Khamis, Mei 07, 2009

setiap individu itu ada uniknya...



Setiap individu ada keunikannya…sabarlah wahai sahabat.


Uniknya setiap individu, sememangnya lumrah alam manusia. Kadang-kadangnya dek kerana uniknya sikap sesetengah individu, kita kelamaannya kenal dan mula memahami hakikat kejadiaan manusia yang tidak sempurna, sebagaimana kita sendiri.

Cuba bayangkan semua individu di dunia ini bersikap seperti individu yang sama. Sebagai contohnya sikap kita adalah seorang sangat pendiam dan hanya peduli hal yang ada kaitan dengan hidup dan mati kita. Wah...betapa sunyinya dunia ini, tidak wujud interaksi sesama insan melainkan bila ada kepentingan dan betapa buruknya keadaan masyarakat kerna semuanya bersikap mementingkan diri sendiri!

Tetapi hakikatnya alam milik ALLAH, Yang Maha Agung dan Yang Maha Bijaksana..sememangnya variasi..

Wujudnya variasi, wujud jugalah permasalahan kerna tidak semua orang satu kepala dengan kita ..

Bak kata pepatah “walau rambut sama hitam,hati lain-lain”

Mmm..memang susah menerima sikap orang lain yang tidak sebulu dengan kita..

Kadang-kadang terfikir ”kenapalah, susah sangat dia nak terima pandangan orang..grrrr”

Sabar..
Penawar terbaik untuk hati yang sedang sakit ataupun sedih,//

Untuk hati yang ego pulak, susah menerima teguran orang lain..buatlah sesuatu yang boleh menjatuhkan ego anda!

Sebagai contohnya ”rajin-rajin buat kerja amal seperti basuh tandas kat rumah ke”

Sebagai kesimpulannya..

Cuba fahami keunikan setiap individu samada yang baik atau yang buruk, bersikap positif terhadap mereka, tegur secara baik apabila teguran diperlukan, hargai apa yang dilakukan oleh mereka, sabar dengan sikap mereka dan berlapang dada dengan apa jua situasi yang kita hadapi.Allah jadikan manusia berbeza sikap dan sifatnya antara satu sama lain dengan tujuan untuk kita saling kenal-mengenali.Allah juga mengingatkan akan makhluknya supaya menolak setiap keburukan/kejahatan dengan kebaikan. Nescaya keburukan akan pudar dan kebaikan akan terserlah.

(S.A.B.A.R)

2 ulasan:

  1. salam..

    sememangnya sukar untuk menerima apa yang bertentangan dengan pemikiran sendiri.. sebab itu hormati hak orang lain agar tiada persengketaan.. bila ada pemimpin, taati mereka dengan cara yang betul.. bertindak jangan sendirian dan mintalah nasihat selalu walaupun kita yang memberi nasihat kepada orang lain sentiasa...

    BalasPadam
  2. salam..sama2 beringat..
    shukron atas peringatan.

    BalasPadam