Jumaat, Mei 28, 2010

perjumpaan yang terakhir

alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.

sekarang ini sedang membaca satu buku berjudul 38 langkah membina peribadi hebat.

buku ini merupakan buku berunsurkan motivasi diri.

best!.

satu topik yang ingin dikongsi iaitu bekenaan dengan satu prinsip " perjumpaan yang terakhir"

PERJUMPAAN YANG TERAKHIR

buku ini menerangkan satu keadaan ketika berkomunikasi (verbal atau bukan verbal) antara satu pihak dengan pihak yang lain.
saya cuba huraikan dengan bahasa yang mudah.

dalam seharian proses bercakap-cakap, berborak-borak atau sewaktu dengan nya (tidak termasuk mengumpat ye =)) sudah pun menjadi sebahagian hidup kita. proses ini juga sememangnya mencorak kehidupan kita samada kita akan lebih ceria dan bahagia atau kita akan lebih "stress".

prinsip "perjumpaan yang terakhir" kalau ditanamkan dan hidup dalam diri kita sebagai "positif energi" kesannya kita bakal menempuhi hari-hari lebih bahagia dan ceria.

bayangkan seseorang bakal berpindah ke satu tempat yang jauh dan berkemungkinan akan lama berpisah dengan orang-orang dekatnya (keluarga, sahabat dan jiran tetangga), bagaimana sikap dalam berkomunikasi yang bakal di tunjukkan?
yup...

sudah tentu dia akan berusaha sehabis baik menjaga hubungan dengan orang2 ini kerana... ini mungkin "perjumpaan terakhir" baginya.

yup///berkomunikasi sebaiknya agar tidak melukakan hati mereka...

jikalau analogi ini kita aplikasikan dalam kehidupan kita ....pasti tiada lagi situasi bertikam lidah, hina menghina, caci mencaci atau memaki hamun, dengki mendengki .benci membenci..

dan juga...

institusi kekeluargaan pastikan akan lebih bahagia, jika si anak sentiasa hormat kepada ibu bapa, suami isteri saling berlapang dada, adik beradik saling bertolak ansur...

manakala aplikasinya dalam satu organisasi, ahli mesyuarat/pertubuhan saling hormat menghormati dan bersikap lebih profesional apabila berhadapan dengan sesuatu permasalahan....

....
masyarakat pula akhirnya hidup aman damai dan sentosa....

prinsip " perjumpaan terakhir" juga ,mendidik kita bahawasanya besok belum pasti ada untuk kita...
bersesuaian dengan firman Allah SWT :

" Sesungguhnya hanya disisi ALLAH ilmu tentang hari kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti apa yang akan dikerjakan besok. Dan tidak ADA SEORANG PUN YANG DAPAT MENGETAHUI DI BUMI MANA DIA AKAN MATI..."
Luqman :34

wallahualam.
--jom kita tanamkan dan suburkannya--

Tiada ulasan:

Catat Ulasan