Sabtu, Oktober 31, 2009

miskin atau miskin lagi hina




Alhamdulillah, masih dalam nikmat iman, islam dan akal yang sihat.

Semenjak dari dulu sampai sekarang, seringkali butir-butir ayat muhasabah dan nasihat daripada maa tidak ketinggalan dengan persoalan hidup iaitu miskin dan hina.

maa, cukup marah dan tidak berasa senang dengan sikap sesetengah insan yang dilanda ujian kemiskinan terlalu cepat berputus asa.
Tambahan lagi kemiskinan yang melanda mereka telah pun membawa mereka sekeluarga ke lembah "miskin lagi hina".


kata imam As syafie:

BERPENAT LELAHLAH,
KERANA SESUNGGUHNYA
KESENANGAN ITU SELEPAS KESUSAHAN...
JANGAN BERDUKA CITA KERANA HIDUP INI MELETIHKAN...
SEBAB DEMIKIAN HIDUP INI DICIPTAKAN...

saya tahu, maa bercakap bukan "saja-saja cakap" kerana tika dulu dia sendiri pun pernah melalui jerih perih kesusahan hidup dalam membesarkan kami.

tapi maa, tidak mudah untuk berputus asa!
biar miskin harta,jgn miskin ilmu dan akhlak!!!

tiada ilmu kita boleh cari, tiada harta kita boleh usaha, tiada/hilang maruah adakah boleh diganti?

itu persoalan seringkali kami bicarakan.

miskin lagi hina..

pernyataan diatas timbul tika kami , saya dan maa serta adik2 yang lain berbual tentang "masalah" masyarakat sekarang.

hisap dadah, zina, bunuh, anak luar nikah dan..... itulah imej yang terselit dalam masyarakat disekitar kediaman kami.

walaupun ia hanyalah " terselit " yakni sedikit tapi fenomena ini telah pun wujud di depan mata kami.

kata maa,
kebanyakan kes ini berlaku dalam kalangan keluarga yang miskin. Dek kerana kemiskinan anak anak jadi tidak keruan kerana ibu bapa sibuk bekerja mencari sesuap nasi dari pagi ke petang.
Pendidikan anak-anak dari segi agama (terutamanya) serta akademik terabai. Anak-anak bebas bergaul dan bebas segala-galanya. Masyarakat pula memandang keluarga yang miskin dan hina ini dengan hanya sebelah mata--bantuan mahu dihulurkan tetapi masyarakat terasa sedih dan terasa tidak berbaloi mmberikannya tika melihat perilaku anak-anak yang sangat teruk.. . Inilah dikatakan fenomena miskin lagi hina.


kata maa lagi,
walau sehebat mana ujian diberi, kita mesti ingat itu ujian daripada ALLAH swt. jangan disebabkan ujian (kemiskinan contohnya) meyebabkan kita semakin lari daripada ALLAH.
perbanyakan doa, usaha untuk jadi lebih baik dan tawakal kepada yang mencipta.
solat yang terutama!!!, jangan sesekali abaikannya.

mmm,
terima kasih atas segala-gala nya MAA..

Jumaat, Oktober 16, 2009

ditulis 4 kalimat semasa dalam kandungan




Setelah kandungan hidup kerana ditiupkan ruhnya oleh malaikat maka diperintahkan kepadanya untuk ditulis 4 kalimat mengenai


1. rezekinya (banyak atau sikit, senang atau payah, haram atau halal )

2. ajalnnya (pendek atau panjang)

3. amalnya (buruk baik perkerjaannya)

4. kesudahan (bahagia atau celaka)


kesudahan/khatimahnya kita, tiada siapa tahu.Hanya ALLAH swt yang mengetahuinya.

justeru itu, JOM usaha kearah memperelokkan amal baik, awasi dan pelihara diri daripada perkara yang melalaikan,


supaya...

usaha ini tidak lain tidak bukan, adalah untuk memelihara perjalanan hati kita.

perubahan arah perjalanan hati ini,hanyalah mendatangkan akibat yang buruk/celaka di akhirat kelak.


wallahualam


hadis ke 4.

Selasa, Oktober 13, 2009

Solat itu teramat pentingkan?

terkedu,tersenyap, sedih, tercengang, kecewa, dan cuba juga untuk mempositifkan diri supaya perasaan saya "net increase" nya adalah lebih kepada berlapang dada dan menerima seadanya teguran yang diberikan.

setiap teguran pasti ada benarnya bagi pihak yang menegur dan yang ditegur. namun tempias kekurangannya turut terasa bagi yang ditegur.

"manusiakan...mana sempurna! yang baik dijadikan teladan dan yang kurang baik dijadikan sempadan" -itu kata-kata daripada orang-orang lama untuk orang-orang baru macam saya-

berbalik pada cerita tentang teguran,
ceritanya saya pendekkan,

satu ketika (lebih daripada satu kejadian sebenarnya), saya ditegur dan disoal (alhamdulillah-ujian) kerana hendak menunaikan solat diruang sembahyang yang dilabelkan atau dikhaskan untuk mereka-mereka yang tertentu sahaja...dimana?biarlah rahsia, siapa?-dikalangan umat beragama islam...

diam sebentar dan terus terfikir? salahkah saya mendirikan tiang agama disini? kenapa mesti terlalu tertutup pemikiran orang tentang solat? sepatutnya mereka bersyukur yang masyarakat sekitar mereka masih cakna tentang solat?...tidakkah solat itu teramat penting?
huhu- itu pemikiran sedih melanda diri.

diam dan diam lagi, saya cuba mempositifkan diri... sememangnya hamba Allah yang menegur diri ini, semestinya mempunyai sebab yang tertentu...
berkemungkinan dia telah pun sebelum ini berdepan dengan jemaah solat yang pelbagai karenah dan kelakuan kesannya dia lebih berjaga-jaga..,
ataupun dia berkemungkinan diberi arahan daripada pihak berwajib, justeru itu "she" or "he"must obey it!...
hopefully there are a lots of reasons.
tetapi walau apa pun sebabnya mendirikan solat itu lagi penting!!!..-

saya teruskan solat, disitu hanya ada saya & seorang kawan. tempat masih luas dan masih boleh untuk sesiapa yang "brkenaan"untuk solat...

bukan niat untuk menuding jari pada sesiapa, sebab kesan daripada menuding jari pd phk yang terlibat , 4 jari lagi arahnya kepada saya kembali...

saya sendiri suka untuk menyimpulkan semoga kita-kita semua (insyaALLAH) cakna, reti, tahu faham yang mana lebih perlu di utamakan berbanding dengan perkara dunia yang lain...

solatlah anda, sebelum anda disolatkan,

dirikan solat, sebnrnya anda mdirikan agama,

jika sebaliknya, anda sebenarnya meruntuhkan agama...

wallahualam...(apa yang kurang itu daripada sya sendiri...)


Selasa, Oktober 06, 2009

dulu dan sekarang



versi zaman dahulu kala...

" bulan, mulai saat dan tika ini, engkaulah saksi utama betapa hebatnya cinta kami berdua" ikrar daripada dua insan tika sedang berdating di satu taman bunga yang indah pada satu ketika dulu.

" kekanda, jika kekanda benar-benar cintakan dinda, buktikanlah...masuklah meminang adinda" berkata seorang pacar kepada pasangan pacarnya tika sedang berdating di waktu malam yang hening.


versi zaman sekarang...

" kekasihku, demi bukti cintaku pada mu, rela ku serah segalanya hanya untuk mu...jiwa raga hanya untukmu...". janji setia daripada seorang gelifriend kepada buayafriend nya.

" windy,,, berjanjilah walau cinta kita ditentang habis-habisan,...jangan sesekali dirimu meninggalkan diri ini", perbualan antara dua pasangan homoseksual.


kalau dilihat dan diamati, antara kedua-dua zaman amat ketara perbezaan sikap sang manusia,

namun, jika diperkatakan dalam soal pahala dan dosa, kedua-dua zaman masih bergelumang dalam dosa,

mana tidaknya, berdua-duaan tanpa ikatan sememangnya dilarang dalam islam.

tetapi, kewarasan sikap sang manusia akhir-akhir ini, sudah pun melampaui batas dan mencapai tahap iaitu hilangnya pedoman sebagai seorang hamba.

sungguh mereka jauh tersasar daripada tuntutan agama...kesannya zina berleluasa dan anak di lahirkan tanpa bapa menjadi satu kebiasaan dalam norma kehidupan bermasyarakat.



ya ALLAH, sungguh diri ini takut akan azabMU,
sama ada ditimpa di dunia mahupun akhirat..
tidak berdaya untuk berhadapan dengan azabMU,


ya ALLAH,
jauhkanlah diri ini, keluarga, dan shbt handai serta umat islam
dari azab yang perit..
selamatkanlah kami dunia dan akhirat..


amin..

-->tsunami melanda dunia..