Isnin, Jun 14, 2010

hakikat alam ini sekolah insan!


Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam...

Solusi isu no.20, membicarakan isu tentang ALAM...

sedikit sedutan daripada majalah ini (m/s : 16) saya kongsikan di sini ;

Allah SWT tidak menciptakan alam ini dengan sia-sia. Alam diciptakan dengan tujuan yang khusus dan istimewa. Selain ia menjadi gelanggang manusia untuk melaksanakan tujuan hidup sebagai hamba Allah dan khalifah, alam juga adalah hasil karya Allah untuk mengajar dan mendidik manusia. Alam ini adalah maha karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan Penciptanya. Hakikatnya alam ini adalah sekolah insan!...



pagi yang hening...


senja berlabuh..


awan berarak...


malam melabuh...



fajar menyinsing...


petang yang hening...


panas yang terik...

firman Allah SWT yang bermaksud :

"Mereka sentiasa berfikir (ingat) kepada ALLAH dalam keadaan berdiri,duduk, dan berbaring serta berfikir tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata)" Wahai Tuhan kami!Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka."'.

surah Ali-Imran 3 :191

alhamdulillah, best! pengisian solusi untuk keluaran kali ini..

segalanya tentang alam...

jom dapatkannya...('',)

2 ulasan:

  1. salam..

    wah!! lawa n cun tempalte..huhuh...baru tukar juga ke? ish.... bagus2...

    apa2pun, alam tak akan kecewakan kita yang meerhatikannya.. sebab itulah, blog aku penuh dengan gambar pemandangan dan alam.. semuanya mendekatkan diri pada Tuhan bila mengambil gambar sambil memerhatikan kekuaasaan ilahi... :)

    BalasPadam