Ahad, Januari 31, 2010

hari pertama dan kedua

Alhamdulillah...-NIKMAT IMAN DAN ISLAM...

hari pertama di amanatkan jadi mpp kami telah pun dijadualkan ke PP -USM INDUK...
ditemani org kuat ..EN AZMAN dan EN JO..

Bertolak sekitar, 11 pagi... sampai ke sana jam 5 lebih.

singgah makan tengahari...kebetulan aminah terserempak dengan seorang makcik-pesakitnya-
--jejak kasih--

dalam perjalanan, Jun muntah2...kesian, habis keluar nutrisi2 yang dimakan tadi,,

saya sendiri pula-kurang pendengaran, dek kerana selesama tambah pula perbezaan tekanan atmosfera- naik turun bukit disepanjang jalan Gerik...

Alhamdulillah pendengaran pulih pada keesokkan nya...

petangnya ayah SHAFA, singgah ke usm menghantar seterika dan juga kot untuk mesyuarat besok...tak berkedut lah, baju2x kami semua...


aktiviti malam
kami semua berkumpul (termasuk EN.Hafiz dan En.ZUL)dan itulah perjumpaan pertama - untuk saling bertaaruf. selesai makan, jam 11 lebih kembali ke USM induk.
-BAK kata aminah-eratkan hubungan antara bapa dengan anak..,(''<)

Sabtunya, sarapan pagi dan tepat jam 11 pagi, mesyuarat perlantikan MAJLIS TERTINGGI MPP SIDANG 2009/2010 bermula.

mesyuarat selesai dan ditangguhkan lebih kurang jam 1 lebih...

untuk kampus kesihatn..

YDP MPP : SAUDARA AZMI...

dalam pukul 3 , kami bertolak ke usm...

SINGGAH sebentar ke salah satu shopping mall (entah lupa namanya)- beli cermin mata Mizah Yang pecah...

pulang ke KB dan sampai ke sini lebih kurang jam 11 malam...

pulang keUSM,persediaan untuk end of exam posting, CA,dental requiremnt, presentation dan 2nd week ortho..

tetapi yang penting kami pulang untuk terus memperjuangkan amanah-amanah yang diberikan...insyaALLAH...

ITU SAHAJA...

trip pertama kesana...

ALHAMDULILLAH masih dikurniakan kesempatan umur yang panjang dan tenaga yang kuat...
akal yang sihat...IMAN DAN ISLAM nikmat yang paling agung..

Selasa, Januari 19, 2010

ucapan "terima kasih"




terima kasih, ye kak...

shukron ya ukhti...

trimas...

tqqqq...

terima kasih maa,...

10 q...


.....

kata-kata yang simple, tetapi sukar juga nak diluahkan, bilamana masih ada benteng pemisah antara si pemberi dan si penerima...


kekadang si pemberi tidak pula mengharap kan ucapan "ten q" daripada si penerima...cukup dengan hatinya berkata aku menolongnya kerana ALLAH...Alhamdulillah.


KEkadang si penerima pula bermonolog dihatinya..dengan berkata " malunya dan x retinya mahu mengucapkan terima kasih"...walhal sebenarnya dia sangat2 berterima kasih dengan pemberian yang diberikan...


terima kasih..sangat3 berterima kasih....


tanpa praktikal atau dengan hanya teori imaginasi sahaja, kita sukar untuk menguntumkan kata-kata terima kasih...

walhal kata2 itu untuk mereka yang paling dekat dengan kita...


sama ada ibu, abah, adik, kakak, abang...


yup...saya sangat2 bersetuju...
jika sampai tika ini, belum pernah kita meluahkan kepada mereka...kata2 ini..
plz...jangan bertangguh lagi...


kekadang jika hanya dihati sahaja kata2 ini muncul-kita sahajalah yang tahukan?
luahkan kepada mereka2 yang tersayang betapa kita ini, berterima kasih atas segala2 pengorbanan mereka,,,,-not too late to say that!!!


terima kasih, ye encik!

praktikal nya ketika diwad, ringankan bibir untuk mengucapkan terima kasih...
walau tujunya kepada budak2 kecil, pakcik yang terbaring lemah di atas katil, si penjaga pesakit...staffnurse (baik atau garang), doktor2......


moga3 dengan kepraktilitian ini, kita tetap kenal erti ten q, kepada sesiapa sahaja tidak kira mereka ini lebih rendah jawatannya, tinggi status hidupnya...atau sesiapa sahaja...

kerana mereka ini tetap hamba ALLAH...


TERIMA KASIH YA ALLAH...

ALHAMDULILLAH, terlalu banyak nikmat Mu... tak terhitung,...Jangan jadikan diri ini tidak bersykur...

JOM SAMA2 berdoa.

Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, tetapkan hati ini dalam AGAMA dan KETAATAN terhadapMU, (tetapkan diri ini, tika aku sibuk dengan urusan dunia, tika aku bersedih dengan dunia, tika ku nun tinggi berada di atas, tika ku dikelilingi kesenangan dan keseronokan, tika ku berasa sangat lapang, tika ku masih muda remaja, tika umurku sampai ke hujung nyawa...)
amin3...

Ahad, Januari 10, 2010

sangka baik pada tuhan,

selamat membaca...

(linknya sila klik pada tajuk)

Sangka baik pada Tuhan
Li Fook Gao@Tohkong Mosjid


Kejadian membakar gereja oleh puak pelampau 8 Januari lalu menimbulkan seribu satu persoalan di minda kita yang lemah ini. Emosi kita juga terganggu kerana kita sudah tidak dapat membayangkan adakah perkara yang lebih teruk daripada serangan terhadap gereja-gereja akan berlaku di bumi Malaysia yang aman ini.

Sebenarnya saya tidak tahu apa yang hendak dituliskan dalam artikel ini. Secara spontan juga saya mula menulis dengan Bahasa Melayu walaupun kebiasaannya saya lebih suka menulis dalam Bahasa Inggeris. Saya menulis kerana saya merasa sedih kerana sekali lagi nama baik agama Islam yang saya kenali sebagai agama yang selalu mempromosian keamanan dan kedamaian telah dikaitkan dengan perkataan “pengganas”.

Bukan itu sahaja keperitan emosi saya, hati saya turut menangis kerana nama baik negara Malaysia yang terkenal dengan keistimewaan menjaga keharmonian kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama dicemarkan dengan teruk akibat perbuatan menyerang gereja oleh sekumpulan syaitan yang tidak faham ajaran agama mereka.

Saya teramat keliru mengapa keganasan sebegitu rupa boleh berlaku di negara kita atas satu isu nama Tuhan. Saya tertanya-tanya dan tersipu-sipu mencari jawapan; adakah ajaran agama dimiliki Tuhan, atau Tuhan ini dimiliki ajaran agama? Setahu saya, Tuhan ini maha berkuasa dan memiliki segala benda-Nya di alam semesta ini. Maka sepatutnya agama ini dimiliki Tuhan, dan tugas manusia sebagai penganut ialah untuk menurut segala perintah ajaran agama dan menjaga tingkah laku demi menjaga nama baik agama.

Entah, sejak bila pula agama dan nama Tuhan menjadi permainan milik-memiliki manusia. Ataupun sememangnya dipatutkan sebegitu, segala benda yang diciptakanNya di alam semesta ini perlu direbut manusia? Akan tetapi, manusia nak merebut semua benda ini pasal apa, pasal nak bawa benda yang direbut ini ke neraka? Boleh ke? Sepatutnya manusia ini harus sentiasa beringat bahawa besok kita mungkin akan mati, dan bukannya menganggap kita ini akan hidup selama-lamanya.

Entahlah juga apa perasaan Tuhan sekarang? Bayangkan bagaimana lukanya perasaan seorang guru yang sangat disayangi dan dihormati apabila pengajarannya dihina gara-gara tindakan beberapa muridnya bertindak di luar ajaran yang diajarnya….. Mengapa manusia yang dianugerahkan otak ini sering menyakitkan hati penciptaNya? Mengapa? Mengapa?

Saya mungkin tak akan jumpa jawapan kepada persoalan-persoalan di atas. Walaupun pada malam 8hb Januari, saya terasa dunia ini teramat gelap bagaikan tiada penghujungnya, namun Tuhan tetap menerbitkan matahari dari sebelah Timur pada sebelah subuh hari keesokkan. Saya amat bersyukur setiap kali melihat matahari yang terbit kerana saya berpendapat Tuhan masih memberikan hari yang baru untuk kita untuk membetulkan pemikiran dan tingkah laku kita untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam. Melihat keindahan matahari yang terbit ini, saya merasakan Tuhan sedang memberikan harapan dan masa untuk menyelamatkan keadaan negara kita.

Mungkin kejadian keganasan ini akan menyedarkan rakyat untuk menghayati betapa tidak ternilai harganya keamanan yang kita nikmati sebelum ini jika dibandingkan dengan ketakutan dan kebimbangan yang kita alami sekarang.

Mungkin juga perkara ini akan menyedarkan ahli-ahli politik dan media arus perdana yang merasakan mereka mempunyai kuasa untuk bermain dengan emosi segelintir rakyat; bahawasanya emosi itu bagaikan api, tiada manusia yang mampu mengawal api apabilanya sudah menjadi liar dan besar.

Mungkin juga perkara ini akan menjadikan titik mula untuk menyedarkan rakyat Sabah dan Sarawak untuk menuntut perubahan bersama rakyat Semenanjung Malaysia demi masa depan negara yang lebih baik.

Mungkin juga perkara ini akan menjadikan rakyat lebih matang dalam menghadapi provokasi yang lebih mengancam pada masa depan.

Mungkin juga perkara ini menyebabkan rakyat mula mempersoalkan sampai bila kita harus berlagak bodoh, dianggap bodoh dan diperlakukan sebagai orang bodoh dan dijadikan alat untuk mengekalkan kuasa beberapa orang berkepentingan?

Mungkin juga perkara ini dapat mengingatkan rakyat bahawa rakyat mempunyai kuasanya tersendiri yang amat digeruni parti-parti politik dan rakyat harus bijak menggunakan kuasanya sebaik mungkin dari sekarang untuk menjaga kepentingan negara.

Entahlah, terlalu banyak kemungkinan yang saya fikirkan namun apa jua berlaku, saya kena sangka baik pada Tuhan.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa Tuhan akan memberikan yang sebaiknya kepada Malaysia.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa mereka yang cuba menganiaya orang tidak berdosa dan memecahbelahkan rakyat akan dibalas jahat.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa rakyat Malaysia akan lebih berpadu dan bersatu selepas keganasan ini demi keamanan dan keselamatan negara.

Saya harus sangka baik pada Tuhan bahawa mereka yang tidak faham agama akan diberi pedoman dan cahaya pengetahuan untuk membuka minda mereka supaya mereka boleh kembali ke jalan yang betul.

Saya harus percaya ada tujuannya perkara ini berlaku kerana Tuhan adalah maha adil, maha mengetahui dan maha Esa.

Everything happens for a reason. Segala yang terjadi ada hikmahnya. Kita harus sangka baik pada Tuhan. Bersabarlah wahai rakyat Malaysia yang faham agama.

Li Fook Gao @ Tohkong Mosjid.

Isnin, Januari 04, 2010

BERSAHABAT....

Alhamdulillah aku dikurniakan
persahabatan,
Satu ikatan yang suci murni,
Lebih indah dari permata,
Lebih manis daripada manisan,
Aku menghargainya,
walau tidak mampu dengan berada disisinya,
aku usahakan dengan mendoakan kesejahteraannya...
Aku bahagia dengan senyumannya,
walau bukan untuk diriku.
tapi cukup menandakan yang dirinya
sedang bahagia...




Tapi...
aku khuatir wahai sahabat,,,
akan "persahabatan kita"
adakah mampu bertahan hingga ke dunia sana...
wahai sahabat,
aku amat takut sekali,
dengan peringatan daripada ALLAH swt:
Allah swt berfirman, ad-Dukhaan : 40-42,
"-sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun,
-iaitu hari seseorang kerabat atau SAHABAT KARIB tidak dapat memberikan perlindungan kepada kerabat atau SAHABAT KARIBNYA dan mereka pula tidak diberi pertolongan (untuk menghapuskan azab itu)"
-kecuali orang yang telah diberi rahmat Allah: sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha kuasa lagi Maha Mengasihani"

Wahai sahabat,
bantulah dirimu dalam mengenal erti cinta pada ILLAHI,
wahai sahabat,
bantulah diriku juga dalam mencintai NYA,
Wahai sahabat,
sama-samalah kita meraih cinta yang AGUNG ini,
moga "persabatan kita",
Senantiasa dalam redhaNYA...
Wahai sahabat,
dalam bersahabat keranaNYA,
Akan timbul perasaan sayang dan kasih,
takkan hilang walau jauh dimata,
takkan pudar walau jarang berjumpa,
takkan lentur dimamah usia,
takkan goyah walau bergegarnya dunia,
kerana,
dirimu wahai sahabat....
senantiasa muncul dibibir doaku,
ketika sedang bermunajat pada Illahi..

p/s : Jom berdoa bersama2...untuk kesejahteraan didunia dan diakhirat...