Khamis, Mac 12, 2009

PERCAYA DAN MEMPERCAYAI





PERCAYA DAN MEMPERCAYAI..

By PENGLIPUR LARA

Satu pertandingan merentasi sebuah air terjun yang sangat ganas dan bahaya telah diadakan. Pertandingan ini melibatkan ramai peserta-peserta yang hebat dari setiap pelusuk dunia Malaysia, afrika, Thailand, china, Bulgaria, timor-timor leste dan banyak lagi.

Hadiah yang lumayan disediakan bagi seorang peserta yang Berjaya merentasinya dengan selamat.

Namun setelah hampir kesemua peserta membuat percubaan tiada lagi yang dapat merentasinya malahan ada antara nya yang awal-awal lagi telah menarik diri dek kerana melihat ganas nya air terjun itu menerkam mangsanya.

Setelah beberapa lama, kemudian, muncul seorang lelaki yang bertubuh agak sasa. Bergerak ke hadapan menawarkan dirinya sebagai peserta.

Lelaki itu memulakan, langkahnya menongkah arus yang deras dan sampai sesuatu ketika kelihatan kelibat lelaki tadi sudah Berjaya menjejaki dirinya ke seberang sana..

Semua yang hadir megerumuni lelaki itu, dengan harapan dapat mengorek rahsia kejayaannya.

“wah! encik sangat hebat dan sungguh hebat, tahniah diucapkan!. Boleh encik kongsikan apa rahsia kejayaannya” , tanya salah seorang wartawan di situ.

Lelaki itu tunduk berdiam diri. Tidak lama kemudian dia menyatakan hasratnya untuk sekali lagi merentas air terjun tersebut dan memperlawa sesiapa untuk turut serta dalam ekspedisi yang merbahaya ini. Kali ini lelaki itu, berjanji akan berkongsi rahsia kejayaannya kepada sesiapa yang sanggup menyertainya .

Namun, untuk seketika suasana yang bising tadi dek omongan orang-orang di situ, menjadi sepi Cuma tinggal deruan air terjun yang ganas itu.

Tiada seorang pun, yang berani tampil ke depan.

Kemudian,muncul satu sosok tubuh yang kecil yang keluar daripada himpitan para penonton yang hadir.

Sosok tubuh yang kecil ini mezahirkan dia seorang budak perempuan kecil yang berumur dalam lingkungan 5 tahun.

” saya ingin turut serta bersama pak cik!”, sahutnya sambil tersenyum memandang lelaki tersebut.
Semua hadirin tergamam dengan peristiwa ini, mereka hanya mampu memerhati kelibat dua insan ini memulakan perjalanan mereka.

Kelihatan gadis kecil itu, dengan penuh erat memeluk belakang tubuh lelaki yang sasa itu dan kemudian, mereka melangkah ke depan menongkah arus yang sememang bersedia menerkam masa.

Tidak lama kemudian, tepukan gemuruh memecahkan suasana kerana sekali lagi, lelaki tersebut berjaya sampai ke seberang air terjun.

Kali ini, gadis kecil menjadi tumpuan.

“ wah! Adik sangat hebat dan berani. boleh ceritakan kenapa adik sanggup merentasi air terjun bersama Pak cik ini?”. tanya seorang salah seorang wartawan yang hadir,

” pakcik ini, ayah saya. Saya percaya dia boleh melakukannya dan saya percaya juga dia mampu melakukankannya untuk kali kedua malahan untuk kali ketiga sekalipun dan seterusnya” jawab gadis ini dengan nada yang bangga dan gembira.

Mutiara di sebalik cerita:

Konsep percaya dan mempercayai yang terdapat pada dua insan yang berbeza.
Percaya akan kehebatan lelaki itu tadi mengambarkan sikap para penonton yang hadir. Mereka percaya akan kebolehan dan kehebatan lelaki itu, tetapi antara mereka tiada siapa berani untuk bersama-sama lelaki itu merentasi air terjun kecuali gadis kecil itu dek kerana bimbang akan keselamatan mereka dan mereka masih meragui akan jaminan keselamatan nanti ketika melintas air terjun tersebut.

Gadis kecil itu simbolik kepada konsep mempercayai. Mempercayai di sini mengambarkan kesediaan gadis ini untuk bersama-sama merentasi air terjun tanpa rasa ragu-ragu akan keselamatan nya...

Kerana apa??

Kerana gadis ini kenal siapa lelaki ini..sudah tentu dia berani!

Berbalik soal kita dengan pencipta kita, ramai percaya pencipta kitalah mentakdirkan sesuatu perkara,dan apa yang berlaku dekat alam ini sememangnya di bawah jagaan NYA.

Namun, ada antara kita hanya percaya tetapi tidak meletakkan sepenuh kepercayaan kepada NYA..

Kenapa begitu?

Sebabnya kita ini x rapat padaNYA..mana mungkin mampu berserah dan bertawakal padaNYA jika diri kita tidak begitu kenal dengan NYA..


penyerahan sepenuhnya hanya padaMU..



Wallahualam..

p/s: (>.<)



kemanisan merindui MU ,
Sehingga bergetar hatiku,
setiap kali sahutan azan memanggilku
sujud ku hanya untuk MU,
Tuhan Yang Esa,
Ampunkan dosa-dosa ku..




.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan