Ahad, Ogos 15, 2010

ada insan yang dapat bertemu, namun hanya sementara.

Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.

hari ini sudah pun malam ke 6 bulan ramadhan.

catatan kali masih berkisar tentang kematian seorang lagi insan yang terlibat dalam kemalangan langgar lari sejurus selepas pulang daripada menunaikan solat terawih.

history nya tidak berapa lengkap dan memerlukan autopsy external.

pertama kali diberi peluang melihat jenazah yang meninggal kerana kemalangan, sungguh mnyentuh hati..
tambahan pula, kelihatan kelibat saudara-mara yang datang melawat ke unit forensik. suasana sedih menyelubungi setiap sudut.

bertafakur dan bermuhasabah diri ini bahawasanya : setiap yang hidup pastikan mati...

teringat pula lirik lagu kump. hijaz dalam albumnya pelita hidup...

" hidup ini bagai lampu dinding...yang dinyalakan dimalam hari...apabila minyak sudah kering..iakan pastikan padam sendiri.."


ya ALLAH, tiada yang mudah melainkan Engkau permudahkannya...ya ALLAH permudahkan dirini dalam menghadapi sakaratulmautmu...jauhkan dari nerakaMU..permudahkanlah HISABku...tempatkanlah diri ini dikalangan orang-orang mukmin..
tiada kekuatan melainkan dengan MU..ya ALLAH...
AMIN YA RABBALAMIN..

p/s : moga roh Allahyarham dicucuri dengan rahmat dan kasih sayang Allah, dan ditempatkan dikalangan orang beriman..amin3X..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan