Jumaat, April 03, 2009

ERTI anak untuk IBU dan BAPA





Alhamdulillah, baru ini sebelum exam dapat juga, pulang ke rumah menjenguk Ma, dan adik-beradik. Alhamdulillah semuanya sihat walafiat.

Kesempatan pulang ke rumah, banyak masa diluangkan bersama dengan Ma. Alhamdulillah mimik muka Maa sangat ceria dan berseri-seri membuatkan saya tenang dan cukup gembira walhal saya tahu di benak hati dan fikiran tertanam rasa rindu untuk melihat anaknya yang kelapan yang tika ini masih di Johor.

Dalam benak hati saya, berharap kehadiran saya di rumah, sedikit sebanyak mengisi kekosongan rindunya pada adik.

Ketika sedang berbual-bual dengan Maa, timbul satu isu yang menimbulkan seribu pertanyaan dalam fikiran saya. Berkenaan dengan peranan anak ketika proses pengurusan jenazah ayah atau ibu mereka yang telah meninggal dunia. Sejauh manakah seorang anak bersedia jika berlakunya kematian ibu bapanya? Bagaimana pula dengan ibu bapa, apa yang di harapkan daripada anak-anak mereka?

Maa, sangat mengambil berat tentang hal ini, kerana sebelum ini pernah dia menziarahi majlis kematian seseorang yang dia amat kenal dan apa yang menyedihkan Maa, apabila di tanya kepada anak-anak lelaki allahyarhammah tiada seorang pun yang bersedia untuk mengimamkan solat jenazah mahupun menjadi makmum untuk solat jenazah ibu mereka.

kemudian, Maa bertanya sebab mereka tidak bersedia. Jawapan mereka ialah mereka tidak reti (tidak tahu) macamana mahu menunaikannya.

Hati Maa, cukup tersentuh dan sedih.

Kenapa begitu mudah jawapannya.

Apa lagi harapan yang tinggal untuk seseorang yang sudah pergi melangkah ke alam barzakh selain doa daripada anak-anaknya.

Dalam hati, tertanam azam dan pengharapan moga kami sekeluarga suatu hari yang di tentukan ALLAH, kami mampu menunaikan tanggungjawab sebagai anak untuk kebahagian Maa di dunia dan akhirat. Ameen3.

Apabila saya refer balik tatacara pengurusan jenazah terdapat doa-doa yang khusus di baca ketika menyempurnakan solat jenazah.

Di bawah saya pastekan maksud doa tersebut

“ ya ALLAH ampunilah baginya dan muliakanlah tempatnya dan lapangkanlah tempat masuknya (dalam kubur) dan mandikanlah dia dengan air salji dan air dingin ( embun) dan bersihkanlah dia daripada kesalahan (dosa) seperti di bersihkan kain putih daripada kekotoran dn gantikanlah tempat yang lebih baik daripada tempat tinggalnya dan ahli (keluarga) yang lebih baik daripada ahlinya dan sahabat yang lebih baik daripada sahabatnya dan masukkanlah ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada siksa kubur dan siksa neraka”.

Apabila seseorang itu meninggal dunia, semua perkara yang berkaitan dengan dunia terputus kecuali tiga perkara, salah satunya ialah doa anak yang soleh.

Saya sangat faham apa yang ingin di sampaikan oleh Maa, tika berbual soal ini. Itulah harapannya daripada kami anak-anaknya.

Semoga kita mampu berbakti untuk ibu bapa bukan hanya noktah di dunia tetapi juga tika mereka sudah tiada.

Itulah pengertian terbaik seorang anak untuk ibu bapanya.

p/s :

ya ALLAH tenang dan damai lah allahyarham abah di sana. Ameen3.
masih ingat tika, saat2 abah meninggal allahyarham meminta kami adik beradik membaca kan yassin untuknya..
bila di fikirkan kembali itulah yang allahyarham mahukan sebagai bekalan untuknya tika saat sakaratull maut..
itulah harapannya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan