Isnin, Februari 14, 2011

oh ! cinta itu buta.


the image copy from http://thesituationist.wordpress.com/

Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.
sedikit perkongsian tentang fitrah sang manusia yang tidak disempadani dengan iman dan taqwa...

Rutin harian sebagai pelajar perubatan (bahkan seorang doktor sekalipun) tak lari daripada menyoal latar belakang sejarah - social, personal, family- seseorang pesakit. Bila ditinggalkan perkara ini, bermakna rawatan terhadap pesakit hanya berdasarkan fizikal semata-mata.

yup ! "treat the patient as a whole .." pesan seorang doktor.

dan bila bermula penyelongkaran LATAR BELAKANG  ini, tampak betapa SAKITNYA masyarakat islam melayu ketika ini.

Tidak memerlukan kepada spesifik kajian statistik untuk menjumlahkan berapa ramai  pesakit bermasalah sosial TERUTAMANYA.
kerna...
BAHKAN bukti - bukti bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

beberapa KISAH  (Pada SATU pagi klinik kesihatan IBU dan ANAK di sebuah DAERAH pada hari yang SAMA) yang boleh dikongsi disini..

case 1 :

16 tahun REMAJA perempuan islam, kandungan pertama ,30 minggu usia kandungan ,  (14/M/Girl primigavidae ), Hadir ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk pemeriksaan bulanan kandungan. Hadirnya bersama seorang peneman, ditanya status perkahwinan : married...dan soalan seterusnya : bila? 2 bulan (4 minggu) yang lepas,
okes, aku terdiam..premarital conception -Anak luar nikah.

case 2 :

28 tahun DEWASA perempuan islam, masih dalam seminggu pantang , dan masih bujang. kondisi baby sihat dan aktif, lewat di vaksinkan serta lewat didaftarkan sebagai status warganegara. Dikhabarkan wanita kepada bayi ini, melahirkan di bilik rumahnya sementara si ibu dan bapa kepada wanita ini tidak menyedarinya sehingga kedengaran bunyi tangisan bayi...dan paling menyayatkan hati apabila wanita ini cuba melemaskan bayi nya semasa proses melahirkannya...

hmm..speechless...it's all about suka sama suka, habis binasa, dan si anak kecil terus merana.

case 3

20-an remaja perempuan islam, HADIR dengan si ibu, dalam keadaan yang masih confius, mukanya tergambar seribu persoalan dan masalah. hari ini ialah hari booking ( hari buat kad merah untuk permeriksaan ibu dan anak ) Diceritakan bahawa adik remaja ini, dilarikan oleh seorang lelaki Foreigner (FB) ke KL...dan Alhamdulillah diketemukan kembali oleh ahli keluarga, namun sudah berbadan dua...

kes 4 , kes 5 , kes 6 akan terus bertambah dari hari ke hari.....

Amaran Allah SWT jelas yakni jangan MENDEKATI ZINA, kerna ZINA ia adalah perbuatan KEJI DAN BURUK!!!

firman Allah SWT dalam surah al- isra':32, maksudnya :

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk."

wallahualam.

ongoing disease process :  pergaulan bebas (contoh perbuatan mendekati zina) --> zina (perbuatan yang keji dan Allah SWT murka akannya) --> anak luar nikah dibuang bagai sampah (Kesan buruk) --> hiv dan aids.(kesan buruk)....

2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum, ya sketsa dunia.. moga kita dijauhkn dr semua itu.. nau'zubillahi min zalik..
    sedih dgn fenomena ni, ternyata ia byk berlaku dlm kalangan remaja melayu, yg islam pula

    BalasPadam
  2. Aku dah naik muak dah dengan kes2 macam nih.. boleh kata tiap2 minggu ada la 1-2 kes.. ada smpai 3 kes seminggu pun ada.. sempat jugak menyibuk join OSCC.. geram pun ada.. ada yang x tau mengandung,,hampir2 bersalin atas transport sendiri kat depan bangunan labour room.. ada yang curang dengan suami pastu lahirkan baby prem..bila dah mati, xnak tgk pun janin...

    haih pompuan2.. aku nak cari bini punya la susah, depa senang2 je serah tubuh mcm tu je kat jantan ntah hape2.. haih

    BalasPadam