwad, ringankan bibir untuk mengucapkan terima kasih...
walau tujunya kepada budak2 kecil, pakcik yang terbaring lemah di atas katil, si penjaga pesakit...staffnurse (baik atau garang), doktor2......


moga3 dengan kepraktilitian ini, kita tetap kenal erti ten q, kepada sesiapa sahaja tidak kira mereka ini lebih rendah jawatannya, tinggi status hidupnya...atau sesiapa sahaja...

kerana mereka ini tetap hamba ALLAH...


TERIMA KASIH YA ALLAH...

ALHAMDULILLAH, terlalu banyak nikmat Mu... tak terhitung,...Jangan jadikan diri ini tidak bersykur...

JOM SAMA2 berdoa.

Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, tetapkan hati ini dalam AGAMA dan KETAATAN terhadapMU, (tetapkan diri ini, tika aku sibuk dengan urusan dunia, tika aku bersedih dengan dunia, tika ku nun tinggi berada di atas, tika ku dikelilingi kesenangan dan keseronokan, tika ku berasa sangat lapang, tika ku masih muda remaja, tika umurku sampai ke hujung nyawa...)
amin3...

Ahad, Januari 10, 2010

sangka baik pada tuhan,

selamat membaca...

(linknya sila klik pada tajuk)

Sangka baik pada Tuhan
Li Fook Gao@Tohkong Mosjid


Kejadian membakar gereja oleh puak pelampau 8 Januari lalu menimbulkan seribu satu persoalan di minda kita yang lemah ini. Emosi kita juga terganggu kerana kita sudah tidak dapat membayangkan adakah perkara yang lebih teruk daripada serangan terhadap gereja-gereja akan berlaku di bumi Malaysia yang aman ini.

Sebenarnya saya tidak tahu apa yang hendak dituliskan dalam artikel ini. Secara spontan juga saya mula menulis dengan Bahasa Melayu walaupun kebiasaannya saya lebih suka menulis dalam Bahasa Inggeris. Saya menulis kerana saya merasa sedih kerana sekali lagi nama baik agama Islam yang saya kenali sebagai agama yang selalu mempromosian keamanan dan kedamaian telah dikaitkan dengan perkataan “pengganas”.

Bukan itu sahaja keperitan emosi saya, hati saya turut menangis kerana nama baik negara Malaysia yang terkenal dengan keistimewaan menjaga keharmonian kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama dicemarkan dengan teruk akibat perbuatan menyerang gereja oleh sekumpulan syaitan yang tidak faham ajaran agama mereka.

Saya teramat keliru mengapa keganasan sebegitu rupa boleh berlaku di negara kita atas satu isu nama Tuhan. Saya tertanya-tanya dan tersipu-sipu mencari jawapan; adakah ajaran agama dimiliki Tuhan, atau Tuhan ini dimiliki ajaran agama? Setahu saya, Tuhan ini maha berkuasa dan memiliki segala benda-Nya di alam semesta ini. Maka sepatutnya agama ini dimiliki Tuhan, dan tugas manusia sebagai penganut ialah untuk menurut segala perintah ajaran agama dan menjaga tingkah laku demi menjaga nama baik agama.

Entah, sejak bila pula agama dan nama Tuhan menjadi permainan milik-memiliki manusia. Ataupun sememangnya dipatutkan sebegitu, segala benda yang diciptakanNya di alam semesta ini perlu direbut manusia? Akan tetapi, manusia nak merebut semua benda ini pasal apa, pasal nak bawa benda yang direbut ini ke neraka? Boleh ke? Sepatutnya manusia ini harus sentiasa beringat bahawa besok kita mungkin akan mati, dan bukannya menganggap kita ini akan hidup selama-lamanya.

Entahlah juga apa perasaan Tuhan sekarang? Bayangkan bagaimana lukanya perasaan seorang guru yang sangat disayangi dan dihormati apabila pengajarannya dihina gara-gara tindakan beberapa muridnya bertindak di luar ajaran yang diajarnya….. Mengapa manusia yang dianugerahkan otak ini sering menyakitkan hati penciptaNya? Mengapa? Mengapa?

Saya mungkin tak akan jumpa jawapan kepada persoalan-persoalan di atas. Walaupun pada malam 8hb Januari, saya terasa dunia ini teramat gelap bagaikan tiada penghujungnya, namun Tuhan tetap menerbitkan matahari dari sebelah Timur pada sebelah subuh hari keesokkan. Saya amat bersyukur setiap kali melihat matahari yang terbit kerana saya berpendapat Tuhan masih memberikan hari yang baru untuk kita untuk membetulkan pemikiran dan tingkah laku kita untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam. Melihat keindahan matahari yang terbit ini, saya merasakan Tuhan sedang memberikan harapan dan masa untuk menyelamatkan keadaan negara kita.

Mungkin kejadian keganasan ini akan menyedarkan rakyat untuk menghayati betapa tidak ternilai harganya keamanan yang kita nikmati sebelum ini jika dibandingkan dengan ketakutan dan kebimbangan yang kita alami sekarang.

Mungkin juga perkara ini akan menyedarkan ahli-ahli politik dan media arus perdana yang merasakan mereka mempunyai kuasa untuk bermain dengan emosi segelintir rakyat; bahawasanya emosi itu bagaikan api, tiada manusia yang mampu mengawal api apabilanya sudah menjadi liar dan besar.

Mungkin juga perkara ini akan menjadikan titik mula untuk menyedarkan rakyat Sabah dan Sarawak untuk menuntut perubahan bersama rakyat Semenanjung Malaysia demi masa depan negara yang lebih baik.

Mungkin juga perkara ini akan menjadikan rakyat lebih matang dalam menghadapi provokasi yang lebih mengancam pada masa depan.

Mungkin juga perkara ini menyebabkan rakyat mula mempersoalkan sampai bila kita harus berlagak bodoh, dianggap bodoh dan diperlakukan sebagai orang bodoh dan dijadikan alat untuk mengekalkan kuasa beberapa orang berkepentingan?

Mungkin juga perkara ini dapat mengingatkan rakyat bahawa rakyat mempunyai kuasanya tersendiri yang amat digeruni parti-parti politik dan rakyat harus bijak menggunakan kuasanya sebaik mungkin dari sekarang untuk menjaga kepentingan negara.

Entahlah, terlalu banyak kemungkinan yang saya fikirkan namun apa jua berlaku, saya kena sangka baik pada Tuhan.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa Tuhan akan memberikan yang sebaiknya kepada Malaysia.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa mereka yang cuba menganiaya orang tidak berdosa dan memecahbelahkan rakyat akan dibalas jahat.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa rakyat Malaysia akan lebih berpadu dan bersatu selepas keganasan ini demi keamanan dan keselamatan negara.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa mereka yang tidak faham agama akan diberi pedoman dan cahaya pengetahuan untuk membuka minda mereka supaya mereka boleh kembali ke jalan yang betul.

Saya harus percaya ada tujuannya perkara ini berlaku kerana Tuhan adalah maha adil, maha mengetahui dan maha Esa.

Everything happens for a reason. Segala yang terjadi ada hikmahnya. Kita harus sangka baik pada Tuhan. Bersabarlah wahai rakyat Malaysia yang faham agama.

Li Fook Gao @ Tohkong Mosjid.

Isnin, Januari 04, 2010

BERSAHABAT....

Alhamdulillah aku dikurniakan
persahabatan,
Satu ikatan yang suci murni,
Lebih indah dari permata,
Lebih manis daripada manisan,
Aku menghargainya,
walau tidak mampu dengan berada disisinya,
aku usahakan dengan mendoakan kesejahteraannya...
Aku bahagia dengan senyumannya,
walau bukan untuk diriku.
tapi cukup menandakan yang dirinya
sedang bahagia...




Tapi...
aku khuatir wahai sahabat,,,
akan "persahabatan kita"
adakah mampu bertahan hingga ke dunia sana...
wahai sahabat,
aku amat takut sekali,
dengan peringatan daripada ALLAH swt:
Allah swt berfirman, ad-Dukhaan : 40-42,
"-sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun,
-iaitu hari seseorang kerabat atau SAHABAT KARIB tidak dapat memberikan perlindungan kepada kerabat atau SAHABAT KARIBNYA dan mereka pula tidak diberi pertolongan (untuk menghapuskan azab itu)"
-kecuali orang yang telah diberi rahmat Allah: sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha kuasa lagi Maha Mengasihani"

Wahai sahabat,
bantulah dirimu dalam mengenal erti cinta pada ILLAHI,
wahai sahabat,
bantulah diriku juga dalam mencintai NYA,
Wahai sahabat,
sama-samalah kita meraih cinta yang AGUNG ini,
moga "persabatan kita",
Senantiasa dalam redhaNYA...
Wahai sahabat,
dalam bersahabat keranaNYA,
Akan timbul perasaan sayang dan kasih,
takkan hilang walau jauh dimata,
takkan pudar walau jarang berjumpa,
takkan lentur dimamah usia,
takkan goyah walau bergegarnya dunia,
kerana,
dirimu wahai sahabat....
senantiasa muncul dibibir doaku,
ketika sedang bermunajat pada Illahi..

p/s : Jom berdoa bersama2...untuk kesejahteraan didunia dan diakhirat...