Rabu, Mei 27, 2009

.:alarm clock:.


Jam sekitar 5.00 pagi, sejuk dan nyaman suasana.
Kelihatan bergelimpangan sekujur badan manusia.
“nyenyaknya manusia ini tidur”, degus hati kecil sebuah handset jenama Motorola sambil memerhati Arshad.

kemudian..

“Quartz ..oh!Quartz….” , jerit Motorola kepada kawannya,Quartz, sebuah jam dinding yang terletak tidak berapa jauh daripada pandangan mata kasarnya.
“yuppa!..naper ngn anta, moto?”,jawab Quartz.
“mmmm, sajer je nk ajak anta sembang-sembang”, balas Motorola kembali.
“akhir-akhir ini, ana rasa sedih semacam je”, sambungnya lagi.
“naper pulak akhi?, anta x sihat kah?”, Tanya Quartz bersungguh-sungguh.
“sihat Alhamdulillah…”, jawabnya lemah.
“ana…sedih sebab tuan ana, akhir-akhir ni,,selalu bangun lambat untuk subuh,,apatah lagi untuk bertahajud…..subuh pun subuh GAJAH…”,sambungnya lagi dengan nada yang sayu.
“ akhi,.. tahu apa sebabnya kah?”,Quartz kembali bersuara.
“mmmm, dia sekarang kerap tidur lambat….kekadang jam 3 pagi baru mula tidur…kesannya lambatlah subuhnya..,,”terang Motorola.
“akhi, dia x setting alarm clock before dia tidur?”, Tanya Quartz kembali.
“hmmm, setting …tapi x berguna..penat ana kejutkan,,,,tapi x ada response, semacam orang yang mati…kekadang ada response…. tapi bukan untuk bingkas bangun untuk solat subuh,,,tapi bingkas bangun untuk senyapkan ana…..bukan itu saja,bila dah senyapkan ana yang memekik memecahkan suasana sunyi pagi ni…..ditarik-tariknya selimut untuk kembali menyeliputi tubuhnya…mmm,lagilah susah dia nak bangun…” jawabnya dengan penuh kesedihan.
“ana tahu..akhir-akhir ini dia, sangat sibuk…program berlambak-lambak menanti untuk diselesaikan…meeting-meeting pulak bertali arus,sampai dah tak larat nak bersuara dalam meeting…kerja-kerja akademik pulak sekeliling pinggang...mmm seolah-olah macam YB,,,”,
sambungnya lagi.
“ ni semua bagus untuk dia……sebab banyak pengalaman dia dapat timba…pemikiran pun jadi lebih terbukak…walhal semakin matang keputusannya…tapi,,,semakin hari semakin jauh dengan Allah jadinya…huhuhu…paling prominent subuhnya..terabai…”Motorola mengadu.
“parah ni….dia dah lupa kah,dia ni seorang hamba?,,hamba sepatutnya taat dan patuh pada Allah…”, keluh Quartz.
“ana rasa, andai dia dapat dengar apa yang nk ana nk perkatakan,,,ana nak sangat-sangat dia muhasabah dirinya kembali…supaya x jauh terlalai..sekarang ni masih punya waktu untuk perbetulkan keadaan…keduanya ana mahu dia betulkan pengharapannya kepada RABB,,bukan pada ana untuk kejutkan dia untuk solat….i’tiqad dalam hati..supaya ALLAH gerak dia untuk tunaikan solat…tanamkan keyakinan pada ALLAH…jgn bergantung 100% kat ana ni…huhuhu..mungkin percubaan kali pertama tidak menjd,dia berkemungkinan tetap bangun lambat..tapi BAGI seseorang yang mahu mengislahkan diri kepada yang lebih baik bakal di uji oleh ALLAH…tapi yang paling penting ialah….. terus tanamkan keyakinan kepada ALLAH…everything happens for A good reason..”sambung Motorola dengan panjang lebar.
“tambahan lagi, kalau segala pekerjaan seharian dia mahukan redha ALLAH serta berkatNya…pastikan dia kena jaga suruhanNYA dan tinggalkan laranganNYA....Baru peroleh berkat…Jaga ALLAH, ALLAH akan menjaganya..” Quartz menyambung kata-kata Motorola.
“dah jam 5.45 pagi ni,,lebih kurang 5 minit lagi…bermulalah tugas ana untuk gerakkan dia…hmmmmm..entahlah..bangun ke tidak….si Arshad ni….kalaulah ana mampu sentuh dia….mahu ana libas-libas badannya yang liat benor ni….”
kata Motorola sambil mencebik bibirnya.
“huhuhu,,,akhi dah marah nampaknya,,sabar-sabar …”pujuk Quartz.
“marah tanda sayang ni Quartz….”
balas Motorola sambil perbetulkan balik mimik muka yang serius sebentar tadi.
…TAMMAT…..

Ahad, Mei 24, 2009

generasi al-Quran, Generasi Unik

June 23, 2008 by zahratulhilal

Sememangnya di sepanjang perjalanan dakwah ini akan menghasilkan suatu generasi manusia. Tetapi belum pernah terjadi orang-orang itu berkumpul dalam jumlah yang sebegitu banyak, sebagaimana yang terjadi semasa generasi pertama dari era sahabat, radhiallahuanhum. Ia mempunyai rahsia yang patut kita renungkan secara mendalam.

Menghadkan Al-Quran Sebagai Sumber Rujukan
Sumber dakwah ini telah pun berada di tangan kita secara lengkap, dan ia adalah Al-Quran dan hadith Rasulullah SAW. Dari kedua inilah bermulanya sejarah yang mulia. Generasi pertama, suatu generasi yang belum pernah lahir sekali lagi dalam sejarah menggunakan sumber rujukan Al-Quran. Ya, hanya Al-Quran sahaja. Hadith dan petunjuk Rasulullah SAW hanya salah satu tafsirannya.
Ketika Aisyah r.a ditanya tentang budi pekerti Rasulullah SAW, maka dia menjawab : Bahawa budi pekerti baginda adalah Al-Quran (riwayat An-Nasaii)
Dengan demikian, hanya Al-Quran sajalah satu-satunya standard ukuran mereka untuk berfikir dan Al-Quran menjadi cara hidup mereka. Bukannya pada masa itu tiada tamadun, pengetahuan, ilmu, buku, pelajaran. Tidak! Bahkan pada masa itu telah wujud tamadun Rom, yang merangkumi pengetahuan dan hukum yang masih dihayati Eropah hingga kini. Wujud juga tamadun Greek Kuno, logika, falsafah dan keseniannya yang masih menjadi sumber pemikiran Barat. Tamadun Parsi, mewah dengan sastera, kepercayaan dan dongengnya. Malah wujud tamadun-tamadun lain di wilayah berdekatan seperti India dan China. Kesemua tamadun ini mengelilingi Jazirah Arab. Dan di tengah jazirah itu sendiri, berkembang pula agama Yahudi dan Nasrani.

