Sabtu, Oktober 31, 2009

miskin atau miskin lagi hina




Alhamdulillah, masih dalam nikmat iman, islam dan akal yang sihat.

Semenjak dari dulu sampai sekarang, seringkali butir-butir ayat muhasabah dan nasihat daripada maa tidak ketinggalan dengan persoalan hidup iaitu miskin dan hina.

maa, cukup marah dan tidak berasa senang dengan sikap sesetengah insan yang dilanda ujian kemiskinan terlalu cepat berputus asa.
Tambahan lagi kemiskinan yang melanda mereka telah pun membawa mereka sekeluarga ke lembah "miskin lagi hina".


kata imam As syafie:

BERPENAT LELAHLAH,
KERANA SESUNGGUHNYA
KESENANGAN ITU SELEPAS KESUSAHAN...
JANGAN BERDUKA CITA KERANA HIDUP INI MELETIHKAN...
SEBAB DEMIKIAN HIDUP INI DICIPTAKAN...

saya tahu, maa bercakap bukan "saja-saja cakap" kerana tika dulu dia sendiri pun pernah melalui jerih perih kesusahan hidup dalam membesarkan kami.

tapi maa, tidak mudah untuk berputus asa!
biar miskin harta,jgn miskin ilmu dan akhlak!!!

tiada ilmu kita boleh cari, tiada harta kita boleh usaha, tiada/hilang maruah adakah boleh diganti?

itu persoalan seringkali kami bicarakan.

miskin lagi hina..

pernyataan diatas timbul tika kami , saya dan maa serta adik2 yang lain berbual tentang "masalah" masyarakat sekarang.

hisap dadah, zina, bunuh, anak luar nikah dan..... itulah imej yang terselit dalam masyarakat disekitar kediaman kami.

walaupun ia hanyalah " terselit " yakni sedikit tapi fenomena ini telah pun wujud di depan mata kami.

kata maa,
kebanyakan kes ini berlaku dalam kalangan keluarga yang miskin. Dek kerana kemiskinan anak anak jadi tidak keruan kerana ibu bapa sibuk bekerja mencari sesuap nasi dari pagi ke petang.
Pendidikan anak-anak dari segi agama (terutamanya) serta akademik terabai. Anak-anak bebas bergaul dan bebas segala-galanya. Masyarakat pula memandang keluarga yang miskin dan hina ini dengan hanya sebelah mata--bantuan mahu dihulurkan tetapi masyarakat terasa sedih dan terasa tidak berbaloi mmberikannya tika melihat perilaku anak-anak yang sangat teruk.. . Inilah dikatakan fenomena miskin lagi hina.


kata maa lagi,
walau sehebat mana ujian diberi, kita mesti ingat itu ujian daripada ALLAH swt. jangan disebabkan ujian (kemiskinan contohnya) meyebabkan kita semakin lari daripada ALLAH.
perbanyakan doa, usaha untuk jadi lebih baik dan tawakal kepada yang mencipta.
solat yang terutama!!!, jangan sesekali abaikannya.

mmm,
terima kasih atas segala-gala nya MAA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan