Jumaat, Mei 22, 2009

..biarkan ia bebas berfikir..


" katak berlari......"
"kuda melompat...."
umairah terus menyanyi.

"katak berlari...kuda melompat" ulangnya lagi.
"kak, salah tu, katak melompat , kuda berlari" sapaku.
umairah senyum tersipu-sipu, agaknya baru perasan yang nyanyiannya salah.

"cik mah, cik mah kita main ni" sambil menunjuk-nunjukkan tangannya.
"jom!".jawab ku.
"ajak cik su sekali". bagitauku.
"injit-injit semut sapa sakit naik atas, injit-injit semut sapa sakit naik atas, " kami bertiga menyanyi bersama-sama sambil kedua-dua belah tangan bergerak seiringan dengan nyanyian lagu.
"goreng-goreng pisang,pisang lemak manis, sape bunyi mulut kena cubit"nyanyian diteruskan.
masing-masing terus mendiamkan diri. jelas arahan dalam nyanyian tadi barang siapa bersuara pasti akan di cubit.
umairah atau lebih senang di panggil kakak, kelihatan bersungguh-sungguh untuk tidak membuka mulutnya.

tapi..
satu ketika, dia terlepas cakap!
" cik su, nampak gigi. cik su nampak gigi"
"kakak, cakap..kena cubit ", cik Su berseloroh.

akhirnya, kakak redha dia di cubit, sebab dia tahu dia buat bising.

rumah nenek rohanah riuh rendah dengan bunyi bising anak2,mak2,pak2 saudara yang sama naik "join venture" dengan "games" yang sepatutnya hanya sesuai untuk kanak di bawah 5 tahun!...

kanak-kanak,
kadang-kadang bila kita perhatikan medan dunianya tidaklah luas tapi akalnya serta mindanya menjangkau imaginasi orang-orang dewasa.
sampai suatu ketika, mereka cukup senang dan rasa bebas walhal hanya berlari-lari sambil memejam mata dan menjerit-jerit. berlarinya berpadanan dengan langkah kakinya yang pendek.
kemudian, tidak semena-mena mereka ketawa, senyum dan kadang-kadang bercakap-cakap dengan anak patung.lagaknya macam anak dengan ibu.

"cik mah nak minum ape? tanya kakak.
"cik mah nak air oren satu dan nasi goreng sekali" jawab ku dengan bersungguh-sungguh.
"ni dia"kakak menghulurkan satu gelas dan satu pinggan.
" mmm,sedap nya kakak masak "pujiku.

kakak senyum tersipu-sipu.
selesai makan olok-olok, di simpan barang mainannya.
kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan perwatakan yang bersih serta jujur dalam pergaulannya.
kerana apa? mungkin kerana mereka belum lagi terhimpit-himpit dengan dunia luar yang pelbagai mehnah serta masih lagi bersih daripada dosa.
terdetik dalam fikiran ketika melayan anak-anak saudara.. "biarkan ia bebas berfikir dalam dunia fantasinya,.."


(K.a.n.a.k2)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan