Sabtu, Februari 26, 2011

kau dan aku

kau dan aku..
singgahnya hanya sebentar di sini,
dan
akan pulang ke sana,

bila atau bagaimana,
cepat atau lambat..
mahu atau tidak mahu,.
kau dan aku..
tiada mengetahuinya,

kerna itu urusan NYA,

maka,
bertebarlah kau dan aku di sini,
seolah hidup untuk seribu tahun lagi,
namun INGAT,
beramallah seolah kau dan aku pulang ke sana ESOKNYA,

kejarlah lah DUNIA ini semampu kau dan aku,
namun JANGAN engkau tinggalkan AKHIRAT semahunya,

dan
jangan sesekali kau dan aku ringankan AKHIRAT,
bahkan MENANGkan lah AKHIRAT dalam perkara yang bersangkutan dengan DUNIA..

wallahualam..

Jumaat, Februari 25, 2011

wallpaper yang memotivasikan..

ALLAH ada jangan risau...

USAHA DOA TAWAKAL..

no pain and nogain

BERSANGKA BAIK PADA ALLAH SWT

PERCAYA DAN BERJAYA...


Isnin, Februari 14, 2011

oh ! cinta itu buta.


the image copy from http://thesituationist.wordpress.com/

Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.
sedikit perkongsian tentang fitrah sang manusia yang tidak disempadani dengan iman dan taqwa...

Rutin harian sebagai pelajar perubatan (bahkan seorang doktor sekalipun) tak lari daripada menyoal latar belakang sejarah - social, personal, family- seseorang pesakit. Bila ditinggalkan perkara ini, bermakna rawatan terhadap pesakit hanya berdasarkan fizikal semata-mata.

yup ! "treat the patient as a whole .." pesan seorang doktor.

dan bila bermula penyelongkaran LATAR BELAKANG  ini, tampak betapa SAKITNYA masyarakat islam melayu ketika ini.

Tidak memerlukan kepada spesifik kajian statistik untuk menjumlahkan berapa ramai  pesakit bermasalah sosial TERUTAMANYA.
kerna...
BAHKAN bukti - bukti bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

beberapa KISAH  (Pada SATU pagi klinik kesihatan IBU dan ANAK di sebuah DAERAH pada hari yang SAMA) yang boleh dikongsi disini..

case 1 :

16 tahun REMAJA perempuan islam, kandungan pertama ,30 minggu usia kandungan ,  (14/M/Girl primigavidae ), Hadir ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk pemeriksaan bulanan kandungan. Hadirnya bersama seorang peneman, ditanya status perkahwinan : married...dan soalan seterusnya : bila? 2 bulan (4 minggu) yang lepas,
okes, aku terdiam..premarital conception -Anak luar nikah.

case 2 :

28 tahun DEWASA perempuan islam, masih dalam seminggu pantang , dan masih bujang. kondisi baby sihat dan aktif, lewat di vaksinkan serta lewat didaftarkan sebagai status warganegara. Dikhabarkan wanita kepada bayi ini, melahirkan di bilik rumahnya sementara si ibu dan bapa kepada wanita ini tidak menyedarinya sehingga kedengaran bunyi tangisan bayi...dan paling menyayatkan hati apabila wanita ini cuba melemaskan bayi nya semasa proses melahirkannya...

hmm..speechless...it's all about suka sama suka, habis binasa, dan si anak kecil terus merana.

case 3

20-an remaja perempuan islam, HADIR dengan si ibu, dalam keadaan yang masih confius, mukanya tergambar seribu persoalan dan masalah. hari ini ialah hari booking ( hari buat kad merah untuk permeriksaan ibu dan anak ) Diceritakan bahawa adik remaja ini, dilarikan oleh seorang lelaki Foreigner (FB) ke KL...dan Alhamdulillah diketemukan kembali oleh ahli keluarga, namun sudah berbadan dua...

kes 4 , kes 5 , kes 6 akan terus bertambah dari hari ke hari.....

Amaran Allah SWT jelas yakni jangan MENDEKATI ZINA, kerna ZINA ia adalah perbuatan KEJI DAN BURUK!!!

firman Allah SWT dalam surah al- isra':32, maksudnya :

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk."

wallahualam.

ongoing disease process :  pergaulan bebas (contoh perbuatan mendekati zina) --> zina (perbuatan yang keji dan Allah SWT murka akannya) --> anak luar nikah dibuang bagai sampah (Kesan buruk) --> hiv dan aids.(kesan buruk)....

Sabtu, Februari 12, 2011

SOLAT : Penghubung antara DIA dan saya

aku dan DIA.

Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.

entry kali ini tentang s.o.l.a.t
beberapa objektif mesti ditanamkan dalam diri sebelum mendirikan tiang agama ini

1. HUDHUR AL- QALB : hadir hati

2. AT-TAFAHHUM : berusaha memahami segala perkara yang dilakukan dalam solat itu sama ada perbuatan atau juga perkataan.
 < x ada basic BAHASA ARAB sekalipun anda masih cuba juga memahami maknanya >

3. AT-TA'DZIM : merasa keagungan Allah SWT dengan ucapan "ALLAHUAKBAR".

4. AL- HAIBAH : merasa kebesaran illahi dan gerun terhadap zat Allah Maha Agung.

5. AR-RAJAA' : menaruh harapan besar. mudah-mudahan segala ibadah itu diterima Allah SWT.

6. AL- HAYAA' : merasa malu terhadap Allah SWT diatas segala kekurangan dan kecacatan dalam beribadah.



kredit to mohd fadzli iberahim shah untuk gambar ini, TQ.

LAST BUT NOT LEAST :

teruskan usaha dalam mendapatkan solat yang terbaik...
sesungguhnya itu adalah penghubung 24 Hours antara hamba dan Pencipta...
FREE CALL - throughout the day.

"  solat tiang agama, penegak semesta"