Isnin, Disember 20, 2010

persediaan kita

contoh persediaan jarak dekat
Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam...

sekadar perkongsian tentang perancangan masa depan.

setiap detik adalah catatan kehidupan, setiap catatan kehidupan akan indah terlakar bilamana pelakarnya "well prepared" menghadapinya.

tetapi apa itu,"well prepared "?

kata orang "kalau tidak merancang, anda sebenarnya merancang untuk gagal "...

perancangan : menimba ilmu

persediaan yang paling mudah iaitu dengan "gain the knowledge". tidak kira apa jua yang ingin capai pada masa depan, asbab yang paling dekat untuk dapatkan apa yang dicita2kan ialah dengan menimba ilmu dan pengetahuan.

saya ambil satu contoh, yang saya kira semua orang ada salah satu perancangan masa hadapannya iaitu baitul muslim (BM,rumah tangga islam).

dan salah satu persediaan dalam membina BM ialah perancangan ilmu kewangan ISLAM - perancangan ekonomi rumah tangga iaitu dari sudut skim perlindungan ( adakah ia satu keperluan atau kehendak ?) , insurans atau takaful (yang mana menjadi keutaman dari sudut hukum halal dan haramnya) , investment? (perlukah kita terlibat sama ?), simpanan (dalam bentuk FULUS atau dalam bentuk emas - atau kenapa perlu orang ISLAM perlu ada simpanan , apa aim kita untuk kehidupan ini?) dan yang terakhir berkenaan tentang hari tua kita iaitu : persaraan .

jawapan2 kepada ini ,,,anda semua boleh lah start to search the answer ye..


kunci untuk berjaya ialah menyediakan " next step" untuk setiap langkah hidup.
 simpanan

KENAPA PERLUKAN SIMPANAN ?apa tujuan kita as a muslim ?

untuk berbangga-bangga kerana punya simpanan yang banyak?

bagi saya as a muslim, apa2 tujuan dalam kehidupan memerlukan niat kerana ALLAH swt . tanpa ini hidup adalah tiada makna.

jika redha ALLAH yang dituntut insyaALLAH, life will be so simple and not complicated.

dan jika redha ALLAH yang dipasakkan dalam kehidupan justeru itu tujuan simpanan (with investment ) tidak lain tidak bukan kerana ingin mendapat keredhaan ALLAH.

BILA ini , sudah terpasak - sudah tentu penggunaan simpanan (with investment) ini akan tersusun dan terarah ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat...
 kerna kita lihat di MALAYSIA ini, berapa ramai hartawan muslim? kalau ada berapa ramai hartawan muslim itu, dermawan? apa pula kaitan hartawan muslim yang dermawan dengan pembangunan ekonomi umat islam, pendidikan umat islam atau kebajikan umat islam..insyaALLAH semua ini berkaitan...
.(ini peranan simpanan dengan pelaburan, bukan simpanan sahaja deh  )

simpanan dalam bentuk FULUS atau emas atau bagaimana? (boleh dapatkan pengetahuan tentang ini dari buku tulisan ustaz zaharudin salah satunya , riba dan isu kewangan semasa atau blognya )...

dan untuk seterusnya..boleh lah layari blog ustaz zaharudin.net ...banyak info...(^.^)..tak sempat rasanya nak mengarang penuh...

ini lah yang dikatakan ilmu ALLAH yang tidak pernah lekang- terlampau banyak- subhanallah...walau apa jua bidang profesyen anda pada masa depan, kita patut bersama2 cuba untuk memahami "basic " ilmu kewangan semasa.

wallahualam...

itu sahaja, something to trigger the functional brain.


choose to be happy and positive. hidup ini hanya sementara-akhirat kekal abadi.

(^.^))) >>back to work!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan