Khamis, Jun 17, 2010

yahudi dan nasrani


maksud firman Allah SWT :

orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti
agama mereka. Katakanlah " sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu,maka Allah tidak lagi menjadi
pelindung dan penolong bagimu.

 (Al-Baqarah: 120)

 -yahudi laknatullah-

Isnin, Jun 14, 2010

hakikat alam ini sekolah insan!


Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam...

Solusi isu no.20, membicarakan isu tentang ALAM...

sedikit sedutan daripada majalah ini (m/s : 16) saya kongsikan di sini ;

Allah SWT tidak menciptakan alam ini dengan sia-sia. Alam diciptakan dengan tujuan yang khusus dan istimewa. Selain ia menjadi gelanggang manusia untuk melaksanakan tujuan hidup sebagai hamba Allah dan khalifah, alam juga adalah hasil karya Allah untuk mengajar dan mendidik manusia. Alam ini adalah maha karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan Penciptanya. Hakikatnya alam ini adalah sekolah insan!...



pagi yang hening...


senja berlabuh..


awan berarak...


malam melabuh...



fajar menyinsing...


petang yang hening...


panas yang terik...

firman Allah SWT yang bermaksud :

"Mereka sentiasa berfikir (ingat) kepada ALLAH dalam keadaan berdiri,duduk, dan berbaring serta berfikir tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata)" Wahai Tuhan kami!Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka."'.

surah Ali-Imran 3 :191

alhamdulillah, best! pengisian solusi untuk keluaran kali ini..

segalanya tentang alam...

jom dapatkannya...('',)

Selasa, Jun 08, 2010

doktor = suka cucuk orang

Alhamdulillah masih dalam nikmat iman islam...

seringkali situasi di bawah kedengaran tika mana si ibu ingin menenangkan keadaan si anak dengan amaran

"adik, kalau nangis terus, nanti doktor tu cucuk", pesan seorang ibu sambil jari telunjuk kanannya menghala tepat kearah seorang medical student yang ketika itu sedang mengambil history taking pesakit lain.

atau

bertembunglah medical student dengan dua beranak di laluan hospital, 

keadaan si anak yang berkaki ayam, menangis semahu-mahunya dan sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai.

"doktor, meh cucuk budak ini, x se dengar ni", panggil ibu tersebut.

terpingga-pingga medical student tu.

atau

"doktor suke cucuk ore...huhu huhu..", kata seorang kanak-kanak yang baru sahaja post traumatic needle prick sambil menangis teresak-esak dan matanya menjeling ke arah medical student.

--end--

moral of the story : with white coat or without white coat showed a significant dicrepancy towards children!!!

Ahad, Jun 06, 2010

pagi-pagian di usmkk


fajar menyinsing di USMKK

Alhamdulillah, berpeluang menikmati indahnya ciptaan ALLAH SWT, di bumi usmkk ini.

gambar2 dibawah diambil pada waktu yang berbeza dan juga ada yang diambil pada hari berbeza...

subhanallah, cantik sungguh.

(Guna phone camera :sony ericson)


gambar pertama


gambar kedua dan ketiga



gambar2 seterusnya

gambar2 yang terakhir


 p/s : edit gambar ini guna "microsoft power point sahaja.

best juga.

(kredit : sony ericson)


Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.

alhamdulillah, sekadar ingin mencoret sdikit kenangan sepanjang 2 hari sabtu berturut2 (minggu lepas dan semalam)

CPR di rumah anak yatim taman sabariah.

Minggu lepas,diberi peluang untuk mengikuti bengkel OSCC (one stop crime center) dan CPR anjuran jabatan kecemasan USMKK.

disana, diberi kepercayaan untuk jadi fasilitator bengkel CPR. huhu.. dapat juga "revise" kembali teori-teori CPR yang sudah lama berkarat.

Adik-adik diajar tentang DR ABCD dan setiap kumpulan ada satu manikin, dalam masa 10-20 minit mereka terpaksa menelan teori dan praktikalnya...

kalau mahu dibandingkan semasa di tahun satu, masa diperuntukkan lebih kurang 1 minggu untuk memahami dan mempraktikkan tentang CPR...

HUHU..Tak mungkin dapat telan semua itukan dalam masa yang singkat..

akhirnya...take home message yang dibuat ialah "kalau tak dapat ingat semua2 ini,dapat ingat "call for help" pun dah ok, moganya adik2 tak panik ketika kejadian - itu pun dah kira ok"

Tapi, konklusinya pengalaman ber CPR dengan adik-adik sememangnya best!

PANEL untuk program LAMBAIAN MENARA GADING (LAMEGA)

ini antara bidang terjun yang pernah saya buat, tapi Alhamdulilah, ALLAH permudahkan...
Program ini anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
peserta2 terdiri daripada adik2 yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA/S dalam dan luar negara. kebanyakan mereka pelajar2 lepasan YIK.

pagi semalam buat soalan dan jawapannya sekali, mmm, mencabar juga...tapi Alhamdulillah dah selesai..

rakan panel saya dari UIA (undang-undang serta Dietetik).

Alhamdulillah, walau baru ketemu pertama kali, kerjasama yang baik dapat dibuahkan...

tapi yang pastinya- adik2 dalam program ini semua2 bagus2 belaka dan bersemangat waja bertanyakan soalan2.

--tammat--
p/s :moga sabtu depan dan hari2 yang mendatang membuahkan pengalaman dan kenangan yang indah dalam hidup ini. INSYAALLAH...