Maka, pada zaman itu yang mengalami kekurangan bukanlah tamadun antarabangsa atau kebudayaan internasional sehinggakan generasi pertama terpaksa membataskan diri hanya pada Kitabullah. Tetapi hal ini adalah satu metodologi yang disengajakan. Ini kita dapat lihat dari kemarahan Rasulullah SAW pada waktu baginda melihat di tangan Umar r.a selembar kitab Taurat, maka baginda bersabda: “Demi Allah, seandainya Nabi Musa a.s hidup di kalangan kamu sekarang ini, nesacaya ia mesti mengikuti ajaranku” (al-hafiz Abu Ya’la, dari Hammad, dari Al-Sya’bi, dari Jabir)Ini memperlihatkan pada kita bahawa Rasulullah SAW menghadkan sumber rujukan generasi pertama hanya Al-Quran sahaja. Baginda meluruskan keadaan mereka dan membersihkan jiwa mereka dengan berpandukan pada Al-Quran semata. Kerana itu, Rasulullah SAW sangat marah pada Umar r.a kerana cuba mengambil sumber rujukan lain.
Rasulullah SAW ingin membina satu generasi yang suci jiwanya, bersih otak dan konsepsinya, bersih kejadiannya dari pengaruh lain selain dari kaedah ilahiyyah yang termaktub dalam Al-Quran. Kerana itu, faktor ini menjadi satu yang unik dalam sejarah. Tetapi, lihatlah apa yang terjadi kini. bermacam sumber telah berbaur, ada yang dipengaruhi cerita Israeliyat yahudi, teori kristian dll. Sayangnya semua ini telah bercampur dengan tafsir Al-Quran, ilmu kalam (falsafah), malah fiqh dan usul. Oleh sebab itulah, generasi pertama tidak akan lahir untuk kali keduanya.

Menurut Perintah Dan Segera Melaksanakannya
Faktor kedua, generasi pertama memandang Al-Quran bukan untuk menambah pengetahuan atau meluaskan pandangan. Bukan juga untuk dinikmati keindahan sasteranya dan menikmati rasa nikmat yang timbul dari sastera itu. Bukan juga untuk menambahkan perbendaharaan ilmu dalam masalah fiqh. Sehingga otaknya penuh dengan ilmu.
Tetapi, mereka mempelajari Al-Quran untuk menerima perintah untuk segera dilaksanakannya. Tidak ubah seperti pasukan tentera di medan tempur, “terima perintah dan arahan”. Kerana itu, tidak ada seorang yang meminta tambahan perintah dalam satu kali pertemuan. Kerana mereka merasa itu hanya akan memperbanyakkan tanggungjawab di bahunya. Mereka sudah merasa puas dengan sepuluh ayat sahaja, dihafal dan diamalkan seperti ditulis dalam hadith Ibnu Mas’ud r.a.
Perasaan inilah, perasaan menerima perintah daan segera menunaikan, menyebabkan Al-Quran membukakan bagi mereka perspektif kemudahan dan pengetahuan, yang mereka maksudkan bukan untuk itu sebenarnya. Namun, disebabkan perasaan itu, tugas mereka yang hakikatnya susah menjadi mudah, tanggungjawab berat terasa ringan.
Al-Quran telah melebur dalam jasad mereka, sehingga mendarah daging dalam kehidupan mereka. Al-Quran menjadi suatu cara hidup harian, ilmu yang hidup, bukan tersimpan di otak atau buku catatan, tetapi telah merubah paksi perjalanan hidup mereka.
Al-Quran tidak akan menyerahkan seluruh rahsia perbendaharaannya pada orang yang, berjiwa pengetahuan melahirkan perbuatan. Al-Quran datang bukan untuk menjadi buku yang menempa mentaliti, bukan buku sastera atau seni, bukan buku cerita dan sejarah, walaupun tak dinafikan semua itu termasuk dalam kandungannya. Al-Quran datang untuk menjadi panduan cara hidup, diperkenalkan Yang Maha Suci secara beransur-ansur dan sedikit-sedikit.
“Dan Al-Qur`an itu telah Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang, dan Kami menurunkannya beransur-ansur.” (Surah Al-Isra’ (perjalanan) , 17:106 )
Al-Quran turun sesuai dengan masalah praktikal kaum muslimin dalam kehidupan nyata, sesuai dengan pertumbuhan dalam pemikiran dan konsepsi mereka. Satu atau beberapa ayat diturunkan secara khusus, menceritakan apa yang terdapat dalam hati mereka, menggambarkan hal yang mereka alami, memberi panduan tentang kaedah dan cara kerja, mengkoreksi kesalahan pemikiran dan perbuatan mereka, menghubungkan semua ini dengan Allah ‘Azza wa Jalla, memperkenalkan mereka pada sifat Tuhan yang menguasai alam semesta.
Maka pada masa itu, mereka hidup dalam ketinggian alam yang suci dan kudus, di bawah pandangan dan naungan Ilahi.
Kaedah inilah melahirkan generasi pertama. Cuba bandingkan dengan generasi sekarang. Sudah pasti faktor kedua ini juga penting, menjadi penyebab adanya perbezaaan kita dengan generasi qurani yang unik ini.


Meninggalkan Jahiliyah Secara Total
Faktor ketiga pula, umumnya generasi sahabat apabila telah masuk agama Islam, maka mereka meninggalkan seluruh masa silamnya di zaman jahiliyah. Pada masa mereka datang kepada Islam, mereka merasakan memulakan zaman baru, terasa terpisah sama sekali dengan zaman jahiliyah. Mereka merasakan sifat ragu-ragu dan ketakutan adalah tidak layak untuk Islam. Kalau mereka merasa lemah dalam melaksanakan kewajipan Islam, segera mereka merasa berdosa dan bersalah. Di lubuk hati, perasaan ini perlu dibersihkan dari apa yang telah menodainya. Mereka sangat berusaha untuk bertindak sesuai dengan petunjuk Al-Quran.
Terdapat pemisahan mentaliti secara total antara zaman jahiliyah dan zaman setelah mereka berada dalam Islam. Dari sini, timbul pemisahan secara total juga dalam hubungan sosial mereka dengan masyarakat jahiliyah disekeliling. Mereka masih berurusan dengan musyrikin dalam bidang perniagaan dan pergaulan, tetapi pemisahan secara keseluruhan secara mental itu sangat membezakan pergaulan mereka.
Oleh itu, dari proses mencabut diri dari persekitaran jahiliyah dan adat tradisinya, mereka menanamkan aqidah tauhid. Dari cara hidup jahiliyah, mereka merubah diri kepada cara hidup Islam. Ini terjadi dengan mereka menggabungkan diri dalam komuniti muslim dan kepimpinan baru. Mereka memberi sikap loyaliti kepada masyarakat baru dan pimpinan baru dengan hati yang patuh dan tunduk kepada Ilahi.
Ini adalah suatu persimpangan jalan. Mereka memulakan satu jalan baru, lapang dan bebas dari tekanan tradisi yang memberatkan masyarakat jahiliyah.

Mereka tidak bertolak ansur atau bertindak separuh jalan sahaja. Tidak! Sesungguhnya ia adalah dua jalan yang berbeza. Kalau mereka mengikuti langakah jahiliyah walau setapak, nescaya mereka akan kehilangan seluruh arah dan mereka akan sesat jalan.

Tugas Pertama Kita
Kita lihat zaman kini. Nilai Islam tidak wujud dalam diri kita kerana apa yang terdapat disekitar kita adalah jahiliyah, baik kepercayaan, adat, sumber ilmu dan sastera, hukum dan peraturan. Malah apa yang kita sangka sebagai tamadun Islam, falsafah Islam, pemikiran Islam, hakikatnya adalah produk jahiliyah di abad moden.
Oleh kerana itu, kita seharusnya mampu membebaskan diri dari saki baki pengaruh masa lalu kita. Dari mana mahu mengambil kekuatan? Ia adalah dari sumber suci Al-Quran, sumber di mana generasi pertama menimbanya. Kita mesti segera kembali pada perasaan untuk menerima perintah untuk segera diamalkan. Kita kembali untuk kita mengetahui kita diperintah untuk menjadi apa, supaya kita menjadi seperti itu. Dalam perjalanan itu nanti, kita akan menemui keindahan seni Al-Quran seperti yang diingini oleh orang yang ingin mempelajari dan menikmati. Tetapi itu bukan tujuan utama nya.
Tujuan utama kita adalah untuk mengetahui: Apakah yang diperintah dalam Al-Quran untuk diamalkan? Apakah konsep total yang Al-Quran menyuruh kita memilikinya? Bagaimana Al-Quran mengajar kita mempunyai perasaan dan keyakinan terhadap Alllah SWT? Bagaimana semestinya budi pekerti dan sikap kita dalam kenyataan hidup ini?
Seterusnya, kita mesti bersedia melepaskan diri dari tekanan tradisi, kepimpinan dan masyarakat jahiliyah dalam lubuk hati kita. Kita tidak boleh bertolak ansur dengannya. Sesungguhnya tugas pertama kita adalah merubah diri kita sendiri. Kemudian, barulah merubah masyarakat.


Ayuh. Kita segera sahut seruan tugas pertama ini!
sumber: olahan Pedoman Pendakwah Sepanjang Zaman, Syed Qutb

Jumaat, Mei 22, 2009

..biarkan ia bebas berfikir..


" katak berlari......"
"kuda melompat...."
umairah terus menyanyi.

"katak berlari...kuda melompat" ulangnya lagi.
"kak, salah tu, katak melompat , kuda berlari" sapaku.
umairah senyum tersipu-sipu, agaknya baru perasan yang nyanyiannya salah.

"cik mah, cik mah kita main ni" sambil menunjuk-nunjukkan tangannya.
"jom!".jawab ku.
"ajak cik su sekali". bagitauku.
"injit-injit semut sapa sakit naik atas, injit-injit semut sapa sakit naik atas, " kami bertiga menyanyi bersama-sama sambil kedua-dua belah tangan bergerak seiringan dengan nyanyian lagu.
"goreng-goreng pisang,pisang lemak manis, sape bunyi mulut kena cubit"nyanyian diteruskan.
masing-masing terus mendiamkan diri. jelas arahan dalam nyanyian tadi barang siapa bersuara pasti akan di cubit.
umairah atau lebih senang di panggil kakak, kelihatan bersungguh-sungguh untuk tidak membuka mulutnya.

tapi..
satu ketika, dia terlepas cakap!
" cik su, nampak gigi. cik su nampak gigi"
"kakak, cakap..kena cubit ", cik Su berseloroh.

akhirnya, kakak redha dia di cubit, sebab dia tahu dia buat bising.

rumah nenek rohanah riuh rendah dengan bunyi bising anak2,mak2,pak2 saudara yang sama naik "join venture" dengan "games" yang sepatutnya hanya sesuai untuk kanak di bawah 5 tahun!...

kanak-kanak,
kadang-kadang bila kita perhatikan medan dunianya tidaklah luas tapi akalnya serta mindanya menjangkau imaginasi orang-orang dewasa.
sampai suatu ketika, mereka cukup senang dan rasa bebas walhal hanya berlari-lari sambil memejam mata dan menjerit-jerit. berlarinya berpadanan dengan langkah kakinya yang pendek.
kemudian, tidak semena-mena mereka ketawa, senyum dan kadang-kadang bercakap-cakap dengan anak patung.lagaknya macam anak dengan ibu.

"cik mah nak minum ape? tanya kakak.
"cik mah nak air oren satu dan nasi goreng sekali" jawab ku dengan bersungguh-sungguh.
"ni dia"kakak menghulurkan satu gelas dan satu pinggan.
" mmm,sedap nya kakak masak "pujiku.

kakak senyum tersipu-sipu.
selesai makan olok-olok, di simpan barang mainannya.
kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan perwatakan yang bersih serta jujur dalam pergaulannya.
kerana apa? mungkin kerana mereka belum lagi terhimpit-himpit dengan dunia luar yang pelbagai mehnah serta masih lagi bersih daripada dosa.
terdetik dalam fikiran ketika melayan anak-anak saudara.. "biarkan ia bebas berfikir dalam dunia fantasinya,.."


(K.a.n.a.k2)

Khamis, Mei 21, 2009

peristiwa SUBUH..




Subuh,
masa yang paling best,
untuk apa?

untuk teruskan berselimut...

Subuh,
masa yang paling syok,
kenapa?

kerna tika ini,
kita dibuai mimpi-mimpi rekaan syaitan...

Subuh,
masa yang paling sukar,
kenapa?

tika ini,
sungguh susah untuk bangun,
untuk tegakkan tiang agama....

Subuh,
masa yang singkat,
terlelap dan terlena kembali,
kita mungkin,
terserempak DENGAN subuh GAJAH...

Subuh,
engkau pengukur kekuatan seorang pejuang!
kerana APA?
lemah dan lembiklah seorang pejuang islam,
jikalau maha tidak mampu,
mengangkat selebar selimut....
untuk bingkas bangun tunaikan SOLAT SUBUH.....

.....(S.U.B.U.H)....

Ahad, Mei 17, 2009

maahad tahfiz sains-sambungan


sambungan...

masih ingat lagi perkongsian seorang ustaz berkenaan dengan menghafaz al-quran, katanya
dengan menggunakan analogi,

" jika kamu di beri sebatang kapak dan di suruh untuk melapangkan satu kawasan hutan. memang payah dan susah untuk pertama kalinya untuk kita menebangnya, ini kerana, nak tak nak mesti fokus utama nak tumbangkan pokok yang berbatang besar dulu. kemudian bila semua yang besar-besar sudah tumbang. Tinggal yang sederhana dan kecil-kecil. Lepas ini lagi mudahlah kerja kita yang seterusnya..."

"mmm,, begitu proses menghafal al-quran. istiqamah yang utama..memang pertama kali, memang payah tetapi lama kelamaan insyaALLAH mudah,.".lebih kurang macam nilah ustaz bagitau hari tu..

salah seorang ustazah di sini pula berpandangan bahawa, sebelum memulakan penghafalan pastikan niat yang utama, n then kenal pasti maksud ayat-ayat yang bakal di hafal moga semasa ber tasmi' dan bermuraja'ah kita tidak lupa susunan ayatnya..

target utama semasa menghafal, bukanlah ingin menguasai nya within 24 hour! (satu surah panjang--dalam satu hari????)....tapi lebih kepada pendekatan yang tidak tergopoh gapah.. 3 ayat satu hari itu lebih baik dan mengikut kemampuan kita.

apabila sudah menghafalnya, eloklah kita cari peluang untuk bertasmi' bacaan. ini penting untuk memperbetulkan bacaan dari segi tajwid dan sebutan huruf serta seterusnya boleh lah di jadikan hafalan tersebut untuk dibaca dalam solat kita....

buat pengetahuan, memori hafalan kita sebenarnya di kawal oleh subconsious mind. apa sahaja yang dihafal secara berulang-ulang kat situ lah storagenya. jangan di penuhkannya dengan ingatan tayangan cerita drama jepun berepisod-episod atau filem-filem hollywood dan sebagainya sebab itu tidak menjanjikan apa-apa syafaat untuk kita di akhirat kelak..(",)

sama2 fikirkan....
selamat mencuba!

p/s bersama: pastikan hari ini lebih baik dari semalam. nak bercinta dengan ALLAH, mulakan dengan mencintai kalam-kalam NYA dulu..




Sabtu, Mei 16, 2009

Milik diakah hidayah?

Perbualan antara dua orang rakan karib, ketika itu mereka baru pulang
daripada kelas agama yang di ajar oleh ustaz FARID.

“man, ana rasa ustaz farid hari ini semacam ada masalah?” Tanya Abu dengan mimik muka yang penuh dengan kerisauan.
“kenapa anta fikir sebegitu, ana rasa dia macam hari-hari yang biasa je?” jawab Azman dengan bersungguh-sungguh.
“ taklah, sepanjang kuliah tadi, ustaz asyik cakap kita kena cari hidayah itu, hidayah takkan datang sendirilah…..”. Abu kembali bersuara.
“ustaz semacam menggalakkan kita untuk mencari hidayah, menggalakkan kita mencari teman hidup la ni jugak,,,ana pulak terfikir hidayah ni anak siapa?, tinggal kat mana?,kita perlu cari teman hidup macam hidayah erk?…..”.sambungnya lagi.
“isk-isk, anta ni Abu, mesti anta terlelap semasa pertengahan kuliah tadi, mmmm..hidayah ini bukan sesiapa,..hidayah ni sebenarnya petunjuk daripada ALLAH untuk hambanya…….bla..bla..bla” balas Azman yang rancak menerangkan kembali intipati kuliah ustaz FARID kepada sahabatnya.

Dua sahabat karib meneruskan perjalanan pulang melewati kawasan kampung yang meriah dengan siulan burung-burung yang baru keluar dari sarangnya, sambil berborak-borak berkenaan intipati kuliah subuh sebentar tadi.
Merujuk kepada buku Jagalah ALLAH,ALLAH menjagamu karangan Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, hidayah terbahagi kepada dua, dapat saya simpulkan di sini.
Pertama : “hidayatud Dilalah” (petunjuk untuk memberikan bimbingan itu kepada orang lain), ini bagi Rasulullah SAW dan para pendakwah, sehingga ALLAH SWT mewariskan bumi ini dan semua isinya.
Kedua : “Hidayatut taufiq” (petunjuk ALLAH yang disertai pertolongan daripada Allah untuk memperolehinya),, hidayah ini milik mutlak bagi ALLAH SWT yang Maha Esa lagi Maha Tunggal.
ALLAH SWT berfirman :
“ Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi ALLAH memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNYA, dan ALLAH lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk” (al-Baqarah:2)

Manusia hanya mampu memberi bimbingan dan menyeru manakala selebihnya kita serahkan kepada ALLAH SWT yang hanya padaNYA kita sandarkan sepenuhnya pengharapan .
Gosip-gosip artis yang dahulunya di katakan seorang yang baik agamanya, dan realitinya sekarang mereka berubah mengikut transformasi dunia artis sensasi. Dengan kata lain, mereka lebih memilih ke arah dunia yang glamor atau “hot” daripada dunia yang hakiki.
Sebenarnya, timbulnya isu ini kerana hati saya begitu terkesan dengan salah seorang artis nasyid tanah air yang kumpulannya begitu saya hormati, ternyata sekarang sudah berubah arus perjalanan hidup. Mungkin berita sudah lama di dada akhbar, tapi kerana saya kurang ikuti perkembangan semasa..mmm,lambatlah sikit tahunya. -sadis juga rasa hati,,(T.T)
Moga dia, di beri taufik dan hidayah daripada ALLAH SWT..amin3.
Ternyata dari sini, iktibarnya taufik dan hidayah milik ALLAH SWT kan?..kadang-kadang kawan kita yang sudah bertahun-tahun tidak ketemu matanya,yang dulunya terkenal dengan penampilan rocker di alam sekolah..alih-alih sekarang Alhamdulillah sudah jadi muslimat sejati..begitulah sebaliknya.

Islam juga melarang hadirnya sifat riak,takbur dan sombong atas segala kebaikan yang kita sedang dan sudah lakukan. Kerana ia adalah titik tolak untuk satu PART DALAM JASAD kita yakni HATI,terpalit atau tercalit titisan hitamnya DOSA…

Ini kerana bila, suburnya titik hitam yang tumbuh dalam HATI dek kerana suburnya sifat –sifat mazmumah di atas,AKHIRNYA sukar sekali kita menerima hidayah dan petunjuk daripada ALLAH dek kerana di pagari dosa-dosa hitam.
Memang semua sedia maklum, bahawa hati-hati ini, ALLAH lah yang memegangnya yakni Pemilik nya.. namun kita di beri amanah untuk membentanginya dengan iman dan amal..
Sesungguhnya ketetapan ALLAH ,sudah tersirat dan manusia hanya tahu apabila ia sudah tersurat…hanya pada NYA kita berserah sepenuhnya.
Bersesuaian dengan firmannya:

Dan kalau Kami menghendaki, nescaya Kami akan berikan tiap-tiap jiwa petunjuk (bagi)nya, akan tetapi telah tetaplah perkataan (ketetapan) dari-Ku, “Sesungguhnya akan AKU penuhi Neraka Jahanam itu dengan jin dan manusia bersama-sama.
(As-sajdah:13

“ya ALLAH,Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia. Tetapkan lah kami dalam agama MU dan ketaatan terhadap MU” amin..

Khamis, Mei 14, 2009

takpe..Maa,senantiasa maafkan anak2 Maa..



"Maa,orang mintak maaf...".kataku bila terasa kata-kataku sebentar tadi begitu kasar bahasanya.
"tak pe, Maa senantiasa maafkan anak-anak Maa dan doakan anak-anak moga senantiasa bahagia dunia dan akhirat", balas ibuku lembut.

Begitulah insan yang bernama IBU, sikap sabarnya terhadap karenah anak-anak memang senantiasa terserlah.
KESABARAN seorang ibu itu, sejak di amanahkan untuk melahirkan seorang khalifah ke dunia sehingga besarnya khalifah tersebut tetap sama tidak berubah!.

namun,
kekadang khalifah yang bernama anak ini, begitu mudah terkoyak kesabarannya mungkin dek kerana masih muda,darahnya begitu cepat mendidih..
kekadang khalifah yang masih muda ini juga, begitu mudah terasa seperti di kongkong oleh bunda tercinta,mungkin kerana pengaruh suasana yang begitu hebat sehingga terasa tidak perlu lagi menerima apa-apa teguran daripada yang terlebih dahulu merasa asam garam kehidupan...
namun jua,
seorang ibu itu, tak mudah menyerah kalah dengan karenah anak-anak yang sedang membesar dan masih belum matang.
berkat kesabarannya anak-anak dididik dan diasuh sebaiknya.
sehingga lahirlah khalifah-khalifah yang memberi cahaya untuk seisi keluarga, seisi masyarakat dan sebagainya..
semoga ibu-ibu di dunia,senantiasa di berkati ALLAH dan senantiasa di beri taufik dan hidayah dalam mencorak kehidupan keluarganya dalam melahirkan khalifah ALLAH di muka bumi..
p/s:bersama:
apa pun, dipohon bersama-samalah kita yang masih bertitlekan seorang anak kepada ibu yang masih ada di dunia ini untuk tidak segan silu memohon kemaafan daripada ibu...jika boleh,setiap kali bermulanya atau berakhirnya percakapan antara kita dan ibu...








Khamis, Mei 07, 2009

setiap individu itu ada uniknya...



Setiap individu ada keunikannya…sabarlah wahai sahabat.


Uniknya setiap individu, sememangnya lumrah alam manusia. Kadang-kadangnya dek kerana uniknya sikap sesetengah individu, kita kelamaannya kenal dan mula memahami hakikat kejadiaan manusia yang tidak sempurna, sebagaimana kita sendiri.

Cuba bayangkan semua individu di dunia ini bersikap seperti individu yang sama. Sebagai contohnya sikap kita adalah seorang sangat pendiam dan hanya peduli hal yang ada kaitan dengan hidup dan mati kita. Wah...betapa sunyinya dunia ini, tidak wujud interaksi sesama insan melainkan bila ada kepentingan dan betapa buruknya keadaan masyarakat kerna semuanya bersikap mementingkan diri sendiri!

Tetapi hakikatnya alam milik ALLAH, Yang Maha Agung dan Yang Maha Bijaksana..sememangnya variasi..

Wujudnya variasi, wujud jugalah permasalahan kerna tidak semua orang satu kepala dengan kita ..

Bak kata pepatah “walau rambut sama hitam,hati lain-lain”

Mmm..memang susah menerima sikap orang lain yang tidak sebulu dengan kita..

Kadang-kadang terfikir ”kenapalah, susah sangat dia nak terima pandangan orang..grrrr”

Sabar..
Penawar terbaik untuk hati yang sedang sakit ataupun sedih,//

Untuk hati yang ego pulak, susah menerima teguran orang lain..buatlah sesuatu yang boleh menjatuhkan ego anda!

Sebagai contohnya ”rajin-rajin buat kerja amal seperti basuh tandas kat rumah ke”

Sebagai kesimpulannya..

Cuba fahami keunikan setiap individu samada yang baik atau yang buruk, bersikap positif terhadap mereka, tegur secara baik apabila teguran diperlukan, hargai apa yang dilakukan oleh mereka, sabar dengan sikap mereka dan berlapang dada dengan apa jua situasi yang kita hadapi.Allah jadikan manusia berbeza sikap dan sifatnya antara satu sama lain dengan tujuan untuk kita saling kenal-mengenali.Allah juga mengingatkan akan makhluknya supaya menolak setiap keburukan/kejahatan dengan kebaikan. Nescaya keburukan akan pudar dan kebaikan akan terserlah.

(S.A.B.A.R)

Selasa, April 28, 2009

masyarakat TV


Masyarakat TV.

Alhamdulillah, elektif dah habis, maknanya cuti bermula, makna yang lebih mendalam lagi ialah pulang ke rumah bertentang mata dengan semua ahli keluarga….mmm…best…

Perjalanan pulang ke rumah, terasa sangat jauh, walhal tidak sejauh sahabat-sahabat yang di sebelah utara,mahupun pantai barat ataupun yang sebelah selatan..tapi saya rasa perjalanan kali ini memang jauh…

Pertengahan perjalanan, sempat abang berhenti di sebuah restoran. Kami berhenti makan dan minum...

Ketika sedang menikmati juadah, pandangan dan perdengaran saya terfokus dengan seorang lagak penyanyi muda yang muncul di kaca tv sedang mempersembahkan sebuah lagu, yang sangat asing, tidak pernah saya ”ter”dengarnya..

Gerak-geri penyanyi muda ini sangat lincah, mengikut muzik latar lagunya...mmm..

Pakaiannya? Boleh digambarkan oleh semua orang,tiada beza dengan mereka yang terlibat sebagai penghibur tanah air.

Suaranya? Saya rasa bolehlah dibayangkan oleh semua orang juga, tetapi mungkin yang saya dengar kali ini, boleh bagi 5/10...

Rasa macam malu dengan telatah anak gadis muda ini, sebab saya juga satu agama dengannya..ISLAM..malahan satu kaum dengannya..MUSLIMAH..

Kalau didepan kaca tv, saya boleh memberikan senyuman ”sinis” dek melihat perwatakannya.sempat juga saya senyum-senyum kambing melihat gerak-geri tariannya saya fikir sedikit sumbang.. dengan perpandangan itu masyarakat tv..."senyum je ler"


Tapi..
Kalau ini masyarakat di depan mata,,siaran langsung..macamana agaknya respons saya..masih mampu memandang sinis?ataupun senyuman kambing..as hadiah untuknya?..itu sahaja erk??....tak mampu saya fikir..

Tapi inilah realiti masyarakat tv yang sememangnya idola bagi masyarakat setempat terutamanya remaja....

Semua berpusu-pusu mengejar glamoruos! tanpa menyedari hakikat, yang populariti yang melanggar syariat agama..jaminannya kita pasti turut popular di akhirat..
Yakni tika dibacakan kembali setiap amal kebajikan kita.
Setiap kali dibacakan dosa.. malu bukan kepalang..segala perilaku kita dipertontonkan......


firman ALLAH s.w.t:


Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami Telah melihat dan mendengar, Maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."

(as-Sajdah : 12)

mmm..


Begitulah, hebatnya masyarakat luar yg sememangnya amat memerlukan bimbingan daripada mereka yang faham...insyaALLAH..kitalah masyarakat yg ”faham”itu...

Wallahualam..


Selasa, April 21, 2009

maahad tahfiz sains tanah merah




Suasana MALAM di MTS.

Tarikh : 15/04/2009
Masa : 7.00- 10.00 malam.

Maghrib berjemaah

Sekitar jam di tangan 7.10 petang, kami bergegas ke surau untuk sama-sama berjemaah.
Setibanya di sini ruangan bawah muslimat sudah pun penuh, tetapi dapat juga kami mencelah di ruang2 kosong untuk menyempurnakan saff. Alhamdulillah ketibaan kami di sana di sambut dengan senyuman adik-adik yang bagi saya itu ialah “senyuman tiga”.

Azan selesai berkumandang menandakan tibanya solat qabla maghrib. Setelah seketika, iqamat pula di perdengarkan dan para jemaah berpusu-pusu ke depan untuk memenuhkan saff yang masih kosong. Melihat kelibat adik-adik yang sememangnya di asuh dengan didikan al quran, begitu menarik hati dan perasaan saya. Tingkah laku mereka mengambarkan kelainan yang boleh di bezakan dengan pengalaman saya ketika menghadapi pelajar di sekolah aliran biasa, yang sedikit longgar dan liat dalam membina satu saff dalam solat.

Suara imam solat, yang perlahan tetapi lancar pembacaan al-qurannya menarik hati untuk lebih khusyuk. Selesai solat, bacaan satu surah al-quran yang bagi saya yang tidak menghafalnya malahan jarang membelek surah tersebut menimbulkan seribu tanda tanya dalam kotak fikiran sambil cuba meneka nama surah tersebut. Surau yang penuh dengan jemaah tersebut bergema dengan bacaan surah ad-dukhan yang merupakan hafalan bagi adik-adik di sini sejak tingkatan satu lagi. Alhamdulillah. pendedahan adik-adik terhadap ilmu al-quran sangat membuat saya teruja dan kadang-kadang terasa berada di satu tempat yang lain , di mana masyarakatnya yang tidak lagi memerlukan al-quran manual mahupun al-quran digital sebagai bahan rujukan mereka. Apabila keadaan memerlukan mereka mengalunkan bacaan surah al- rahmaan, dengan segera mereka akan menbacakannya. Fantasi di alam realiti.semuanya menjadi long term memory…subhanallah

Hasil pertanyaan dengan seorang banat tingkatan 4 AJ, mengikutnya jemaah yang solat di surau akan sama-sama bermurajaah bacaan surah yang mengikut waktu solat tertentu. Di bawah di sertakan aturan bacaan surah selepas solat.

Solat subuh : surah yassin
Solat zohor : as sajadah ( hujung minggu)
Solat asar : al-mathurat
Solat maghrib: ad-dukhan
Solat isyak : al mulk/al-kahfi


MasyaALLAH, surah-surah yang menjadi amalan hafalan mereka ini, ada antaranya masih lagi bagi diri saya sendiri dalam proses mencintai dan menghayati akan makna-maknanya apatah lagi mengingati butir-butir ayatnya. Tetapi bg adik-adik di sini ia bagaikan melekat di hati dan di bibir mereka.Alhamdulillah. moga apa yang adik-adik fahami penghayatan adalah menyeluruh bukan sekadar di bibir..itulah doa dan harapan untuk mereka. Mad’u mereka yang ketndasan ilmu dan bimbingan agama masih ramai menanti mereka sebagai professional ustaz dan ustazah ( PROTAZ,)..yang tidak lagi lama bakal menjadi pemimpin masyarakat.

Bersambung….

Isnin, April 20, 2009

arghhh..tension pneumothoraxsss

Arghh….tension pneumothoraxsss!!!

Itulah lagak seorang “medical student” apabila dilanda kerunsingan dan ke”tension”an.

” shit! Why this happen to me, terrible day!..

Itulah pulak , lagak seorang om putih, apabila di landa masalah..

” setan! Naper malang sangat nasib hari ni,,huarrgggh....

Itulah pula, lagak org yang fasih berbahasa malaysia apabila terasa malangnya dia.

Masing–masing punya lagak tersendiri apabila di uji dengan fatamorgana dunia. Kadang-kadang sampai lupa, siapa yang SEBENARNYA menduga kita dek kerana terikut-ikut perasaan yang kecewa dan sedih!

Wajar kah, ini di panggil hamba?

Hamba, kalau kita tgk maksudnya mestilah seorang yg sabar, taat dan patuh kepada Tuannya.

Mungkin keadaan di atas, boleh lah dipanggil hamba yang kadang2 taat, sabar dan patuh serta kadang2 terlupa yang dirinya adalah hamba yg hina pada yang ESA. Nauzubillah...

Alhamdulillah, kita sejak di lahirkan sudah pun memiliki dan memegang TITLE islam, kalau tengok pada nama terkandung berBIN dan berBINTI...tak cukup dengan itu nama yang indah di beri kepada kita..ummi umairah maisarah dan ummi usyaima bayyinah..indah namanya..seindah orgnya..


Terima kasih UMMI dan ABI!..lahirkan ku islam

Sepatutnya , dengan TITLE islam, semestinya kita beriman kan ALLAH, yakin pada percaturanNYA. Namun hakikat diri manusia yang kadang-kadang itu luntur keyakinan kepada aturan PENCIPTA YANG AGUNG..

” Tidakkah ALLAH yang menciptakan makhluk itu mengetahui (segala-galanya) Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
Al-Mulk:14.


Atau lupakah kita sabda Rasulullah s.a.w:

”Amat menghairankan sekali perihal orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua keadaannya adalah baik baginya, dan hal ini tidak berlaku melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Apabila ia diberikan kesenangan , iapun bersyukur, maka jadilah hal itu baik baginya; sedangkan apabila ia ditimpa kesukaran yakni yang memberi mudharat kepadanya – iapun bersabar, lalu jadilah hal yang demikian itupun baik baginya.”
(HR. Muslim)


Tidak kah sama keadaan kita, dengan bukan islam kalau tiadanya TAWAKAL?
..jika mereka berusaha bermati-matian ..kita turut berusaha bermatian, namun betapa bertuah nya kita kerana wujudnya KONSEP TAWAKAL KEPADA YANG MAHA BIJAKSANA DAN YANG MENGETAHUI..

” dan dengan yang demikian maka ALLAH jualah hendaknya orang2 beriman bertawakal (berserah diri)” (Ibrahim:7)


What ever it is, everything happens for a good reason!...

Isnin, April 13, 2009

would you marry you?

sekilas pandang, bila baca ayat di atas menimbulkan tanda tanya, penulis ni salah taip ayat ke apa? kenapa tak " would you marry me" ke.. atau "would you marry her"... tapi sebenarnya ada yang tersirat di sebalik kata-kata itu...


mmm...

" would you marry you" pelikkan?

apabila saya teruskan pembacaan....

tersiratnya ayat di atas, sudikah anda MENERIMA dengan diri anda apabila anda tahu diri anda sememangnya mempunyai sikap yang teruk/negatif?..kalau diri sendiri pun tidak sanggup apatah lagi orang lain...

wah! pedas juga kata-katanya.

penulisan di teruskan lagi dengan pengalaman penulis menyenaraikan sikap positif dan negatifnya... konklusinya masih banyak sikap dalam dirinya yang mesti diubah!.

mmm..

sama-sama fikirkan...


p/s:
main point nya bukan berbicara soal kahwin..tapi berkenaan dengan sikap.
kerana dengan sikap orang kenal kita macamana. dengan sikap juga mengambarkan personaliti kita,
baik atau buruk ada yang menilainya..
.............
kalau kita mampu mengawal yakni fikiran, hawa nafsu, atau keinginan terhadap duniawi ketika sedang sujud supaya khusyuk hanya padaNYA.
Kita juga mampu mengawal nya mahupun ketika di luar solat!

---jom usaha ke arah solat khusyuk--
"sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam sembahyangnya,..."
(al-mu'minun:1-2)

Sabtu, April 11, 2009

neraca iman> neraca nafsu = mencintaiMU..




neraca nafsu : penat sungguh menjaga hati...
neraca iman : ALLAH telah berjanji, pasti ada ganjarannya..

neraca nafsu : sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? yang
mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..
neraca iman : justeru,jamin aku, aku akan hidup esok hari..ataupun sekejap lagi..

neraca nafsu : aku tak mampu..bukankah itu ketentuan ILLAHI? tapi, bukankah telah
lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar. mungkin tak memberikan kesan
pada amal-amalmu yang terdahulu..dan banyak!

neraca iman : justeru, jaminkan aku, dgn amalku itu..sudah cukup membuat aku
menghirup harum jannahNYA..

neraca nafsu : itu juga ketentuan Illahi, hanya DIA yang layak memberi jaminan
neraca iman : justeru, marilah bersamaku,..teruskan mengejar Cinta DIA..

neraca nafsu : cinta DIA,,ya perlu itu. Tapi, ku tahu..nalurimu juga mahukan cinta
DUNIA..bukan? ku pasti, ku juga tahu, betapa indahnya cinta dunia
?
neraca iman : wahai nafsu..tenang-tenanglah dikau.kan kucurahkanmu kasih dan cinta
tuhan..hentikan bicaramu wahai nafsu..


neraca nafsu : cukupkah keinginan mu dengan hanya cinta tuhan?
neraca iman : memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam
memujuk rayu..huhu- jika ku dihalalkan dengan cinta dunia sekalipun,cinta Tuhan masih yang pertama. cinta itu perlu mekar sampai bila-bila, wahai nafsu.. tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai DIA yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? nafsu sudahlah... DIA pasti merindui esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu pada NYA..DIA pasti rindu dan cemburu, andai kau punya cinta yang lebih dari cintamu pada NYA.. jangan pernah kau abaikan DIA..selangkah kau mendekatiNYA, seribu langkah DIA akan mendekatimu..aku rindukan Belaian NYA..jangan kau raya-rayu aku lagi, wahai nafsu..cukuplah..

neraca nafsu : ........baiklah bisikan padaku perihal cinta Tuhan....
neraca iman : katakanlah (Muhammad) : " jika kamu mencintai ALLAH, ikutlah aku, nescaya ALLAH mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu " ALLAH maha Pengampun lagi maha Penyayang. katakanlah (Muhammad) ," taatilah ALLAH dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir. ( ali Imran: 31-32)

neraca iman : Itu janjiNYA..aku perlu ikut apa Rasulullah ajarkan, dan apa yang ALLAH khabarkan..Jgan kau teruskan pujuk rayumu...kerana aku ingin sahut cintaNYA...

neraca nafsu : baiklah....kali ini kau menang...fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangmu..moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku...Aku akan datang lagi memujuk rayu mu....
neraca iman : moga aku terus diberi kekuatan .... wahai ALLAH..hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMU....jangan kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu...moga ALLAH beri kekuatan ...dengan kekuatan cinta NYA...amin...
---retype : skb 08/09 risalah ke3--

Alhabib Islamic Widget

Jumaat, April 03, 2009

ERTI anak untuk IBU dan BAPA





Alhamdulillah, baru ini sebelum exam dapat juga, pulang ke rumah menjenguk Ma, dan adik-beradik. Alhamdulillah semuanya sihat walafiat.

Kesempatan pulang ke rumah, banyak masa diluangkan bersama dengan Ma. Alhamdulillah mimik muka Maa sangat ceria dan berseri-seri membuatkan saya tenang dan cukup gembira walhal saya tahu di benak hati dan fikiran tertanam rasa rindu untuk melihat anaknya yang kelapan yang tika ini masih di Johor.

Dalam benak hati saya, berharap kehadiran saya di rumah, sedikit sebanyak mengisi kekosongan rindunya pada adik.

Ketika sedang berbual-bual dengan Maa, timbul satu isu yang menimbulkan seribu pertanyaan dalam fikiran saya. Berkenaan dengan peranan anak ketika proses pengurusan jenazah ayah atau ibu mereka yang telah meninggal dunia. Sejauh manakah seorang anak bersedia jika berlakunya kematian ibu bapanya? Bagaimana pula dengan ibu bapa, apa yang di harapkan daripada anak-anak mereka?

Maa, sangat mengambil berat tentang hal ini, kerana sebelum ini pernah dia menziarahi majlis kematian seseorang yang dia amat kenal dan apa yang menyedihkan Maa, apabila di tanya kepada anak-anak lelaki allahyarhammah tiada seorang pun yang bersedia untuk mengimamkan solat jenazah mahupun menjadi makmum untuk solat jenazah ibu mereka.

kemudian, Maa bertanya sebab mereka tidak bersedia. Jawapan mereka ialah mereka tidak reti (tidak tahu) macamana mahu menunaikannya.

Hati Maa, cukup tersentuh dan sedih.

Kenapa begitu mudah jawapannya.

Apa lagi harapan yang tinggal untuk seseorang yang sudah pergi melangkah ke alam barzakh selain doa daripada anak-anaknya.

Dalam hati, tertanam azam dan pengharapan moga kami sekeluarga suatu hari yang di tentukan ALLAH, kami mampu menunaikan tanggungjawab sebagai anak untuk kebahagian Maa di dunia dan akhirat. Ameen3.

Apabila saya refer balik tatacara pengurusan jenazah terdapat doa-doa yang khusus di baca ketika menyempurnakan solat jenazah.

Di bawah saya pastekan maksud doa tersebut

“ ya ALLAH ampunilah baginya dan muliakanlah tempatnya dan lapangkanlah tempat masuknya (dalam kubur) dan mandikanlah dia dengan air salji dan air dingin ( embun) dan bersihkanlah dia daripada kesalahan (dosa) seperti di bersihkan kain putih daripada kekotoran dn gantikanlah tempat yang lebih baik daripada tempat tinggalnya dan ahli (keluarga) yang lebih baik daripada ahlinya dan sahabat yang lebih baik daripada sahabatnya dan masukkanlah ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada siksa kubur dan siksa neraka”.

Apabila seseorang itu meninggal dunia, semua perkara yang berkaitan dengan dunia terputus kecuali tiga perkara, salah satunya ialah doa anak yang soleh.

Saya sangat faham apa yang ingin di sampaikan oleh Maa, tika berbual soal ini. Itulah harapannya daripada kami anak-anaknya.

Semoga kita mampu berbakti untuk ibu bapa bukan hanya noktah di dunia tetapi juga tika mereka sudah tiada.

Itulah pengertian terbaik seorang anak untuk ibu bapanya.

p/s :

ya ALLAH tenang dan damai lah allahyarham abah di sana. Ameen3.
masih ingat tika, saat2 abah meninggal allahyarham meminta kami adik beradik membaca kan yassin untuknya..
bila di fikirkan kembali itulah yang allahyarham mahukan sebagai bekalan untuknya tika saat sakaratull maut..
itulah harapannya..