Ahad, April 25, 2010

khabar tentang kematian

seawal jam 8 pagi. sabtu lalu.
rumah kami diketuk.

kedengaran suara seorang wanita memberi salam. lemah lembut tonasinya. loghat kelantan pastinya.

"siapa ye, pagi-pagi ni", hati terdetik.

mungkin adik saya yang membuka pintu tersebut atau mungkin Maa yang membukanya. saya tidak pasti.

pintu dibuka, jelas rupa wanita tersebut. Saya cuba meneka siapakah "makcik ini", namun masih samar-samar.

Fikiran terus melayang-layang sambil memikirkan siapakah mak cik ini?...
rupanya sangat "familiar".

mungkin agaknya "kadang-kadang" berada dirumah dan dipersekitaran rumah. jiran tetangga pun saya boleh tertukar-tukar.

tapi, saya pasti makcik ini, pasti jiran saya....

kedengaran samar-samar/sayup-sayup perbualan Maa dengan makcik tadi.

"kematian....", satu perkataan yang sungguh cepat telinga saya menangkapnya.

di gagahi ke depan, untuk turut serta mendengar , apa yang terjadi sebenarnya.

" pak cik rifin...meninggal rupanya", getus hati saya.

"innalillahiwainnailaihirajiun". Allah sayangkan dia, pergi jua akhirnya.

Perbualan mereka berdua ini diteruskan.
sambil saya mengimbas kembali cerita tentang ketika hidup allahyarham.

Pak cik Rifin, sungguh murah senyumannya,ketika terserempak masih cam lagi saya rupanya, walaupun sudah meningkat dewasa.

Sejak kami adik-beradik kecil lagi, dilayannya sebaiknya. Tidak lupa juga Allahyarhamah isteri beliau, sangat baik dengan kami sekeluarga.

Maa pernah bekerja dengan mereka berdua ini. Setiap kali bermulanya pagi, bermaknanya kami bakal disajikan dengan kuih muih yang sangat banyak, kerna setiap pagi Pak cik Rifin dan isterinya akan memulakan perniagaannya di pasar. Kuih muih yang pelbagai dan sedap-sedap belaka menjadi pilihan pembeli jika singgah di gerai mereka.

hmm..tapi saya memang tiada memori yang disimpan ketika ini. Cerita-cerita ketika kecil dulu, kesemuanya, Maa yang beritahu. mungkin masih kecil, otak pun belum matang.

berbalik kembali, tentang kematian beliau.

dengarnya, beberapa hari lepas, routine beliau seperti biasa-sihat untuk usianya, namun tiba2 beliau jatuh sakit, dihantar ke hospital dan menghembuskan nafasnya disitu.

Allah ambil nyawa dengan cara sebegitu, tidak menanggung sakit yang lama.
insya ALLAH moga ALLAH meredhainya.

Bagi Allahyarham Abah, sakitnya lama bertahun-tahun. Ada tika dia sihat,ada tika dia sangat tidak sihat. Saat di akhir umurnya, kerap kali dia semacam Transient ischaemic attack , sekejap sedar, sekejap pitam, tidak sedarkan diri. Alhamdulillah Allah lebih sayangkan dia, abah pergi pada pagi jumaat. 11/8 tarikhnya.

Ayah sahabat saya pula, meninggal dunia, kerana terlibat dalam kemalangan. saya merasa kehilangan yang sebegitu "acute" sebegini, sememangnya benar-benar menguji sahabat saya ini
. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui segala-gala serta maha hebat dalam percaturan hidup kita semua.

ada lagi, seorang adik yang saya kenal. Ibunya pergi menemui ILLAHI,diwaktu tika saat-saat berhadapan dengan peperiksaan profesional. Alhamdulillah, saya lihat akan dirinya begitu tenang dan menerima pemergian ibunya yang tercinta.

Dek....moga ibumu, berada dikalangan mereka-mereka yang beriman..amin..

kematian itu satu kepastian, namun kita tidak tahu bila dan dimana ....

apabila adanya seorang manusia berkata dan berpegang dengan "hidup ini, hanya sekali ..."
hanya terdapat dua pendekatan yang bakal dia pilih samada :
1. ..jadi..jom kita enjoy puas2...(sambungan ayat diatas)
2. ..jom kita cari bekal untuk kehidupan abadi nanti....(sambungan ayat diatas)


(mati..hidup sementara..mati..hidup yang abadi..)

wallahualam...

p/s : katakan pada IBU, AYAH anda bahawa anda sangat sayang kan mereka,,,,jangan tunggu lagi...mulakan dari saat ini...('',)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan