Ahad, Jun 06, 2010

best juga.

(kredit : sony ericson)


Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.

alhamdulillah, sekadar ingin mencoret sdikit kenangan sepanjang 2 hari sabtu berturut2 (minggu lepas dan semalam)

CPR di rumah anak yatim taman sabariah.

Minggu lepas,diberi peluang untuk mengikuti bengkel OSCC (one stop crime center) dan CPR anjuran jabatan kecemasan USMKK.

disana, diberi kepercayaan untuk jadi fasilitator bengkel CPR. huhu.. dapat juga "revise" kembali teori-teori CPR yang sudah lama berkarat.

Adik-adik diajar tentang DR ABCD dan setiap kumpulan ada satu manikin, dalam masa 10-20 minit mereka terpaksa menelan teori dan praktikalnya...

kalau mahu dibandingkan semasa di tahun satu, masa diperuntukkan lebih kurang 1 minggu untuk memahami dan mempraktikkan tentang CPR...

HUHU..Tak mungkin dapat telan semua itukan dalam masa yang singkat..

akhirnya...take home message yang dibuat ialah "kalau tak dapat ingat semua2 ini,dapat ingat "call for help" pun dah ok, moganya adik2 tak panik ketika kejadian - itu pun dah kira ok"

Tapi, konklusinya pengalaman ber CPR dengan adik-adik sememangnya best!

PANEL untuk program LAMBAIAN MENARA GADING (LAMEGA)

ini antara bidang terjun yang pernah saya buat, tapi Alhamdulilah, ALLAH permudahkan...
Program ini anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
peserta2 terdiri daripada adik2 yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA/S dalam dan luar negara. kebanyakan mereka pelajar2 lepasan YIK.

pagi semalam buat soalan dan jawapannya sekali, mmm, mencabar juga...tapi Alhamdulillah dah selesai..

rakan panel saya dari UIA (undang-undang serta Dietetik).

Alhamdulillah, walau baru ketemu pertama kali, kerjasama yang baik dapat dibuahkan...

tapi yang pastinya- adik2 dalam program ini semua2 bagus2 belaka dan bersemangat waja bertanyakan soalan2.

--tammat--
p/s :moga sabtu depan dan hari2 yang mendatang membuahkan pengalaman dan kenangan yang indah dalam hidup ini. INSYAALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan