Rabu, Mei 27, 2009

.:alarm clock:.


Jam sekitar 5.00 pagi, sejuk dan nyaman suasana.
Kelihatan bergelimpangan sekujur badan manusia.
“nyenyaknya manusia ini tidur”, degus hati kecil sebuah handset jenama Motorola sambil memerhati Arshad.

kemudian..

“Quartz ..oh!Quartz….” , jerit Motorola kepada kawannya,Quartz, sebuah jam dinding yang terletak tidak berapa jauh daripada pandangan mata kasarnya.
“yuppa!..naper ngn anta, moto?”,jawab Quartz.
“mmmm, sajer je nk ajak anta sembang-sembang”, balas Motorola kembali.
“akhir-akhir ini, ana rasa sedih semacam je”, sambungnya lagi.
“naper pulak akhi?, anta x sihat kah?”, Tanya Quartz bersungguh-sungguh.
“sihat Alhamdulillah…”, jawabnya lemah.
“ana…sedih sebab tuan ana, akhir-akhir ni,,selalu bangun lambat untuk subuh,,apatah lagi untuk bertahajud…..subuh pun subuh GAJAH…”,sambungnya lagi dengan nada yang sayu.
“ akhi,.. tahu apa sebabnya kah?”,Quartz kembali bersuara.
“mmmm, dia sekarang kerap tidur lambat….kekadang jam 3 pagi baru mula tidur…kesannya lambatlah subuhnya..,,”terang Motorola.
“akhi, dia x setting alarm clock before dia tidur?”, Tanya Quartz kembali.
“hmmm, setting …tapi x berguna..penat ana kejutkan,,,,tapi x ada response, semacam orang yang mati…kekadang ada response…. tapi bukan untuk bingkas bangun untuk solat subuh,,,tapi bingkas bangun untuk senyapkan ana…..bukan itu saja,bila dah senyapkan ana yang memekik memecahkan suasana sunyi pagi ni…..ditarik-tariknya selimut untuk kembali menyeliputi tubuhnya…mmm,lagilah susah dia nak bangun…” jawabnya dengan penuh kesedihan.
“ana tahu..akhir-akhir ini dia, sangat sibuk…program berlambak-lambak menanti untuk diselesaikan…meeting-meeting pulak bertali arus,sampai dah tak larat nak bersuara dalam meeting…kerja-kerja akademik pulak sekeliling pinggang...mmm seolah-olah macam YB,,,”,
sambungnya lagi.
“ ni semua bagus untuk dia……sebab banyak pengalaman dia dapat timba…pemikiran pun jadi lebih terbukak…walhal semakin matang keputusannya…tapi,,,semakin hari semakin jauh dengan Allah jadinya…huhuhu…paling prominent subuhnya..terabai…”Motorola mengadu.
“parah ni….dia dah lupa kah,dia ni seorang hamba?,,hamba sepatutnya taat dan patuh pada Allah…”, keluh Quartz.
“ana rasa, andai dia dapat dengar apa yang nk ana nk perkatakan,,,ana nak sangat-sangat dia muhasabah dirinya kembali…supaya x jauh terlalai..sekarang ni masih punya waktu untuk perbetulkan keadaan…keduanya ana mahu dia betulkan pengharapannya kepada RABB,,bukan pada ana untuk kejutkan dia untuk solat….i’tiqad dalam hati..supaya ALLAH gerak dia untuk tunaikan solat…tanamkan keyakinan pada ALLAH…jgn bergantung 100% kat ana ni…huhuhu..mungkin percubaan kali pertama tidak menjd,dia berkemungkinan tetap bangun lambat..tapi BAGI seseorang yang mahu mengislahkan diri kepada yang lebih baik bakal di uji oleh ALLAH…tapi yang paling penting ialah….. terus tanamkan keyakinan kepada ALLAH…everything happens for A good reason..”sambung Motorola dengan panjang lebar.
“tambahan lagi, kalau segala pekerjaan seharian dia mahukan redha ALLAH serta berkatNya…pastikan dia kena jaga suruhanNYA dan tinggalkan laranganNYA....Baru peroleh berkat…Jaga ALLAH, ALLAH akan menjaganya..” Quartz menyambung kata-kata Motorola.
“dah jam 5.45 pagi ni,,lebih kurang 5 minit lagi…bermulalah tugas ana untuk gerakkan dia…hmmmmm..entahlah..bangun ke tidak….si Arshad ni….kalaulah ana mampu sentuh dia….mahu ana libas-libas badannya yang liat benor ni….”
kata Motorola sambil mencebik bibirnya.
“huhuhu,,,akhi dah marah nampaknya,,sabar-sabar …”pujuk Quartz.
“marah tanda sayang ni Quartz….”
balas Motorola sambil perbetulkan balik mimik muka yang serius sebentar tadi.
…TAMMAT…..

Ahad, Mei 24, 2009

generasi al-Quran, Generasi Unik

June 23, 2008 by zahratulhilal

Sememangnya di sepanjang perjalanan dakwah ini akan menghasilkan suatu generasi manusia. Tetapi belum pernah terjadi orang-orang itu berkumpul dalam jumlah yang sebegitu banyak, sebagaimana yang terjadi semasa generasi pertama dari era sahabat, radhiallahuanhum. Ia mempunyai rahsia yang patut kita renungkan secara mendalam.

Menghadkan Al-Quran Sebagai Sumber Rujukan
Sumber dakwah ini telah pun berada di tangan kita secara lengkap, dan ia adalah Al-Quran dan hadith Rasulullah SAW. Dari kedua inilah bermulanya sejarah yang mulia. Generasi pertama, suatu generasi yang belum pernah lahir sekali lagi dalam sejarah menggunakan sumber rujukan Al-Quran. Ya, hanya Al-Quran sahaja. Hadith dan petunjuk Rasulullah SAW hanya salah satu tafsirannya.
Ketika Aisyah r.a ditanya tentang budi pekerti Rasulullah SAW, maka dia menjawab : Bahawa budi pekerti baginda adalah Al-Quran (riwayat An-Nasaii)
Dengan demikian, hanya Al-Quran sajalah satu-satunya standard ukuran mereka untuk berfikir dan Al-Quran menjadi cara hidup mereka. Bukannya pada masa itu tiada tamadun, pengetahuan, ilmu, buku, pelajaran. Tidak! Bahkan pada masa itu telah wujud tamadun Rom, yang merangkumi pengetahuan dan hukum yang masih dihayati Eropah hingga kini. Wujud juga tamadun Greek Kuno, logika, falsafah dan keseniannya yang masih menjadi sumber pemikiran Barat. Tamadun Parsi, mewah dengan sastera, kepercayaan dan dongengnya. Malah wujud tamadun-tamadun lain di wilayah berdekatan seperti India dan China. Kesemua tamadun ini mengelilingi Jazirah Arab. Dan di tengah jazirah itu sendiri, berkembang pula agama Yahudi dan Nasrani.

Maka, pada zaman itu yang mengalami kekurangan bukanlah tamadun antarabangsa atau kebudayaan internasional sehinggakan generasi pertama terpaksa membataskan diri hanya pada Kitabullah. Tetapi hal ini adalah satu metodologi yang disengajakan. Ini kita dapat lihat dari kemarahan Rasulullah SAW pada waktu baginda melihat di tangan Umar r.a selembar kitab Taurat, maka baginda bersabda: “Demi Allah, seandainya Nabi Musa a.s hidup di kalangan kamu sekarang ini, nesacaya ia mesti mengikuti ajaranku” (al-hafiz Abu Ya’la, dari Hammad, dari Al-Sya’bi, dari Jabir)Ini memperlihatkan pada kita bahawa Rasulullah SAW menghadkan sumber rujukan generasi pertama hanya Al-Quran sahaja. Baginda meluruskan keadaan mereka dan membersihkan jiwa mereka dengan berpandukan pada Al-Quran semata. Kerana itu, Rasulullah SAW sangat marah pada Umar r.a kerana cuba mengambil sumber rujukan lain.
Rasulullah SAW ingin membina satu generasi yang suci jiwanya, bersih otak dan konsepsinya, bersih kejadiannya dari pengaruh lain selain dari kaedah ilahiyyah yang termaktub dalam Al-Quran. Kerana itu, faktor ini menjadi satu yang unik dalam sejarah. Tetapi, lihatlah apa yang terjadi kini. bermacam sumber telah berbaur, ada yang dipengaruhi cerita Israeliyat yahudi, teori kristian dll. Sayangnya semua ini telah bercampur dengan tafsir Al-Quran, ilmu kalam (falsafah), malah fiqh dan usul. Oleh sebab itulah, generasi pertama tidak akan lahir untuk kali keduanya.

Menurut Perintah Dan Segera Melaksanakannya
Faktor kedua, generasi pertama memandang Al-Quran bukan untuk menambah pengetahuan atau meluaskan pandangan. Bukan juga untuk dinikmati keindahan sasteranya dan menikmati rasa nikmat yang timbul dari sastera itu. Bukan juga untuk menambahkan perbendaharaan ilmu dalam masalah fiqh. Sehingga otaknya penuh dengan ilmu.
Tetapi, mereka mempelajari Al-Quran untuk menerima perintah untuk segera dilaksanakannya. Tidak ubah seperti pasukan tentera di medan tempur, “terima perintah dan arahan”. Kerana itu, tidak ada seorang yang meminta tambahan perintah dalam satu kali pertemuan. Kerana mereka merasa itu hanya akan memperbanyakkan tanggungjawab di bahunya. Mereka sudah merasa puas dengan sepuluh ayat sahaja, dihafal dan diamalkan seperti ditulis dalam hadith Ibnu Mas’ud r.a.
Perasaan inilah, perasaan menerima perintah daan segera menunaikan, menyebabkan Al-Quran membukakan bagi mereka perspektif kemudahan dan pengetahuan, yang mereka maksudkan bukan untuk itu sebenarnya. Namun, disebabkan perasaan itu, tugas mereka yang hakikatnya susah menjadi mudah, tanggungjawab berat terasa ringan.
Al-Quran telah melebur dalam jasad mereka, sehingga mendarah daging dalam kehidupan mereka. Al-Quran menjadi suatu cara hidup harian, ilmu yang hidup, bukan tersimpan di otak atau buku catatan, tetapi telah merubah paksi perjalanan hidup mereka.
Al-Quran tidak akan menyerahkan seluruh rahsia perbendaharaannya pada orang yang, berjiwa pengetahuan melahirkan perbuatan. Al-Quran datang bukan untuk menjadi buku yang menempa mentaliti, bukan buku sastera atau seni, bukan buku cerita dan sejarah, walaupun tak dinafikan semua itu termasuk dalam kandungannya. Al-Quran datang untuk menjadi panduan cara hidup, diperkenalkan Yang Maha Suci secara beransur-ansur dan sedikit-sedikit.
“Dan Al-Qur`an itu telah Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang, dan Kami menurunkannya beransur-ansur.” (Surah Al-Isra’ (perjalanan) , 17:106 )
Al-Quran turun sesuai dengan masalah praktikal kaum muslimin dalam kehidupan nyata, sesuai dengan pertumbuhan dalam pemikiran dan konsepsi mereka. Satu atau beberapa ayat diturunkan secara khusus, menceritakan apa yang terdapat dalam hati mereka, menggambarkan hal yang mereka alami, memberi panduan tentang kaedah dan cara kerja, mengkoreksi kesalahan pemikiran dan perbuatan mereka, menghubungkan semua ini dengan Allah ‘Azza wa Jalla, memperkenalkan mereka pada sifat Tuhan yang menguasai alam semesta.
Maka pada masa itu, mereka hidup dalam ketinggian alam yang suci dan kudus, di bawah pandangan dan naungan Ilahi.
Kaedah inilah melahirkan generasi pertama. Cuba bandingkan dengan generasi sekarang. Sudah pasti faktor kedua ini juga penting, menjadi penyebab adanya perbezaaan kita dengan generasi qurani yang unik ini.


Meninggalkan Jahiliyah Secara Total
Faktor ketiga pula, umumnya generasi sahabat apabila telah masuk agama Islam, maka mereka meninggalkan seluruh masa silamnya di zaman jahiliyah. Pada masa mereka datang kepada Islam, mereka merasakan memulakan zaman baru, terasa terpisah sama sekali dengan zaman jahiliyah. Mereka merasakan sifat ragu-ragu dan ketakutan adalah tidak layak untuk Islam. Kalau mereka merasa lemah dalam melaksanakan kewajipan Islam, segera mereka merasa berdosa dan bersalah. Di lubuk hati, perasaan ini perlu dibersihkan dari apa yang telah menodainya. Mereka sangat berusaha untuk bertindak sesuai dengan petunjuk Al-Quran.
Terdapat pemisahan mentaliti secara total antara zaman jahiliyah dan zaman setelah mereka berada dalam Islam. Dari sini, timbul pemisahan secara total juga dalam hubungan sosial mereka dengan masyarakat jahiliyah disekeliling. Mereka masih berurusan dengan musyrikin dalam bidang perniagaan dan pergaulan, tetapi pemisahan secara keseluruhan secara mental itu sangat membezakan pergaulan mereka.
Oleh itu, dari proses mencabut diri dari persekitaran jahiliyah dan adat tradisinya, mereka menanamkan aqidah tauhid. Dari cara hidup jahiliyah, mereka merubah diri kepada cara hidup Islam. Ini terjadi dengan mereka menggabungkan diri dalam komuniti muslim dan kepimpinan baru. Mereka memberi sikap loyaliti kepada masyarakat baru dan pimpinan baru dengan hati yang patuh dan tunduk kepada Ilahi.
Ini adalah suatu persimpangan jalan. Mereka memulakan satu jalan baru, lapang dan bebas dari tekanan tradisi yang memberatkan masyarakat jahiliyah.

Mereka tidak bertolak ansur atau bertindak separuh jalan sahaja. Tidak! Sesungguhnya ia adalah dua jalan yang berbeza. Kalau mereka mengikuti langakah jahiliyah walau setapak, nescaya mereka akan kehilangan seluruh arah dan mereka akan sesat jalan.

Tugas Pertama Kita
Kita lihat zaman kini. Nilai Islam tidak wujud dalam diri kita kerana apa yang terdapat disekitar kita adalah jahiliyah, baik kepercayaan, adat, sumber ilmu dan sastera, hukum dan peraturan. Malah apa yang kita sangka sebagai tamadun Islam, falsafah Islam, pemikiran Islam, hakikatnya adalah produk jahiliyah di abad moden.
Oleh kerana itu, kita seharusnya mampu membebaskan diri dari saki baki pengaruh masa lalu kita. Dari mana mahu mengambil kekuatan? Ia adalah dari sumber suci Al-Quran, sumber di mana generasi pertama menimbanya. Kita mesti segera kembali pada perasaan untuk menerima perintah untuk segera diamalkan. Kita kembali untuk kita mengetahui kita diperintah untuk menjadi apa, supaya kita menjadi seperti itu. Dalam perjalanan itu nanti, kita akan menemui keindahan seni Al-Quran seperti yang diingini oleh orang yang ingin mempelajari dan menikmati. Tetapi itu bukan tujuan utama nya.
Tujuan utama kita adalah untuk mengetahui: Apakah yang diperintah dalam Al-Quran untuk diamalkan? Apakah konsep total yang Al-Quran menyuruh kita memilikinya? Bagaimana Al-Quran mengajar kita mempunyai perasaan dan keyakinan terhadap Alllah SWT? Bagaimana semestinya budi pekerti dan sikap kita dalam kenyataan hidup ini?
Seterusnya, kita mesti bersedia melepaskan diri dari tekanan tradisi, kepimpinan dan masyarakat jahiliyah dalam lubuk hati kita. Kita tidak boleh bertolak ansur dengannya. Sesungguhnya tugas pertama kita adalah merubah diri kita sendiri. Kemudian, barulah merubah masyarakat.


Ayuh. Kita segera sahut seruan tugas pertama ini!
sumber: olahan Pedoman Pendakwah Sepanjang Zaman, Syed Qutb

Jumaat, Mei 22, 2009

..biarkan ia bebas berfikir..


" katak berlari......"
"kuda melompat...."
umairah terus menyanyi.

"katak berlari...kuda melompat" ulangnya lagi.
"kak, salah tu, katak melompat , kuda berlari" sapaku.
umairah senyum tersipu-sipu, agaknya baru perasan yang nyanyiannya salah.

"cik mah, cik mah kita main ni" sambil menunjuk-nunjukkan tangannya.
"jom!".jawab ku.
"ajak cik su sekali". bagitauku.
"injit-injit semut sapa sakit naik atas, injit-injit semut sapa sakit naik atas, " kami bertiga menyanyi bersama-sama sambil kedua-dua belah tangan bergerak seiringan dengan nyanyian lagu.
"goreng-goreng pisang,pisang lemak manis, sape bunyi mulut kena cubit"nyanyian diteruskan.
masing-masing terus mendiamkan diri. jelas arahan dalam nyanyian tadi barang siapa bersuara pasti akan di cubit.
umairah atau lebih senang di panggil kakak, kelihatan bersungguh-sungguh untuk tidak membuka mulutnya.

tapi..
satu ketika, dia terlepas cakap!
" cik su, nampak gigi. cik su nampak gigi"
"kakak, cakap..kena cubit ", cik Su berseloroh.

akhirnya, kakak redha dia di cubit, sebab dia tahu dia buat bising.

rumah nenek rohanah riuh rendah dengan bunyi bising anak2,mak2,pak2 saudara yang sama naik "join venture" dengan "games" yang sepatutnya hanya sesuai untuk kanak di bawah 5 tahun!...

kanak-kanak,
kadang-kadang bila kita perhatikan medan dunianya tidaklah luas tapi akalnya serta mindanya menjangkau imaginasi orang-orang dewasa.
sampai suatu ketika, mereka cukup senang dan rasa bebas walhal hanya berlari-lari sambil memejam mata dan menjerit-jerit. berlarinya berpadanan dengan langkah kakinya yang pendek.
kemudian, tidak semena-mena mereka ketawa, senyum dan kadang-kadang bercakap-cakap dengan anak patung.lagaknya macam anak dengan ibu.

"cik mah nak minum ape? tanya kakak.
"cik mah nak air oren satu dan nasi goreng sekali" jawab ku dengan bersungguh-sungguh.
"ni dia"kakak menghulurkan satu gelas dan satu pinggan.
" mmm,sedap nya kakak masak "pujiku.

kakak senyum tersipu-sipu.
selesai makan olok-olok, di simpan barang mainannya.
kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan perwatakan yang bersih serta jujur dalam pergaulannya.
kerana apa? mungkin kerana mereka belum lagi terhimpit-himpit dengan dunia luar yang pelbagai mehnah serta masih lagi bersih daripada dosa.
terdetik dalam fikiran ketika melayan anak-anak saudara.. "biarkan ia bebas berfikir dalam dunia fantasinya,.."


(K.a.n.a.k2)

Khamis, Mei 21, 2009

peristiwa SUBUH..




Subuh,
masa yang paling best,
untuk apa?

untuk teruskan berselimut...

Subuh,
masa yang paling syok,
kenapa?

kerna tika ini,
kita dibuai mimpi-mimpi rekaan syaitan...

Subuh,
masa yang paling sukar,
kenapa?

tika ini,
sungguh susah untuk bangun,
untuk tegakkan tiang agama....

Subuh,
masa yang singkat,
terlelap dan terlena kembali,
kita mungkin,
terserempak DENGAN subuh GAJAH...

Subuh,
engkau pengukur kekuatan seorang pejuang!
kerana APA?
lemah dan lembiklah seorang pejuang islam,
jikalau maha tidak mampu,
mengangkat selebar selimut....
untuk bingkas bangun tunaikan SOLAT SUBUH.....

.....(S.U.B.U.H)....

Ahad, Mei 17, 2009

maahad tahfiz sains-sambungan


sambungan...

masih ingat lagi perkongsian seorang ustaz berkenaan dengan menghafaz al-quran, katanya
dengan menggunakan analogi,

" jika kamu di beri sebatang kapak dan di suruh untuk melapangkan satu kawasan hutan. memang payah dan susah untuk pertama kalinya untuk kita menebangnya, ini kerana, nak tak nak mesti fokus utama nak tumbangkan pokok yang berbatang besar dulu. kemudian bila semua yang besar-besar sudah tumbang. Tinggal yang sederhana dan kecil-kecil. Lepas ini lagi mudahlah kerja kita yang seterusnya..."

"mmm,, begitu proses menghafal al-quran. istiqamah yang utama..memang pertama kali, memang payah tetapi lama kelamaan insyaALLAH mudah,.".lebih kurang macam nilah ustaz bagitau hari tu..

salah seorang ustazah di sini pula berpandangan bahawa, sebelum memulakan penghafalan pastikan niat yang utama, n then kenal pasti maksud ayat-ayat yang bakal di hafal moga semasa ber tasmi' dan bermuraja'ah kita tidak lupa susunan ayatnya..

target utama semasa menghafal, bukanlah ingin menguasai nya within 24 hour! (satu surah panjang--dalam satu hari????)....tapi lebih kepada pendekatan yang tidak tergopoh gapah.. 3 ayat satu hari itu lebih baik dan mengikut kemampuan kita.

apabila sudah menghafalnya, eloklah kita cari peluang untuk bertasmi' bacaan. ini penting untuk memperbetulkan bacaan dari segi tajwid dan sebutan huruf serta seterusnya boleh lah di jadikan hafalan tersebut untuk dibaca dalam solat kita....

buat pengetahuan, memori hafalan kita sebenarnya di kawal oleh subconsious mind. apa sahaja yang dihafal secara berulang-ulang kat situ lah storagenya. jangan di penuhkannya dengan ingatan tayangan cerita drama jepun berepisod-episod atau filem-filem hollywood dan sebagainya sebab itu tidak menjanjikan apa-apa syafaat untuk kita di akhirat kelak..(",)

sama2 fikirkan....
selamat mencuba!

p/s bersama: pastikan hari ini lebih baik dari semalam. nak bercinta dengan ALLAH, mulakan dengan mencintai kalam-kalam NYA dulu..




Sabtu, Mei 16, 2009

Milik diakah hidayah?

Perbualan antara dua orang rakan karib, ketika itu mereka baru pulang
daripada kelas agama yang di ajar oleh ustaz FARID.

“man, ana rasa ustaz farid hari ini semacam ada masalah?” Tanya Abu dengan mimik muka yang penuh dengan kerisauan.
“kenapa anta fikir sebegitu, ana rasa dia macam hari-hari yang biasa je?” jawab Azman dengan bersungguh-sungguh.
“ taklah, sepanjang kuliah tadi, ustaz asyik cakap kita kena cari hidayah itu, hidayah takkan datang sendirilah…..”. Abu kembali bersuara.
“ustaz semacam menggalakkan kita untuk mencari hidayah, menggalakkan kita mencari teman hidup la ni jugak,,,ana pulak terfikir hidayah ni anak siapa?, tinggal kat mana?,kita perlu cari teman hidup macam hidayah erk?…..”.sambungnya lagi.
“isk-isk, anta ni Abu, mesti anta terlelap semasa pertengahan kuliah tadi, mmmm..hidayah ini bukan sesiapa,..hidayah ni sebenarnya petunjuk daripada ALLAH untuk hambanya…….bla..bla..bla” balas Azman yang rancak menerangkan kembali intipati kuliah ustaz FARID kepada sahabatnya.

Dua sahabat karib meneruskan perjalanan pulang melewati kawasan kampung yang meriah dengan siulan burung-burung yang baru keluar dari sarangnya, sambil berborak-borak berkenaan intipati kuliah subuh sebentar tadi.
Merujuk kepada buku Jagalah ALLAH,ALLAH menjagamu karangan Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, hidayah terbahagi kepada dua, dapat saya simpulkan di sini.
Pertama : “hidayatud Dilalah” (petunjuk untuk memberikan bimbingan itu kepada orang lain), ini bagi Rasulullah SAW dan para pendakwah, sehingga ALLAH SWT mewariskan bumi ini dan semua isinya.
Kedua : “Hidayatut taufiq” (petunjuk ALLAH yang disertai pertolongan daripada Allah untuk memperolehinya),, hidayah ini milik mutlak bagi ALLAH SWT yang Maha Esa lagi Maha Tunggal.
ALLAH SWT berfirman :
“ Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi ALLAH memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNYA, dan ALLAH lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk” (al-Baqarah:2)

Manusia hanya mampu memberi bimbingan dan menyeru manakala selebihnya kita serahkan kepada ALLAH SWT yang hanya padaNYA kita sandarkan sepenuhnya pengharapan .
Gosip-gosip artis yang dahulunya di katakan seorang yang baik agamanya, dan realitinya sekarang mereka berubah mengikut transformasi dunia artis sensasi. Dengan kata lain, mereka lebih memilih ke arah dunia yang glamor atau “hot” daripada dunia yang hakiki.
Sebenarnya, timbulnya isu ini kerana hati saya begitu terkesan dengan salah seorang artis nasyid tanah air yang kumpulannya begitu saya hormati, ternyata sekarang sudah berubah arus perjalanan hidup. Mungkin berita sudah lama di dada akhbar, tapi kerana saya kurang ikuti perkembangan semasa..mmm,lambatlah sikit tahunya. -sadis juga rasa hati,,(T.T)
Moga dia, di beri taufik dan hidayah daripada ALLAH SWT..amin3.
Ternyata dari sini, iktibarnya taufik dan hidayah milik ALLAH SWT kan?..kadang-kadang kawan kita yang sudah bertahun-tahun tidak ketemu matanya,yang dulunya terkenal dengan penampilan rocker di alam sekolah..alih-alih sekarang Alhamdulillah sudah jadi muslimat sejati..begitulah sebaliknya.

Islam juga melarang hadirnya sifat riak,takbur dan sombong atas segala kebaikan yang kita sedang dan sudah lakukan. Kerana ia adalah titik tolak untuk satu PART DALAM JASAD kita yakni HATI,terpalit atau tercalit titisan hitamnya DOSA…

Ini kerana bila, suburnya titik hitam yang tumbuh dalam HATI dek kerana suburnya sifat –sifat mazmumah di atas,AKHIRNYA sukar sekali kita menerima hidayah dan petunjuk daripada ALLAH dek kerana di pagari dosa-dosa hitam.
Memang semua sedia maklum, bahawa hati-hati ini, ALLAH lah yang memegangnya yakni Pemilik nya.. namun kita di beri amanah untuk membentanginya dengan iman dan amal..
Sesungguhnya ketetapan ALLAH ,sudah tersirat dan manusia hanya tahu apabila ia sudah tersurat…hanya pada NYA kita berserah sepenuhnya.
Bersesuaian dengan firmannya:

Dan kalau Kami menghendaki, nescaya Kami akan berikan tiap-tiap jiwa petunjuk (bagi)nya, akan tetapi telah tetaplah perkataan (ketetapan) dari-Ku, “Sesungguhnya akan AKU penuhi Neraka Jahanam itu dengan jin dan manusia bersama-sama.
(As-sajdah:13

“ya ALLAH,Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia. Tetapkan lah kami dalam agama MU dan ketaatan terhadap MU” amin..

Khamis, Mei 14, 2009

takpe..Maa,senantiasa maafkan anak2 Maa..



"Maa,orang mintak maaf...".kataku bila terasa kata-kataku sebentar tadi begitu kasar bahasanya.
"tak pe, Maa senantiasa maafkan anak-anak Maa dan doakan anak-anak moga senantiasa bahagia dunia dan akhirat", balas ibuku lembut.

Begitulah insan yang bernama IBU, sikap sabarnya terhadap karenah anak-anak memang senantiasa terserlah.
KESABARAN seorang ibu itu, sejak di amanahkan untuk melahirkan seorang khalifah ke dunia sehingga besarnya khalifah tersebut tetap sama tidak berubah!.

namun,
kekadang khalifah yang bernama anak ini, begitu mudah terkoyak kesabarannya mungkin dek kerana masih muda,darahnya begitu cepat mendidih..
kekadang khalifah yang masih muda ini juga, begitu mudah terasa seperti di kongkong oleh bunda tercinta,mungkin kerana pengaruh suasana yang begitu hebat sehingga terasa tidak perlu lagi menerima apa-apa teguran daripada yang terlebih dahulu merasa asam garam kehidupan...
namun jua,
seorang ibu itu, tak mudah menyerah kalah dengan karenah anak-anak yang sedang membesar dan masih belum matang.
berkat kesabarannya anak-anak dididik dan diasuh sebaiknya.
sehingga lahirlah khalifah-khalifah yang memberi cahaya untuk seisi keluarga, seisi masyarakat dan sebagainya..
semoga ibu-ibu di dunia,senantiasa di berkati ALLAH dan senantiasa di beri taufik dan hidayah dalam mencorak kehidupan keluarganya dalam melahirkan khalifah ALLAH di muka bumi..
p/s:bersama:
apa pun, dipohon bersama-samalah kita yang masih bertitlekan seorang anak kepada ibu yang masih ada di dunia ini untuk tidak segan silu memohon kemaafan daripada ibu...jika boleh,setiap kali bermulanya atau berakhirnya percakapan antara kita dan ibu...








Khamis, Mei 07, 2009

setiap individu itu ada uniknya...



Setiap individu ada keunikannya…sabarlah wahai sahabat.


Uniknya setiap individu, sememangnya lumrah alam manusia. Kadang-kadangnya dek kerana uniknya sikap sesetengah individu, kita kelamaannya kenal dan mula memahami hakikat kejadiaan manusia yang tidak sempurna, sebagaimana kita sendiri.

Cuba bayangkan semua individu di dunia ini bersikap seperti individu yang sama. Sebagai contohnya sikap kita adalah seorang sangat pendiam dan hanya peduli hal yang ada kaitan dengan hidup dan mati kita. Wah...betapa sunyinya dunia ini, tidak wujud interaksi sesama insan melainkan bila ada kepentingan dan betapa buruknya keadaan masyarakat kerna semuanya bersikap mementingkan diri sendiri!

Tetapi hakikatnya alam milik ALLAH, Yang Maha Agung dan Yang Maha Bijaksana..sememangnya variasi..

Wujudnya variasi, wujud jugalah permasalahan kerna tidak semua orang satu kepala dengan kita ..

Bak kata pepatah “walau rambut sama hitam,hati lain-lain”

Mmm..memang susah menerima sikap orang lain yang tidak sebulu dengan kita..

Kadang-kadang terfikir ”kenapalah, susah sangat dia nak terima pandangan orang..grrrr”

Sabar..
Penawar terbaik untuk hati yang sedang sakit ataupun sedih,//

Untuk hati yang ego pulak, susah menerima teguran orang lain..buatlah sesuatu yang boleh menjatuhkan ego anda!

Sebagai contohnya ”rajin-rajin buat kerja amal seperti basuh tandas kat rumah ke”

Sebagai kesimpulannya..

Cuba fahami keunikan setiap individu samada yang baik atau yang buruk, bersikap positif terhadap mereka, tegur secara baik apabila teguran diperlukan, hargai apa yang dilakukan oleh mereka, sabar dengan sikap mereka dan berlapang dada dengan apa jua situasi yang kita hadapi.Allah jadikan manusia berbeza sikap dan sifatnya antara satu sama lain dengan tujuan untuk kita saling kenal-mengenali.Allah juga mengingatkan akan makhluknya supaya menolak setiap keburukan/kejahatan dengan kebaikan. Nescaya keburukan akan pudar dan kebaikan akan terserlah.

(S.A.B.A.R)