Sabtu, Ogos 15, 2009

pre ramadhan : tidur?

satu perkongsian berkenaan dengan tidur,.
tidur?
semua orang telah pun pernah tidur..

malam ini jika umur masih panjang kita pasti akan tidur sekali lagi,

bahkan jika umur berpanjangan kita masih juga ada spesifik masa untuk tidur,mungkin dari malam ke malam,

posisi tidur yang sama, atau di temani mimpi yang sama, atau dengkuran yang sama,

atau berkemungkinan jangka masa tidur yang sama?

masa bangun subuh? sama atau tak ? terlewat kah atau istiqamah kah?

sama2 muhasabah(>.<)

amat berlainan kalau dalam keadaan jaga..

hari demi hari,

pelbagai manis, pahit, maun pengalaman di timba,..

ada yang berbekas di hati,
dan sebagainya..


kalau begitu,
ada apa dengan tidur?
penting kah?



kata orang, kata para pengkaji tentang tidur..

tidur penting untuk memberi masa untuk otak, fikiran dan jasmani untuk berehat.

daripada kesibukan pada waktu jaga..

(tidur yang secukupnya untuk baby- amat diperlukan untuk tumbesaran.)



tapi untuk rohani?

waktu jaga tiada masa untuk rohani, waktu tidur tiada masa untuk rohani..



akhirnya rohani terabai..
tapi kita solat 5 waktu kan?
sibuknya kita waktu jaga, kekadang perkara solat kita buat cepat,
memenuhi syarat sah solat,
hati yang kadang-kadang fokus, dan terkadangnya hilang fokus tika solat..

keperluan sebagai seorang hamba, terabai..
hati semakin jauh dengan pencipta,
akhirnya alpanya hati,
gersang bagai padang pasir..

teringat kata-kata daripada rakaman audio ustaz ismail kamus,

" tidur itu mati sementara, mati itu tidur selamanya" ...

saya tak pasti ini sekadar kata-kata penceramah atau ada hadis berkenaan ini..
tapi penyampaiannya ada "makna".

lagi,

dalam firman Allah,

aYat 16 : as sajadah, maksudnya :

"mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sahaja tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal salih); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi KeredhaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka"

mereka disini ialah perihal orang-orang yang beriman dan sifat-sifat mereka yang terpuji..

konklusinya, perkaitannya dengan ramadhan yang bakal menjelma,

jom tanamkan niat, tanamkan azam dan tekad dalam hati sanubari,

semoga ramadhan, menjadi 1st step untuk dekat diri pada ya RABB,

Menjadi diri istiqamah,

mengurangkan tidur dimalam hari,

dengan niat dapat bangun dan sujud pada ILLAHI..

insyaALLAH..

--jom pasakkan niat!!---

Tiada ulasan:

Catat Ulasan