Ahad, November 29, 2009

ibarat mencari DUNIA dalam DUNIA.

mencari RUMAH dalam RUMAH.

seorang ayah yang berusia lewat 80-an umurnya, terbongkok-bongkok mencari sesuatu di satu sudut rumahnya.

hampir sejam, kelakuan ayahnya itu, diperhatikan oleh anaknya dengan penuh tanda tanya.

"ayah...apa yang ayah cari ye?", tanya anaknya itu.

"ada apa2 yang boleh saya bantu?",anaknya menawarkan bantuan.

"ayah...cari rumah...", jawab ayah yang tua itu dengan ringkas.

"rumah?..."anaknya kehairanan.

ayahnya,berpaling dan mengangguk-ngangguk.Dan meneruskan usahanya mencari "rumah".

"rumah apa ayah?", anaknya terus bertanya.

"isk! kamu ni, rumah untuk kita semua tinggal lah!", balas ayahnya dengan nada yang sedikit tinggi.

"tapi ayah...kita kan sudah pun didalam rumah?", anaknya semakin runsing.

ayah terus berlalu pergi ke satu sudut rumah yang lain, meninggalkan anaknya terpinga-pinga.

....tammat....

boleh cuba teka, apa masalah ayah dalam cerita di atas?
berkemungkinan ayah sudah pun nyanyuk?-alzheimer's disease.
atau
sememangnya ada sesuatu mesej yang ingin disampaikan oleh ayah kepada kita semua...

ayah :
watak ini sebenarnya mengambarkan Sekumpulan watak sang manusia yang pelupa.(berkemungkinan terkena serangan penyakit wahn)

rumah:
merupakan simbolik dunia yang sang manusia dambakan dan cintakan.

anak:
simbolik bagi kumpulan manusia yang sedar dan bebas dari sebarang penyakit WAHN.

penyakit wahn ?:
kesukaan atau kecintaan terhadap hidup dan enggan mati.

cerita di atas merupakan simbolik bagi kita semua sang manusia,yang terkadang termasuk dalam definisi mencari dunia di dalam dunia (mencari rumah didalam rumah), walhal sudah pun berada didalam dunia.

bukankah pelik perbuatan itu di pandangan mata manusia yang normal.
seolah-olah perbuatan tersebut perbuatan yang tidak masuk akal, bahkan boleh di labelkan gila.

tetapi, secara sedar atau tidak, itu yang sebenarnya perilaku yang sedang kita mainkan dipentas dunia ini.

iaitu masih mencari dunia walaupun sudah pun didalamnya.

astargfirullahala'zimm...
penyakit WAHN sudah pun di hatiku,
celiknya mataku didunia ini,
bingkas kubangun,
ku fikirkan apa yang mahu aku capai hari ini...
apa yang mahu aku makan hari ini...
ke mana aku mahu luangkan masa petangku hari ini,
ke shopping complex?,
lepak di mana kedai kopi atau kopitiam,

atau perlu aku habiskan dengan bersiar-siar di sekitar bandar???
bowling, swimming, chatting di internet???...
.....terlalu banyak....
tidak cukup untuk hanya satu petang...
masih memerlukan petang yang lain...
kekadang masih tidak cukup dengan petang yang sebegini penuh aktiviti duniaku,
akan kutambah dengan malamnya dengan menonton drama...korea, jepun..
malahan aku patut menyelitkan sekali sekala keperluan akademik untuk besoknya....

penat mentelaah akademik,,,
akan kuselit dengan lagu-lagu jazz,lagu-lagu blues...lagu-lagu rock
untuk makanan nafsu. dan layanan mindaku..
wah kenyang sungguh nafsu ku...
dan terasa penat sungguh fizikalku...
kerana pencarian dan pengisian dunia yang ku cari...

astargfirullahala'ziim...
menularnya penyakit wahn ini...
membuatku menyanjung dunia ini setinggi-tingginya...
membuatkan ku lupa...
sepatutnya..
sebetulya,,,
dunia ini tempatnya ditangan ku...
bukannya di hatiku...

astargfirullahala'ziim...
aku lupa yer yang baginda SAW bersabda

"bukankah dunia itu dilaknati. Apa yang ada padanya dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya; dan orang yanng berilmu atau orang yang menuntut ilmu,"

dan lagi...

" keringnya air mata, disebabkan hati keras. Hati yang keras, kerana dosa yang dibuat. Banyaknya dosa, disebabkan lupakan mati. Lupakan mati, disebabkan angan-angan yang panjang. Panjangnya angan-angan, disebabkan cintakan dunia...."

wahai hati kembali lah kepada fitrahmu...
fitrah mu,
tidak lain tidak bukan,
takut dan mengharap pada yang ESA...

wallahualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan