Rabu, September 30, 2009

..DIA sahaja yang tahu..

Hati manusia adalah unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. Hati itu milik tuhan bukan milik tuan. Dan ALLAH sahaja yang mampu menguasai hati manusia.
dengan apa ?
YA!, dengan ikhlas!!!
(petikan daripada solusi :isu no.11)

Jumaat, September 25, 2009

syawal : tudung raya...awas!

alhamdulillah, masih dalam nikmat iman, islam dan nikmat akal yang sihat....

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....
...............
......

alkisahnya..
beraya ke sana, beraya ke sini,
sana-sini...

bila diperhatikan trend tudung raya para muslimat pada tahun ini, kebanyakannya ala-ala pelakon indonesia, contohnya tudung yang dipakai madina, dalam cerita aqsa dan madina..

alhamdulillah, satu perkembangan yang bagus kerana kain untuk tudung ini, kebanyakannya tidak nipis dan berbayang..jika dibandingkan tudung bawal yang menjadi trend Popular sebelum ini..

tapi..
yang merunsingkan ialah tudung jenis sebegini biasanya pendek, tidak labuh dan kadang-kadang labuhnya atas daripada aras dada...
jika seseorang wanita berpakaian longgar, saya rasa itu tidak mendatangkan masalah..tetapi jika sebaliknya..

mmm..
itu bukan menutup aurat lagi..tapi membungkus aurat namanya...
..watch out!!!..

Ahad, September 13, 2009

ramadhan : in Him, we should all put all our trust

hati yang sangat bahagia, bilamana ditekadkan untuk yakin sepenuhnya bahawa semuanya telah ALLAH rancangkan dan suratkan.
perancangan ALLAH sangat hebat dan sepadan untuk sang manusia.
Justeru itu,..
Luahkanlah segala-galanya pada Yang Merancang dan Yang Maha Mengetahui.
mohonkanlah agar dikurniakan kekuatan demi kekuatan
kerna...
itu petanda kita hambanya..hamba yang lemah..
& Allah SWT itu.... Tuhan kita Yang Maha Esa
Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengasihani.
"TIADA DAYA KEKUATAN MELAINKAN DENGAN ALLAH"

moderate reader:::)

Isnin, September 07, 2009

ramadhan : wad 30


alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam...

nuzul quran untuk ramadhan kali ini jatuh pada hari ini 7 september 2009 bersamaan dengan 17 ramadhan. Alhamdulillah di negeri serambi mekah ini satu hari dikhaskan untuk bercuti sempena menyambut kedatangannya

semalam sempat juga menadah telinga untuk mendengar ceramah daripada ustaz Fatah sempena nuzul quran.

salah satu input yang diberi yang terkesan pada hati, dan otak ialah analogi yang berkenaan tentang ramadhan dan wad.

simple dan mendalam.

ustaz mengambarkan bulan ramadhan ini adalah satu jangka masa kita sebagai umat islam ditahan di wad.

dek, kerana terlalu banyak penyakit yang mendiam dalam tubuh badan sang manusia, secara paksanya kita di restrained di wad untuk tempoh 30 hari.

penyakitnya pula ada yang acute dan chronic state. Antaranya ialah melambatkan solat, makan banyak, iri hati, sombong diri, malas, riak, malas berjemaah, .....dan banyak lagi. penyakit ini datang dalam multiple problems dan jarang-jarang ada single presentation. (saya hyperbolakan part ini)

untuk rawatan yang terbaik, di wad ini vaksin-vaksin telah pun di sediakan. tak lain tak bukan puasa , SABAR..,tahajjud, tadarus al-Quran, sedekah, terawih....dan banyak lagi amalan sunat yang lain.

vaksin kalau dicucuk di tubuh manusia kesan dia long life protection. Jadi penyakit-penyakit yang sama sukar untuk kembali melekat ke tubuh manusia, terutamannya pada hati. sekurang-kurangnya masuknya kita secara paksa rela ke wad 30 ini, pertahanan badan kita mampu BERTAHAN sehingga ramadhan seterusnya...insyaALLAH


ustaz berkata lagi...

sehingga ramadhan ke 16, berapa vaksin yang telah pun dicucuk ke badan kita? mm
terawih penuh? solat jemaah?tadarus al-Quran, ?tahajud pernah dirikan....

mmm
terkedu dibuatnya..
ada yang berkesempatan untuk diitunaikan ,ada yang masih merangkak-rangkak..
ramadhan sudah pun 17.

jom muhasabah..(>.<)
semoga discharge nya kita dari wad 30 ini, dapatlah kita capai full vaccination.

DAN BEBAS DARIPADA PENYAKIT-PENYAKIT ini...


Selasa, September 01, 2009

ramadhan : akal yang waras


alhamdulillah, masih dalam nikmat iman, islam serta nikmat akal yang sihat.




akal yang sihat atau waras bagi manusia amat diperlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup.


kalau nikmat ini, ditarik nescaya manusia tidak mampu membezakan yang mana yang betul dan mana yang salah. Walhal lebih teruk lagi, apabila yang ditarik akalnya itu sudah tidak mengenali siapa-siapa,sekalipun Tuhan yang menciptanya.



akal yang ditarik sama diertikan hilang akal...


hilang akal maksudnya hilangnya pertimbangan yang waras..



hmm...berbelit-belit rasa nya ayat yang saya karang, mungkin menimbulkan tekanan (depression) kepada yang membacanya.,("?)



kesimpulan, kita memang memerlukan akal yang waras.("!!)


mmm..
alhamdulillah, diberi peluang berhadapan dengan hamba-hamba ALLAH, yang mana akalnya tidak berapa sihat yang memerlukan "psychiatric attention".

bak kata orang ada otak tidak semestinya ada akal,
sedangkan lembu otaknya besar daripada sang manusia, tidak mampu berfikir mana betul mana salah,
membuang pun merata-rata...('_____')
itu namanya otak yang tiada akal.


dari segi perspektif makhluk yang diberi akal yakni manusia dan juga para jin, ada akal sahaja tidak cukup untuk memenuhi tuntutan perintah Pencipta yang Maha ESA.

hadirnya keimanan yang mekar di hati (jiwa sanubari) boleh memandu dan mengawal atur akal menjalani sebuah kehidupan sebagai hamba ALLAH.


namun, norma kehidupan di alam persinggahan ini, tidak lekang daripada musuh sejati. "musuh dalam selimut". ("?)


itulah nafsu mazmumah.


kental dan kuat nya musuh ini bertambah-tambah, pabila adanya "external support", yakni syaitan dan kawan-kawannya.


justeru itu, sememangnya kehidupan dalam dunia yang fana ini penuh cabaran dan dugaan.

Orang di sekeliling di lihat berubah-ubah perangai dan sikapnya, ada yang maintain (static), ada yang berjaya islahkan dirinya dan ada jua yang di uji hebat antara keimanan dan kekufuran. Nauzubillah..

saya teringat kata-kata Dr Norzila (lebih kurang bunyinya) :

"kita semua ada symptoms gila, cuma in control atau un control"

mmm,
sadis kata-katanya, tetapinya bermakna.


di hati saya menjawab:
" alhamdulillah, Nikmat Iman ,islam dan akal yang waras masih ada dalam diri ini"-
insight still intact (",)

p/s : semoga ramadhan kali ini, kita berusaha menambah kemantapan dan kekentalan iman dan amal seterusnya dapat menjana akal yang sihat dan waras serta dalam pada itu, mengalahkan nafsu yang membuak-buak...chayok!!! (@,@)