Khamis, Mac 31, 2011

Penyakit : ego

Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam...

penyakit hati yang boleh menghapuskan serta menghancurkan nilai persahabatan yang dibina itulah dia, ego.

saya kenal sifat ini,..
ia wujud bilamana terasa diri ini lebih baik daripada yang lain...
kesannya..
sungguh sukar untuk menerima, memaafkan kesalahan orang lain...
apatah lagi...
jika diri sendiri yang bersalah...
sungguh sukar untuk memohon kemaafan mahupun menyatakan kesalahannya...

nauzubillah , mohon Allah JAUHKAN,...amin.

jika ini lah EGO nya yang bertakhta di hati..

maka tiada lagi,
ukhwah,
tiada lagi,
berlapang dada,
tiada lagi,
senyum bertegur sapa,
tiada lagi,
bertepuk tampar dengan mesra..
tiada lagi,
kefahaman erti persahabatan dibina kerana ALLAH..

Saya sungguh benci akan ego itu...

wallahualam..

Rabu, Mac 30, 2011

doa

ya Allah Tuhan yang membolak balikkan hati kami,
tetapkan kami dalam agama dan ketaatan
terhadapMU..

(^________^)

Isnin, Mac 28, 2011

Jangan fikir "over the limit"

Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam...

Suasana ber"exam" terasa hangat bahangnya.
Alhamdulillah dikurniakan sahabat yang ber "exam" untuk tahun klinikal yang berbeza. Banyak kelebihan yang boleh diambil dan di "benefit" kan untuk menghadapi peperiksaan akhir ini.
Jazakillah ya Ukhti..Untuk perkongsian ilmu NYA yang luas ini..

mem "positive" kan diri.

si A berkata, dalam nada seakan mengeluh '' dah pernah baca dulu, tapi sekarang dah lupa..."

si B pula menjawab " xpe, xpe...yang dulu tu , memang dah pernah baca...tapi mungkin x faham lagi tu.. so, kali ni Allah nak kita baca sekali lagi, dah fahamkan..."

si A " Ye, betul-betul, Maha suci Allah , Ilmu NYA sangat Luas ...."

Ilmu NYA melangit luasnya

ya, semuanya milikNYA.
tiada satu pun milik sang hamba.
Maha suci Allah...Maha Besar Allah...

say: "if the ocean were ink (wherewith to write out) the words of my lords, sooner would be exhausted than would the words of my lords,  even if we added another ocean like it, for its aid'. (18 : 109)
Jangan fikir "over the limit"

" Kalau kita tawakal terus boleh tak ?, kita dah penatlah, terlalu banyak nak cover", pinta si C.

"Mana bisa, untuk tawakal tanpa usahakan...kamu pun tahu, siapa yang bisa bagi free2 tanpa keringat usaha dahulu..." si D menjawab.

"hmm, Kita mesti ingat, kerja kita mudah je iaitu usaha dan tawakal...yang lain sama ada LULUS atau GAGAL bukan urusan kita..ITU urusan Allah,x perlu fikir atau senangnya...jangan fikir over the limit...but usaha over the limit!!!, bagus juga untuk terkadangnya..hehe" Terus menerus tazkirah dari D.

" YUPPA. Allahuakbar!!!..usaha dan tawakal !!!..go.go.." pekik si C.

wallahualam.

al de best!!!, sahabat-sahabat semua. Semua usaha kalian diberkati dan dipermudahkanNYA..