Selasa, April 21, 2009

maahad tahfiz sains tanah merah




Suasana MALAM di MTS.

Tarikh : 15/04/2009
Masa : 7.00- 10.00 malam.

Maghrib berjemaah

Sekitar jam di tangan 7.10 petang, kami bergegas ke surau untuk sama-sama berjemaah.
Setibanya di sini ruangan bawah muslimat sudah pun penuh, tetapi dapat juga kami mencelah di ruang2 kosong untuk menyempurnakan saff. Alhamdulillah ketibaan kami di sana di sambut dengan senyuman adik-adik yang bagi saya itu ialah “senyuman tiga”.

Azan selesai berkumandang menandakan tibanya solat qabla maghrib. Setelah seketika, iqamat pula di perdengarkan dan para jemaah berpusu-pusu ke depan untuk memenuhkan saff yang masih kosong. Melihat kelibat adik-adik yang sememangnya di asuh dengan didikan al quran, begitu menarik hati dan perasaan saya. Tingkah laku mereka mengambarkan kelainan yang boleh di bezakan dengan pengalaman saya ketika menghadapi pelajar di sekolah aliran biasa, yang sedikit longgar dan liat dalam membina satu saff dalam solat.

Suara imam solat, yang perlahan tetapi lancar pembacaan al-qurannya menarik hati untuk lebih khusyuk. Selesai solat, bacaan satu surah al-quran yang bagi saya yang tidak menghafalnya malahan jarang membelek surah tersebut menimbulkan seribu tanda tanya dalam kotak fikiran sambil cuba meneka nama surah tersebut. Surau yang penuh dengan jemaah tersebut bergema dengan bacaan surah ad-dukhan yang merupakan hafalan bagi adik-adik di sini sejak tingkatan satu lagi. Alhamdulillah. pendedahan adik-adik terhadap ilmu al-quran sangat membuat saya teruja dan kadang-kadang terasa berada di satu tempat yang lain , di mana masyarakatnya yang tidak lagi memerlukan al-quran manual mahupun al-quran digital sebagai bahan rujukan mereka. Apabila keadaan memerlukan mereka mengalunkan bacaan surah al- rahmaan, dengan segera mereka akan menbacakannya. Fantasi di alam realiti.semuanya menjadi long term memory…subhanallah

Hasil pertanyaan dengan seorang banat tingkatan 4 AJ, mengikutnya jemaah yang solat di surau akan sama-sama bermurajaah bacaan surah yang mengikut waktu solat tertentu. Di bawah di sertakan aturan bacaan surah selepas solat.

Solat subuh : surah yassin
Solat zohor : as sajadah ( hujung minggu)
Solat asar : al-mathurat
Solat maghrib: ad-dukhan
Solat isyak : al mulk/al-kahfi


MasyaALLAH, surah-surah yang menjadi amalan hafalan mereka ini, ada antaranya masih lagi bagi diri saya sendiri dalam proses mencintai dan menghayati akan makna-maknanya apatah lagi mengingati butir-butir ayatnya. Tetapi bg adik-adik di sini ia bagaikan melekat di hati dan di bibir mereka.Alhamdulillah. moga apa yang adik-adik fahami penghayatan adalah menyeluruh bukan sekadar di bibir..itulah doa dan harapan untuk mereka. Mad’u mereka yang ketndasan ilmu dan bimbingan agama masih ramai menanti mereka sebagai professional ustaz dan ustazah ( PROTAZ,)..yang tidak lagi lama bakal menjadi pemimpin masyarakat.

Bersambung….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan