Rabu, Ogos 04, 2010

analogi : solat

Alhamdulillah masih merasai nikmat iman dan islam..

pulang ke rumah baru2 ni, singgah sebentar untuk solat jamak di Masjid Tengku Tengah Zaharah dan walaupun hanya sebentar , dapat juga satu "take home message " iaitu tentang solat daripada ustaz yang meyampaikan kuliah agama antara maghrib dan isyak sebelum bersegera pergi untuk meneruskan perjalanan pulang.

analoginya mudah dan praktikal...

"seseorang murid/anak dilatih untuk tahu membezakan waktu untuk belajar,untuk bermain atau untuk berehat sejak awal usia lagi. Didikan ini disemai dalam diri mereka sama ada berada di rumah atau di sekolah. Jika salah satu "event" melampaui batas MASAnya atau dilakukan pada waktu yang tidak sesuai contohnya ketika belajar pun hendak bermain, alamatnya akan bisinglah satu rumah dek kerana leteran ibu dan ayah DAN jika di sekolah -didendanya murid tersebut"

aplikasinya : untuk diri ini dan juga kawan-kawan..

SOLAT
ruang masa untuk solat adalah hanya untuk solat !, tiada lagi "adds on" - masalah-masalah belajar!, masalah peribadi! masalah keluarga!, masalah-masalah di tempat kerja! dan semua2 masalah dunia!...lupakan segalanya!...

pastinya solat yang khusyuk bakal ada ganjarannya..

firman Allah SWT dalam surah al-mu'minun 23 :1-11 yang membawa maksud:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela:-
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -Yang akan mewarisi Syurga Firdaus mereka kekal di dalamnya.


Wallahualam...
tarbiyah untuk diri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan