Jumaat, April 09, 2010

erti RINGKAS pada seorang wanita


Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.
Wanita seringkali digandingkan dengan sifat yang suka pada sesuatu yang cantik. itulah hakikat ALLAH jadikan insan yang bernama wanita.
jarang sekali pabila dilihat wanita tidak suka pada perkara yang cantik dan sudah semestinya ke arah mana seorang wanita ingin memperagakan dan mempertontonkan ke "cantik" kan yang diperolehi adalah bergantung kepada keimanan nya. Jika dia tahu, faham dan amal apa yang boleh dan apa yang Tidak boleh sudah tentu kecantikkannya hanya untuk seseorang yang halal untuknya.

saya tertarik untuk berkongsi tentang seorang wanita yang suka berpenampilan ringkas tetapi tetap cantik. bagaimana ya?

penampilan ringkas dari sudut pengertian adalah bergantung kepada kearah mana sipemakai ITU FAHAM apa itu aurat.

jika si A, penampilan sememangnya ala RINGKAS dan cantik seperti bertudung jarang(diselempangkan), berlengan pendek (baju jersi .....), berseluar jeans ketat dan bersandle..tampak ringkas kan? --amat sesuai digayakan kemana-mana--dan lebih penting ia mudah dan cepat...

sama ada ke cafeteria untuk makan, ke pasar malam, ke shopping mall, dan sebagainya..
TETAPI awas!!!-ISLAM INI WUJUD DENGAN PERATURANNYA..
Duhai wanita...

jika ini dikatakan ringkas tetap cun, TANPA mengira AURAT,..Bermakna mudah benar dikau melupakan perintah ALLAH swt :

Allah SWT berfirman :


-“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.”
(al-Ahzab: 59)


duhai wanita tidak kah gerun dengan ini ,Firman ALLAH SWT :

" Sungguh, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan kedalam neraka, Setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan azab. Sungguh , ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijak sana ".

(an-Nisa' :56)
wallahualam.


extra notes :

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT



KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.


KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.


KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : BertudunG tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

bacaan yang lebih mendalam sila rujuk site ni :

http://aferiza.wordpress.com/2007/07/20/aurat-renungan-sejenak/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan