Isnin, September 07, 2009

ramadhan : wad 30


alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam...

nuzul quran untuk ramadhan kali ini jatuh pada hari ini 7 september 2009 bersamaan dengan 17 ramadhan. Alhamdulillah di negeri serambi mekah ini satu hari dikhaskan untuk bercuti sempena menyambut kedatangannya

semalam sempat juga menadah telinga untuk mendengar ceramah daripada ustaz Fatah sempena nuzul quran.

salah satu input yang diberi yang terkesan pada hati, dan otak ialah analogi yang berkenaan tentang ramadhan dan wad.

simple dan mendalam.

ustaz mengambarkan bulan ramadhan ini adalah satu jangka masa kita sebagai umat islam ditahan di wad.

dek, kerana terlalu banyak penyakit yang mendiam dalam tubuh badan sang manusia, secara paksanya kita di restrained di wad untuk tempoh 30 hari.

penyakitnya pula ada yang acute dan chronic state. Antaranya ialah melambatkan solat, makan banyak, iri hati, sombong diri, malas, riak, malas berjemaah, .....dan banyak lagi. penyakit ini datang dalam multiple problems dan jarang-jarang ada single presentation. (saya hyperbolakan part ini)

untuk rawatan yang terbaik, di wad ini vaksin-vaksin telah pun di sediakan. tak lain tak bukan puasa , SABAR..,tahajjud, tadarus al-Quran, sedekah, terawih....dan banyak lagi amalan sunat yang lain.

vaksin kalau dicucuk di tubuh manusia kesan dia long life protection. Jadi penyakit-penyakit yang sama sukar untuk kembali melekat ke tubuh manusia, terutamannya pada hati. sekurang-kurangnya masuknya kita secara paksa rela ke wad 30 ini, pertahanan badan kita mampu BERTAHAN sehingga ramadhan seterusnya...insyaALLAH


ustaz berkata lagi...

sehingga ramadhan ke 16, berapa vaksin yang telah pun dicucuk ke badan kita? mm
terawih penuh? solat jemaah?tadarus al-Quran, ?tahajud pernah dirikan....

mmm
terkedu dibuatnya..
ada yang berkesempatan untuk diitunaikan ,ada yang masih merangkak-rangkak..
ramadhan sudah pun 17.

jom muhasabah..(>.<)
semoga discharge nya kita dari wad 30 ini, dapatlah kita capai full vaccination.

DAN BEBAS DARIPADA PENYAKIT-PENYAKIT ini...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan