Selasa, Oktober 13, 2009

Solat itu teramat pentingkan?

terkedu,tersenyap, sedih, tercengang, kecewa, dan cuba juga untuk mempositifkan diri supaya perasaan saya "net increase" nya adalah lebih kepada berlapang dada dan menerima seadanya teguran yang diberikan.

setiap teguran pasti ada benarnya bagi pihak yang menegur dan yang ditegur. namun tempias kekurangannya turut terasa bagi yang ditegur.

"manusiakan...mana sempurna! yang baik dijadikan teladan dan yang kurang baik dijadikan sempadan" -itu kata-kata daripada orang-orang lama untuk orang-orang baru macam saya-

berbalik pada cerita tentang teguran,
ceritanya saya pendekkan,

satu ketika (lebih daripada satu kejadian sebenarnya), saya ditegur dan disoal (alhamdulillah-ujian) kerana hendak menunaikan solat diruang sembahyang yang dilabelkan atau dikhaskan untuk mereka-mereka yang tertentu sahaja...dimana?biarlah rahsia, siapa?-dikalangan umat beragama islam...

diam sebentar dan terus terfikir? salahkah saya mendirikan tiang agama disini? kenapa mesti terlalu tertutup pemikiran orang tentang solat? sepatutnya mereka bersyukur yang masyarakat sekitar mereka masih cakna tentang solat?...tidakkah solat itu teramat penting?
huhu- itu pemikiran sedih melanda diri.

diam dan diam lagi, saya cuba mempositifkan diri... sememangnya hamba Allah yang menegur diri ini, semestinya mempunyai sebab yang tertentu...
berkemungkinan dia telah pun sebelum ini berdepan dengan jemaah solat yang pelbagai karenah dan kelakuan kesannya dia lebih berjaga-jaga..,
ataupun dia berkemungkinan diberi arahan daripada pihak berwajib, justeru itu "she" or "he"must obey it!...
hopefully there are a lots of reasons.
tetapi walau apa pun sebabnya mendirikan solat itu lagi penting!!!..-

saya teruskan solat, disitu hanya ada saya & seorang kawan. tempat masih luas dan masih boleh untuk sesiapa yang "brkenaan"untuk solat...

bukan niat untuk menuding jari pada sesiapa, sebab kesan daripada menuding jari pd phk yang terlibat , 4 jari lagi arahnya kepada saya kembali...

saya sendiri suka untuk menyimpulkan semoga kita-kita semua (insyaALLAH) cakna, reti, tahu faham yang mana lebih perlu di utamakan berbanding dengan perkara dunia yang lain...

solatlah anda, sebelum anda disolatkan,

dirikan solat, sebnrnya anda mdirikan agama,

jika sebaliknya, anda sebenarnya meruntuhkan agama...

wallahualam...(apa yang kurang itu daripada sya sendiri...)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan