Sabtu, Ogos 15, 2009

pre ramadhan : tidur?

satu perkongsian berkenaan dengan tidur,.
tidur?
semua orang telah pun pernah tidur..

malam ini jika umur masih panjang kita pasti akan tidur sekali lagi,

bahkan jika umur berpanjangan kita masih juga ada spesifik masa untuk tidur,mungkin dari malam ke malam,

posisi tidur yang sama, atau di temani mimpi yang sama, atau dengkuran yang sama,

atau berkemungkinan jangka masa tidur yang sama?

masa bangun subuh? sama atau tak ? terlewat kah atau istiqamah kah?

sama2 muhasabah(>.<)

amat berlainan kalau dalam keadaan jaga..

hari demi hari,

pelbagai manis, pahit, maun pengalaman di timba,..

ada yang berbekas di hati,
dan sebagainya..


kalau begitu,
ada apa dengan tidur?
penting kah?



kata orang, kata para pengkaji tentang tidur..

tidur penting untuk memberi masa untuk otak, fikiran dan jasmani untuk berehat.

daripada kesibukan pada waktu jaga..

(tidur yang secukupnya untuk baby- amat diperlukan untuk tumbesaran.)



tapi untuk rohani?

waktu jaga tiada masa untuk rohani, waktu tidur tiada masa untuk rohani..



akhirnya rohani terabai..
tapi kita solat 5 waktu kan?
sibuknya kita waktu jaga, kekadang perkara solat kita buat cepat,
memenuhi syarat sah solat,
hati yang kadang-kadang fokus, dan terkadangnya hilang fokus tika solat..

keperluan sebagai seorang hamba, terabai..
hati semakin jauh dengan pencipta,
akhirnya alpanya hati,
gersang bagai padang pasir..

teringat kata-kata daripada rakaman audio ustaz ismail kamus,

" tidur itu mati sementara, mati itu tidur selamanya" ...

saya tak pasti ini sekadar kata-kata penceramah atau ada hadis berkenaan ini..
tapi penyampaiannya ada "makna".

lagi,

dalam firman Allah,

aYat 16 : as sajadah, maksudnya :

"mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sahaja tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal salih); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi KeredhaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka"

mereka disini ialah perihal orang-orang yang beriman dan sifat-sifat mereka yang terpuji..

konklusinya, perkaitannya dengan ramadhan yang bakal menjelma,

jom tanamkan niat, tanamkan azam dan tekad dalam hati sanubari,

semoga ramadhan, menjadi 1st step untuk dekat diri pada ya RABB,

Menjadi diri istiqamah,

mengurangkan tidur dimalam hari,

dengan niat dapat bangun dan sujud pada ILLAHI..

insyaALLAH..

--jom pasakkan niat!!---

Selasa, Ogos 11, 2009

pre ramadhan : "what you get is what u see"


1430 H,

Alhamdulillah bakal ketemu kembali dengan ramadhan, bulan penuh berkah.
insyaALLAH.

Suka saya nak kongsikan tentang titipan mutiara dalam buku solusi edisi : 10 (jom pakat beli edisi baru ini) tentang puasa.

dengan membawa satu pemahaman yang simple tetapi mendalam maksudnya,
puasa di ertikan seumpama lautan yang luas dan dalam. Ada yang melihat sampah dan buih diatas permukaannya, ada yang melihat ikan dan hasil laut di dalamnya, namun ada yang mampu melihat "emas hitam' (petroleum) di dasarnya.

ia bergantung kepada cara kita melihat, tahap kita berusaha, dan kemampuan menahan keperitan untuk mendapat rahmat, maghrifah dan barakahnya.
kata-kata terakhir penulis (Pahrol mohamad juoi)

moga-moga kita mendapat takwa-hadiah yang dijanjikan ALLAH sejak lama
Bukan lapar dan dahaga seperti yang diterima sekian lama.....

wallahualam.

Jumaat, Ogos 07, 2009

Tazkirah Jumaat: Lelaki ramai masuk neraka?

Ustaz Zainudin Hashim Fri Jul 24, 09 12:43:04 pm MYT

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

link ke http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021878&Itemid=91

Ahad, Ogos 02, 2009

so far so good, but not so fast to be a good doctor..


Kak ja: hmm
study cane so far?

binturohanah : so far so good, but not so fast to be agood doktor...hehe... biasalah kak x sempat nk cover disease2...
nak nasihat
dari seorg doktor

kak Ja: hehe
adik sayang
insyaAllah
percaya janji Allah
usaha setakat mana mampu
bukan hasil yg ALLAH nak tgk
tapi usaha yg didasarkan niat ikhlas semata keranaNya
buat ape saje pon, niat lillahita'ala
kalo x rugi je
stress lagi
kita ni mmg lahir x tau dik
sbb tu kne belajar
tu tanggungjawab, bukan sekadar tugas
sbb da jd doktor, berkali ganda berat tanggungjawab
so, adapt slow2
jgn stress2
stress perlu, utk push belajar
tp kalo smpi x bersemangat, silap da tu
insyaAllah Imah boleh!!!
tawakal betul2 lepas usaha
baru nikmat jd orang Islam!!
hehehe
ko guano?
Binturohanah: yepp2 orang islam mesti kuat...ALLAHUAKBAR...
Kak ja: mesti2..
.............
shukron jazzilan ya ukhti JA.......