Isnin, Julai 27, 2009

Selasa, Julai 21, 2009

while achieving "stable state"


alhamdulillah.
masih dalam nikmat iman, islam dan ihsan.

"stable state"kalau diikutkan maksud dalam kamus pharmakologi , ia berkenaan dengan keadaan drug dalam badan manusia yang sudah mencapai tahap therapuetic level. Serta pada tika ini, jumlah drug yang di ambil adalah sama jumlah drug yang di buang. jadi kalau kita, teruskan pengambilan dose yang sama, ia takkan menberi kesan lagi, ini kerana pesakit sudah pun mencapai tahap therapuetic,

itu apa yang berlaku dalam skop pharmakologi...
apabila di serapkan dalam aspek kehidupan seorang pelajar medikal, definisinya sangat positif dan berlapang dada.

percaya atau tak...
jika kita sudah capai tahap stable state, perkara yang ditempuhi dalam wad hari demi hari sudah pun menjadi satu kebiasaan, clerking the patient, present long case, or sudden short case, perform PE, doktor naik angin, staffnurse marah, pesakit bengkeng, tertidur semasa ward round, cover patient,on call,,exam.., macam-macam lagi.

tapi, dalam perjalanan untuk mencapai state of stability, memang pahit.
namun Allah lebih mengetahui kenapa, kenapa dan kenapa manuusia di uji, yakin dengan maksud ayat agung kitabullah " Allah tidak membebani manusia melainkan sesuai dengan kesanggupannya.....", seseorang manusia akan lebih redha akan apa sahaja ujian yang Allah S.W.T kurniakan untuk dirinya..

ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
pohonlah agar dipermudahkan urusan dari hari ke hari, dan berserah padanya sepenuhnya...

bersangka baik dengan PENCIPTA yang AGUNG, ALLAH S.W.T..

P/s : toward achieving state of stability..

Jumaat, Julai 17, 2009

.:STW:.



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


"Segalanya Tentang Wanita" , satu program yang 99% dijayakan oleh himpunan tenaga kerja mahasiswi-mahasiswi kampus kesihatan dari pelbagai bidang dan tahun pengajian.Membawa 5 objektif utama iaitu Kearah membentuk jati diri mahasiswi kampus kesihatan ke arah berjiwa besar dan berketerampilan,melahirkan mahasiswi berani, bekaliber dan berkepimpinan,melatih para mahasiwi dalam pelbagai aspek kepakaran terutama komunikasi dan pengurusan, Mendedahkan mahasiswi terhadap cabaran gklobalisasi yang kian mencabar serta persiapan menghadapinya, dan akhir sekali mengajak mahasiswi mengenali seterusnya mencontohi tokoh2 wanita terdahulu dan masa kini yang berjaya melakar nama ke persada dunia.


Program ringkas ini mempunyai dua elemen uatam iaitu di mulakan dengan pameran tokoh2 wanita dari pelbagai agama, bangsa dan aspek kejayaan baik dalam aspek keagamaan, kesihatan, politik mahupun sukan.Pameran berlangsung selama dua hari ini menghimpunan NGO2 serta persatuan2 seperti persatun islam, budhist dan India dalam memperkenalkan tokoh yang boleh sama2 kita contohi dan kenali.Seterusnya, 23 Julai merupakan kemuncak program, forum "Wanita; Permata Pemangkin Pembanggunan Ummah" bakal diolah oleh 3 ahli panel hebat iaitu YB Mumtaz, Dr NorHafidzah dan Saudara Dzulkhairi.Pihak penganjur amat mengharpkan program ini walaupun hanya mengambil masa cukup singkat, bakal memberi impak yang besar dalam diri bukan sahaja mahasiswi malah seluruh kaum wanita, juga mahasiswa kampus..

copy n paste : Posted by Nurul Syuhada Johari at 12:40 AM

Rabu, Julai 15, 2009

al-Anfal:28

Maksud firman Allah: Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar. (Al Anfal:28)

Selasa, Julai 14, 2009

al-A'raaf :179

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:179)

Ahad, Julai 12, 2009

bila doktor berkata...

"what U SHOULD do now is PRACTICE, PRACTICE, PRACTICE,PRACTICE, PRACTICE, PRACTICE and improve ur communication skill."...

--->there is no, faster or simple way to be a good doct!....please practice...<----

semenjak dua menjak yang inilah yang doktor tekankan....doktor yang berbeza tapi ayat yang similar......

p/s: semoga semua nya dipermudahkan...amin

Rabu, Julai 01, 2009

realiti 1: warga bangla,indon & gadis melayu (remaja)


alhamdulillah ,masih di beri kesempatan breath in & breath out, serta masih lagi merasai nikmat iman dan nikmat islam walhal terdapat insan yang tenggelam timbul mencari-cari sinar kebenaran.

ya ALLAH kurniakanlah kami petunjuk dan taufik.

Perjalanan pulangnya saya ke kampus, kali ini sedikit lain daripada kebiasaan iaitu 2 trip iaitu dungun ke Kuala Terengganu, dan KT-KB.Perjalanan ke KT ditemani dengan perbualan seorang mak cik dengan pak cik driver.

sekali sekala,saya cuma mampu mengangguk-ngangguk tidak lebih daripada itu, sesekali saya hanya mampu tersenyum menandakan saya turut menyetujuinya.

perbualan mereka bertambah rancak setelah turunnya warga-warga bangla di sebuah stesen yang tidak jauh daripada tempat yang mereka mula-mula naik.

dengan bayaran tambang bas rm 0.50, sampailah ke tempat tujuannya.

" kenapa bayar 50 sen, tambangnya 1.00 ringgit", runggut pakcik Bus.

tiada positive respon daripada wakil warga bangla tersebut. dia terus berlalu pergi ke belakang ke tempat rakan-rakannya.

" semua orang yang naik, tambangnya 1.00 ...haa,,tengok-tengok dia pun bayar 1.00 ringgit ", runggut pakcik Bus lagi, sambil menunjuk-nunjuk ke arah seorang penumpang yang baru sahaja membayar tambangnya setelah sampai ke destinasinya.

masih, tiada respon positive daripada penghuni belakang bas ini. senyap.

" agaknya diorang tak faham kot", bisik hati saya.

bas berhenti menurunkan mereka yang x faham bahasa melayu ini.

berlalu mereka pergi, lega hati saya, takut-takut terjadi apa-apa kejadian yang tak di sangka-sangka, almaklumlah mereka seolah-olah degil serta ingkar dengan perintah Pak cik BUS.

seketika kemudian, terbongkarlah beberapa babak kisah remaja melayu perempuan yang bercinta dengan warga-warga bangla serta juga indon, setelah pakcik Bus berkongsi cerita dengan seorang makcik yang juga turut kurang senang dengan sikap mereka .

biarpun baru 2 bulan jagung pak cik Bus bekerja sebagai pemandu bus dari Dungun ke KTerengganu, sudah tersemat memori yang kurang enak dan merungsingkannya.

remaja -remaja perempuan melayu, dilihat berpegangan tangan ke sana ke mari tanpa rasa segan dan silu di sekitar perhentian bas stesen bukan sekali tapi berkali-kali...

katanya lagi bukan melibatkan satu individu remaja sahaja, malah katanya semakin mula bercambah bilangannya.

kerapkali fenomena ini bermain di pentas bus stesen ini.

18 tahun lingkungan umur mereka, sudah pun terjebak dalam cinta songsang ini. mereka berfikir tetapi tanpa menggunakan warasnya akal.

bercinta serta mengangkat warga ini sebagai kekasihnya.
cinta buta itu kesimpulannya.

melihat sikap kekasih yang bukan warganegara ini sebenarnya menjurus kepada hanya mengambil kesempatan.

SERTA hanya untuk mengisi waktu mereka sepanjang berada di negara kita ini.

panjang lebar perkongsian pak cik bus ini, satu-satu saya amati.

perbualan mereka akhirnya berhenti setelah masing-masing menyimpulkan fenomena mencari kekasih warga indon dan bangla mula menjadi trend remaja perempuan yang tinggal di sekitar bandar KT.

"tu belum lagi, kita tengok kat bandar-bandar besar, agaknya lagi hebat", kata mak cik yang bimbang dengan penularan gejala ini.

.......

p/s : golongan re.ma.ja maruah mu di pandangan golongan lain semakin merundum. bangkitlah menongkah perubahan ke arah kebaikan.

Ahad, Jun 21, 2009

kembalinya ke Rahmatullah ustaz Fathi Yakan penulis APA ERTI NYA SAYA MENGANUT ISLAM



Ustaz Fathi Yakan: Ulama tarbiyah terkenal kembali ke rahmatullah
Dr Syed Azman Syed Ahmad syedazmans@yahoo.co.uk Fri Jun 19, 09 2:43:23 pm MYT

Saya menerima berita sedih mengenai pemergian Ustaz Dr. Fathi Yakan menerusi kiriman SMS dari sahabat ikhwan di Beirut pada pagi Ahad lepas.

Beliau yang lahir pada tahun 1933 wafat pada usia 76 tahun setelah lama mengalami keuzuran. Beliau adalah ulama terkenal serata dunia dan juga merupakan antara penggerak awal gerakan Islam Ikhwan Muslimin di dunia Arab.

Beliau juga adalah merupakan satu-satunya pimpinan Ikhwan Muslimin yang amat rapat dengan pimpinan PAS. Dari Al-marhum Dato' Fadzil Nor kepada Dato' Sri Haji Abdul Hadi Awang kesemuanya banyak merujuk dan menerima tunjuk ajar dari 'Sheikhul Tarbiyah' yang agung ini.

Malah bagi setiap pimpinan PAS yang berkunjung ke Syria atau Lubnan tidak pernah melepaskan peluang untuk menziarahi beliau. Dari situlah kami diberi nasihat dan tunjuk ajar melalui pengalaman serta ilmu tarbiyah dan politik yang mendalam yang ada pada beliau.
Sifat rendah diri, sentiasa menghormati tetamu serta tidak pernah kedekut berkongsi ilmu dan pengalaman menjadikan hubungan kami amat rapat dengan beliau.
Sheikh Fathi juga telah beberapa kali berkunjung ke Malaysia dan menjadi tetamu khas PAS. Malah sepatutnya beliau sekali lagi menjadi tetamu PAS di Muktamar yang diadakan di Ipoh, Perak pada tahun lepas.

Walaupun semua persiapan telah di buat termasuk tempahan tikat kapalterbang, namun di saat akhir saya sendiri menerima panggilan telefon dari beliau yang menyatakan keuzuran untuk bersama di Muktamar PAS.

Ya, bila disebut sahaja nama Ustaz Fathi Yakan kepada masyarakat Malaysia maka akan teringat kita kepada puluhan buku-buku yang dikarang beliau dan yang paling terkenal adalah buku
'Apa Ertnya Saya Menganut Islam', 'Islam dan Cabaran Kini' serta 'Tuntutan Dakwah dan Pendakwah'.

Ulama terkenal ini amat disegani dan dihormati di seluruh pelusuk dunia kerana penulisan serta pemikiran beliau yang tajam dan bersifat semasa.
Beliau telah mengarang berpuluh-puluh buah kitab mengenai dakwah dan gerakan Islam dan ianya tersebar luas di serata dunia dan di terjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, bahasa Cina serta bahasa Tamil. Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah

Masih lagi segar di ingatan kenangan manis sewaktu saya bersama Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang berkunjung ke pejabat beliau di kota Tripoli di Selatan Lubnan setahun yang lalu.

Pejabat yang terletak di pinggir bandar Tripoli itu juga merupakan sebahagian daripada kampus Universiti Jinnan yang telah dibangunkan oleh beliau bersama isterinya sejak lebih daripada 15 tahun.

Kini universiti Jinnan berdiri tersergam indah dan telah berjaya menghasilkan ribuan graduan dari serata pelusuk dunia. Ustaz Fathi Yakan sewaktu kami berkunjung ke pejabat beliau dikelilingi oleh ratusan kitab-kitab dan buku-buku yang ditulis serta dirujuk oleh beliau setiap waktu.

Dalam pertemuan bersama Ustaz Fathi Yakan, beliau telah mengingatkan tentang tuntutan perjuangan serta cabaran yang sedang dihadapi oleh umat Islam serta dunia Islam.
Bagi Ustaz Fathi musuh-musuh Islam kini sedang meletakkan Islam ?dikandang orang salah? dan sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam dan kebangkitannya dengan apa cara sekalipun. Bagi beliau perkembangan yang sedang berlaku kini merupakan satu cabaran yang besar yang perlu ditanggapi oleh seluruh umat Islam dengan penuh kesabaran dan berhemah.

Ustaz Fathi juga mengingatkan umat islam bahawa musuh-musuh Islam tidak akan sedikitpun berdiam dengan perkembangan kesdedaran dan kebangkitan Islam yang sedang berlaku di seluruh dunia Islam.

Cabaran dan kebangkitan Islam di Palestin, Iraq. Afghanistan dan seluruh dunia Islam merupakan cabaran yang besar yang perlu dihadapi dengan penuh berhati-hati.
Sementara itu semasa berbincang soal politik dalaman Lubnan Ustaz Fathi Yakan menceritakan tentang percubaan Kuasa Besar Amerika Syarikat serta sekutu terdekatnya Zionis Israel yang berusaha untuk mengujudkan ketegangan dan perpecahan berlandaskan mazhab terutama di antara kelompok penduduk Sunni dan Syiah.
Namun demikian beliau menegaskan bahawa percubaan ini berjaya digagalkan kerana gerakan Islam di Lubnan telah bersatu menentang konspirasi jahat ini tanpa mengira mazhab.
Beliau dengan tegas menyatakan sokongan terbuka kepada gerakan pembebasan Hizbullah yang berjuang menentang penjajahan serta kekejaman zionis Israel. Apa jua percubaan untuk memecahbelahkan umat Islam serta rakyat Lubnan akan terus disanggah oleh umat Islam Lubnan sendiri.

Bagi Ustaz Fathi, situasi di Lubnan sekarang ini berada dalam keadaan yang amat kritikal. Pergolakan politik yang berterusan terutamanya di antaranya gerakan Hizbullah dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Fuad Sinora tidak menampakkan jalan penyelesaian.
Beliau mengingatkan akan bahaya campurtangan kuasa-kuasa besar terutamanya Amerika Syarikat, Perancis serta sekutunya dalam politik dalaman Lubnan.

Apabila ditanya kenapakah beliau secara terbuka memberi sokongan kepada Hizbullah, Ustaz Fathi Yakan dengan tegas menyatakan bahawa, "kita bukan berhadapan dengan soal-soal yang remeh-temeh yang boleh memecahbelahkan umat islam sendiri tetapi kita berhadapan dengan musuh yang lebih besar iaitu Amerika Syarikat dan Zionis Israel yang sentiasa melakukan kezaliman terhadap umat islam di serata dunia."

Bagi beliau Hizbullah adalah sebahagian dari perjuangan Umat Islam menentang musuh yang besar ini. Beliau juga menegaskan bahawa penyelesaian kepada konflik politik Lubnan adalah dengan tidak membenarkan penglibatan mana-mana kuasa asing luar untuk turut campurtangan dalam menentukan masa depan politik Lubnan.
Perbincangan kami juga berkisar tentang persoalan konflik dunia Islam di bumi Palestin. Ustaz Fathi menyatakan bahawa gerakan Hamas yang menang dan berkuasa secara demokrasi sehingga kini tidak diberikan pengiktirafan sewajarnya oleh dunia Barat.
Malah mereka terus ditekan dengan pelbagai bentuk sekatan politik dan ekonomi yang tidak berperikemanusiaan terutamanya terhadap penduduk Palestin yang menderita kekurangan makanan harian dan bahan perubatan.

Begitu juga usaha yang dilakukan bagi menyatukan kepimpinan politik Palestin tanpa mengira parti dan kelompok dengan membentuk sebuah ?kerajaan kesatuan? masih tidak di diiktiraf oleh Kuasa Besar Barat terutamanya Amerika Syarikat dan sekutunya.
Gerakan Hamas terus dilabelkan sebagai sebuah pertubuhan terroris serta pengganas walaupun mereka terlibat dan mendapat sokongan daripada rakyat melalui sistem demokrasi yang disanjung oleh kuasa barat sendiri.

Begitu juga dengan situasi terkini di Iraq. Ustaz Fathi melahirkan kesedihan beliau terhadap apa yang sedang berlaku di mana setiap hari ratusan rakyat yang terbunuh secara kejam akibat daripada penjajahan tentera Amerika dan sekutunya.
Yang lebih membimbangkan beliau lagi adalah usaha memecahbelahkan penduduk Iraq berlandaskan mazhab. Ini adalah diadu-dombakan dengan perancangan rapi yang dilakukan oleh penjajah Amerika Syarikat dan sekutunya Zionis Israel yang menghantar ratusan agen-agen Mossad untuk beroperasi di Irak.

Ustaz Fathi Yakan dengan tegas membantah serta mengutuk keras sebarang bentuk pertembungan dan pembunuhan berlandaskan fahaman mazhab yang sempit. Bagi beliau apa yang penting bagi rakyat Iraq adalah untuk berjuang bagi menghalau tentera-tentera penjajah dari bumi mereka sendiri.

Begitu juga usaha penguasaan tentera penjajah untuk membolot kekayaan hasil minyak Iraq perlu disekat dengan apa cara sekalipun. Bagi Ustaz Fathi Yakan, penyelesaian di Iraq adalah dengan mendesak tentera penjajah segera berundur dari bumi Iraq secara terhormat dan pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin masyarakat Iraq perlu kembali bersatu di atas landasan Islam yang sebenarnya.

Ustaz Fathi Yakan juga menyentuh tentang konflik yang sedang berlaku di Afghanistan dan juga di Chechenya. Sehingga kini ribuan umat Islam menjadi mangsa kepada kekejaman kuasa-kuasa besar yang angkuh.
Ini semua berlaku dalam suasana dunia Barat bercakap soal demokrasi, hak asasi manusia dan keadilan tetapi di waktu yang sama mereka sendirilah yang sedang membunuh demokrasi di negara-negara Islam dengan melakukan pelbagai bentuk ketidakadilan dan bersikap ?double standard? apabila berhadapan dengan dunia islam.
Ustaz Fathi mengingatkan umat Islam agar sentiasa berwaspada dengan perancangan musuh-musuh Islam ini. Mereka kini dengan begitu mudah diatas nama ?menghapus pengganas? dan ?mengwujudkan keamanan? mereka seolah-olah di beri lesen menangkap dan membunuh mana-mana individu di serata dunia.

Di akhir pertemuan, Ustaz Fathi Yakan juga mengingatkan kami akan tiga cabaran besar yang dihadapi oleh gerakan Islam di serata dunia.
Pertamanya adalah cabaran dalam bentuk global di mana dunia Islam kini diserang dengan pelbagai tuduhan dan ancaman dengan meletakkan Islam dikandang orang salah.
Keduanya gerakan Islam di serata dunia akan terus ditekan tanpa mengira balas kasihan walaupun mereka menyerlahkan sikap yang sederhana serta terlibat secara terbuka dalam kancah politik dan demokrasi.

Ketiganya pertembungan yang sedang berlaku kini di antara gerakan Islam dan kuasa-kuasa barat bukan hanya pertembungan pemikiran tapi ianya lebih merupakan pertembungan tamadun yang amat mencabar.

Dr. Fathi Yakan juga mengingatkan agar setiap aktivis Islam sentiasa bersabar menghadapi ujian yang besar ini. Persiapan yang mendalam perlu dilakukan oleh semua aktivis Islam bagi menghadapi situasi baru ini.
Bagi beliau hanya dengan keimanan yang mendalam, persiapan ilmu yang cukup serta pengorbanan yang besar sahaja yang akan menjamin kemenangan serta masa depan gerakan Islam.

Ya, kenangan bersama Ustaz Fathi Yakan masih segar diingatan kami. Saya dapat mendengar nasihat-nasihat bernas dari seorang tokoh yang disegani di serata dunia.
Walaupun pada waktu itu beliau terlalu uzur tetapi masih terus bersemangat untuk berjuang menegakkan kebenaran Islam terutamanya melalui tulisan penanya yang tajam serta bernas.
Inilah peribadi seorang muraabi serta sheikh tarbiyah yang dirujuk oleh seluruh dunia Islam sehingga kini. Sifat rendah diri dan tawaduknya amat jelas sehingga terkesan kepada kami sehingga kini.

Semoga sheikh yang kami sayangi ini ditempatkan bersama para syuhadah. Selamat tinggal ya Sheikh. Al-Fatihah! - mks.
(Penulis adalah AJK PAS Pusat) _

P/S : semoga beliau di tempatkan bersama para syuhadah.

Jumaat, Jun 19, 2009

abang JADI abah




ABANG jadi ABAH.

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH kerana masih dalam petunjuk dan taufik MU serta Iman dan Islam masih dalam diri ini dan ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah.
21 jun hari bapa, tergerak hendak mencoretkan sesuatu yang “sweet” tentang ABANG-ABANG .

Alhamdulillah, ABANG-ABANG …sifat dan perangai semacam seorang ABAH. Kehendak dan perancangan ALLAH sangat terperinci dan sempurna, abah pergi meninggalkan kami lebih kurang 11 tahun. Sedih dan terasa kekosongan kerana ketiadaan abah terubat dengan kehadiran ABANG-ABANG yang sememangnya BEST2 BELAKA.

Kali ini, Abang yang pertama jadi pilihan.
Jom “underline” perkara yang best pasal dia.


Hingga kini..Saya dengan dia terasa bagai “bestpren”, boleh di nobatkan sahabat yang terbaik. Alhamdulillah dia terdidik untuk menjaga adik-adik yang seramai 9 orang sejak kecil lagi. Pernah MAA bercerita pasal abang, ketika saya masih kecil ,waktu malam adalah waktu yang paling sesuai untuk MAA, membasuh pakaian anak-anaknya. Kerana tika itu, anak-anak sudah pun tidur almaknanya sedikit kelonggaran untuk MAA untuk persiapkan rumah dan dirinya jua. Tika itu ABANG, masih juga belum tidur, walhal sudah tengah malam. Rutin abang dalam menolong MAA ialah menimba air dari telaga dan memenuhkannya ke dalam baldi-baldi air, ini memudahkan MAA untuk menggunakan air untuk membersihkan pakaian-pakaian kami…begitulah tugasan nya hampir setiap malam.

Saya masih ingat, teguran pertamanya kepada saya lebih kurang begini,
“emah pakai tudung bila turun dari rumah”katanya.
Teguran ini dah berlalu dalam 10 tahun lebih, namun masih tergiang-ngiang di telinga saya. Saya tika itu, sangat jarang bertudung apabila berada di halaman rumah, maklumlah rumah kami di sebelah jalan. Siapa-siapa yang lalu lalang, jelas-jelas nampak yang saya tidak menutup aurat.
Lepas peristiwa di tegur,malu juga rasanya. Alhamdulillah lekatlah tudung di kepala saya yang sedikit keras kepala orangnya.

Shukron Jazzilan Ya akhi…
Tika saya sedang meningkat remaja, abang sebenarnya sangat jarang berada dirumah, al-maklumanlah dia sedang berjihad di medan ilmu, UKM.. Namun, cerita-cerita tentang dia tika dia masih di bangku sekolah sangat-sangat memotivasikan saya. MAA bercerita ..Dia rajin berpuasa sunat, saya pun terikut-ikut juga..dia seorang anak yang taat kat ibu dan bapanya, saya pun cuba ikut langkahnya juga…dia abang yang paling rapat dan baik dengan adik-adik,,huhu, yang ni susah nk di teladani,,sebab saya kakak yang garang tapi kadang-kadang baiklah juga..(“,)peace.

Ingat tika saya di bangku sekolah rendah, abang di bangku menengah, tekun benor dia mengajar math kat adik beradik saya yang lain..huhu abang soleh.amin..

Dia di sekolah menengah di amanahkan jadi pengawas sekolah , jadi peraturan sekolah memang di patuhi..tabik..

Tapi satu peristiwa yang mencuit hati kami sekeluarga, pernah satu hari beliau terlibat dalam satu pergaduhan di luar sekolah.

Starting kepada pergaduhan, bermula daripada dalam sekolah lagi, lawannya mencabarnya untuk beradu tenaga bukan sekali malahan lebih daripada sekali, anak muda darah cepat panas,penat bersabar dek karenah lawannya, di “set”kan tempat dan masa bergaduh.. akhinya bertembunglah..
Balik ke rumah baju kotor, MAA Tanya kenapa dan…….bla.bla..
Noktahnya…dia menang dalam pertempuran ini..anak mok cik ana dan pak Arun..hehe.

Dia , bolehlah di anugerah orang yang paling suka buat lawak selamba. Kering gusi , bila dia mula menyusun bicara. Mmm… terfikirlah juga kadang-kadang, daripada manalah dia dapat idea yang gila-gila untuk buat lawak…(‘’,)

Marahnya pada adik-adik amat jarang kelihatan.. pukul adik-adik..jauh sekali.
Pernah satu peristiwa, dia pernah merotan adik atas kesalahan yang setimpal, tapi rotan nya..rotan kasih sayang..isk2 pukul semut pun tak mati..(yeke?)

MAA bercerita lagi pasal abang katanya, tika kami adik beradik masih kecil, kami sering diserang asthma , saya lah antaranya..
Bila diserang asthma, abang akan berbasikal sambil mendukung atau membonceng adiknya ke unit kecemasan kat hospital untuk dapatkan inhaler.,Alhamdulillah, abanglah superhero kami..

Satu ketika, saya dapat keputusan PMR , Alhamdulillah keputusan nya best agaknya,,, Abang begitu gembira..tak semena-mena dia memeluk saya, segan jugak dibuatnya dah besar panjang Abang peluk..tapi yang penting itulah paling best, macam dipeluk oleh allahyarham abah. Best…

Saya di tingkatan 4 dia bertemu jodoh dengan kakak ipar saya,,Alhamdulillah orang GANU juga,dekat..,ingatkan dah terasa kehilangan.. namun itu tidak benar sama sekali, semakin lama semakin jelas sifat KEBAPAAN dia, Al-maklumlah dah jadi abah orang.. agaknya kefahaman kebapaan dah menular dalam dirinya,,hehe..alhamdulillah…
Abang sebenarnya seorang cikgu, di SBPI temerloh, mengajar kimia, merangkap cikgu disiplin.JUGA warden sekolah.wow,garangnya di sekolah tak terkata…
apabila pulang ke kampung, berbagai bagai cerita tentang pelajar-pelajarnya, hal ehwal disiplin, sesi P n P, hal Ehwal asrama, dan ….
Alhamdulillah, abang seorang cikgu yang berdedikasi dan bermatlamat tinggi,,..saya respect abang!


Menariknya, abang ni, sifat nya sangat open dan cool,,hal-hal perempuan pun dia tak segan silu untuk ambik tahu…(“<)…sifatnya ini menyakinkan saya dia seorang yang boleh dipercayai..”sharing the secret”,.walhal melibatkan soalan hati…(“,)..abang yang romantik…




Satu lagi, cerita yang lucu pasal dia, Alhamdulillah dia berpeluang menemani isterinya di bilik bersalin. Dek kerana sedih dan kasihan melihat kesakitan yang ditanggung isterinya ketika bersalin, abang saya yang best ini menangis..huhu..sangat susah nk tgk dia menangis…comelnya.. Alhamdulillah sekarang sudah ber anak dua..insyaALLAH lepas raya ni, zuriat ketiga bakal menanti,, Moga-moga di doakan menjadi bapa dan suami yang solehah serta penyayang di dunia dan di akhirat,..amin.
Selamat hari bapa wahai Abang ku…
p/s : untuk yang bergelar abang..sayangilah saudara perempuan anda! Bimbinglah mereka sebaiknya untuk kebahagian di dunia wal akhirat…baiti jannati..(“,)

Khamis, Jun 11, 2009

saksi-saksi yang DIAMANAHkan...

HARI KIAMAT IALAH HARI DI MANA MANUSIA DI JADUALKAN BERTEMU DENGAN PENCIPTA YANG ESA, YANG MAHA AGUNG LAGI MAHA BERKUASA.
HARI INI CUKUP ADIL DAN SAKSAMA UNTUK PENGADILAN SEMUA SANG MAKHLUK SEHINGGA TIADA YANG MERASAI DIA TERTIPU MAHUPUN TERANIAYA.
MAHA SUCI ALLAH TELAH MENDATANGKAN SAKSI-SAKSI UNTUK SETIAP SANG MAKHLUK YANG BAKAL DI HISAB.
SAKSI PERTAMA: BUMI

Imam at-Tarmizi meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA katanya;bahawa Rasulullah SAW telah membaca firman Allah SWT ;
Maksudnya ;
“ pada hari itu (hari kiamat) bumi menceritakan beritanya .”
(surah az-Zalzalah : 4)

Selepas membacakan ayat-ayat tersebut , Baginda bertanya kepada para sahabat , “tahukah kamu apakah perkhabaran yang di ceritakan oleh bumi itu?’, Para sahabat menjawab ,” Hanya Allah dan RasulNya sahaja yang mengetahuinya.” Rasulullah SAW bersabda , “ Yang di maksudkan bumi menceritakan beritanya ialah bumi akan bersaksi terhadap apa yang telah dilakukan oleh manusia di muka bum. Bumi berkata si fulan itu telah melakukan sesuatu di belakangku.”
SAKSI KEDUA: HARI

Abu Na’im meriwayatka sebuah hadis melalui Ma’qal bin Yasar, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,” Tidak ada suatu hari yang mendatangi keturunan Adam , Kecuali hari itu memanggil; wahai keturunan Adam, sesungguhnya aku adalah hari yang baru. Aku dikirim oleh Allah SWT untuk melihat apa yang kamu kerjakan dan akan menjadi saksi kamu di akhirat.”


SAKSI KETIGA: MAKHLUK2 LAIN


Ibnu Al-Mubarak meriwayatkan ssebuah hadis daripada Abdullah bin Amru bin al-‘Ash katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa yang sujud (solat) di bawah pokok ataupun di sisi batu, nescaya pokok dan batu itu akan menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat.”

SAKSI KEEMPAT : DIRI SENDIRI

Firman ALLAH SWT :
“Pada hari itu,manusia di beritahu akan apa yang ia telah dilakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan. Bahkan manusia itu,(anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri.”
(Surah Al-Qiyamah:13-14).

KREDIT DRPD (bertemu janji Allah , VOL: 2)

Ahad, Jun 07, 2009

halal + tanpa flourida.

(",)....
...ubat gigi HALAL + TANPA FLOURIDA...

jom gunakan yang halal lagi suci dan bersih.....

kempen ANTI FLOURIDA


kalau nak baca lebih lanjut..sila rujuk web di bawah

http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/
APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:
- Kematian- Kanser- Ruam Kulit - Luka Kanser- Kelunturan Warna Gigi- Masalah Gastrik- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang- Keracunan Saraf- Kanser Tulang- Keretakan Tulang- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak - Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan www.fluoridealert.org

dengan Flourida atau tanpa flourida...mmm


jom fikir2 kan bersama..

p/s: jom jadi pengguna yg bijak!.(pening tengok iklan kt tv..dengan flourida atan tanpa flourida)
Flourida: Kesan Terhadap Manusia
Written by duniaherbahpa on Aug 24th, 2007 Filed under: Himpunan Artikel

Flourida: Kesan Terhadap Manusia12 January 2007Oleh SMAHADZIR

TANAMAN musnah, sumber pendapatan terjejas. Penduduk sebuah perkampungan di Pulau Pinang menjadi resah, berikutan kehadiran kilang batu-bata berdekatan kebun mereka. Mereka yakin pencemaran dari kilang itu penyebabnya. Kegusaran itu disampaikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan sewajarnya. Siasatan telah membabitkan pakar tempatan telah diusahakan dan keputusannya, pencemaran fluorida dari kilang batu-bata disahkan punca kerosakan tersebut.


Tiga buah negara telah mengharamkan penggunaan fluorida. Hakikatnya, seorang kanak-kanak dari Highams Park, Essex menerima pampasan kira-kira RM4,500 daripada sebuah syarikat pengeluar ubat gigi ternama di England. Kevin Isaacs disahkan menghidap sejenis karang gigi dikenali sebagai ‘dental fluorisis’, yang menyebabkan bahagian dalam giginya reput, berikutan kandungan fluorida tinggi dalam ubat gigi itu. Selain masalah gigi, kajian turut mengenal pasti pelbagai masalah lain ekoran kehadiran fluorida berlebihan dalam sistem badan.


Ketua Penyelidik Kajian Kesihatan Awam Universiti Michigan, Maryfran F Sowers berkata, kehadiran fluorida tinggi dalam sistem badan melemahkan tulang wanita, terutama yang sedang menjalani proses putus haid. Katanya, mereka yang terdedah kepada kadar fluorida tinggi menghadapi dua kali ganda risiko untuk mengalami sakit tulang, terutama di bahagian pinggang, sendi dan punggung. Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM).


Profesor Dzulkifli Abdul Razak berkata, bahan itu lebih memudaratkan pesakit buah pinggang, jantung, kencing manis dan AIDS. Pensyarah di Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Sulaiman Noordin, sebelum ini pernah menyarankan kerajaan mengharamkan fluorida dalam proses rawatan air kerana penggunaannya hanya mendedahkan pengguna kepada pelbagai masalah kesihatan.


Beliau berkata, kajian menunjukkan fluorida bukanlah satu bahan pemakanan, sebaliknya bersifat toksik dan boleh merosakkan fungsi organ tertentu. (Pada masa ini, proses rawatan air di negara ini masih menggunakan fluorida bertujuan mencegah kerosakan gigi. Fluorida dalam bentuk sodium siliko-fluorida digunakan pada kadar yang ditetapkan Program Pengawasan Kualiti Air Minuman Kebangsaan 1983 Kementerian Kesihatan, berpandukan Garis Panduan Kualiti Air Minuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu antara 0. 7 hingga 0. 9 bahagian per juta (ppm).


Dr Sulaiman berkata, penggunaan fluorida terutama oleh golongan berumur disifatkan sebagai penganiayaan kerana bahan itu tidak lagi diperlukan dalam sistem tubuh mereka. Kanak-kanak yang keracunan fluorida juga mengalami insomnia, muntah, dan bibir bengkak. Kajian terbaru menunjukkan kaitan pendedahan fluorida dengan kemerosotan tahap cerdik-pantai (IQ) pada kanak-kanak. Sehubungan itu, katanya, banyak negara seperti Belanda, Norway dan sebahagian Amerika Syarikat sudah mengharamkan bahan itu dalam air, berikutan banyak kajian yang mendapati fluorida tidak perlu bagi kesihatan manusia. Kanak-kanak yang keracunan fluorida juga mengalami insomnia, muntah dan bibir bengkak.


Kajian terbaru menunjukkan kaitan pendedahan fluorida dengan kemerosotan tahap cerdik-pandai (IQ) pada kanak-kanak penduduk kampung di Bukit Mertajam ini pastinya mencatat nama sebagai kumpulan awam pertama di negara ini yang mengheret sebuah industri ke mahkamah atas kesalahan mencemari alam sekitar dan merosakkan tanaman jika hasrat mendakwa syarikat itu diteruskan. Aduan demi aduan dikemukakan pihak berkuasa tempatan, JAS dan CAP, yang mana akhirnya mendapatkan perkhidmatan Dr Azman Zainal Abidin, pensyarah Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan beberapa penyelidik lain bagi menjalankan kajian dikawasan terbabit. Sekali imbas, melihat keadaan tanaman durian dan pisang di kebun itu yang kering tidak bermaya, mungkin ada mengandaikan tanaman itu diserang penyakit.

Bagaimanapun, hasil kajian terperinci dijalankan, serangan penyakit disahkan bukan punca kerosakan tanaman berkenaan, sebaliknya pencemaran fluorida dari kilang batu-bata yang beroperasi berhampiran kebun itu. Ujian dijalankan ke atas daun, tanah serta udara di kawasan itu jelas membuktikan kehadiran fluorida pada kuantiti tinggi, sehingga menyebabkan kerosakan kepada tanaman berkenaan. Kepada banyak pihak, pencemaran atau kemudaratan disebabkan fluorida adalah sesuatu yang baru dan tidak boleh diterima akal, apatah lagi kepada manusia ekoran penggunaannya dalam proses rawatan air dan ubat gigi bagi melindungi gigi.
Hakikatnya, pelbagai penyelidikan mengenal pasti kemudaratan fluorida kepada manusia, tumbuhan, haiwan dan alam sekitar, khususnya di sekitar loji superfosfat, kilang kaca dan enamel selain kilang batu-bata. Dalam satu kajian dijalankan di pinggir Flemish, Belgium pada 1974-1975, didapati fluorida yang dibebaskan kilang batu-bata di kawasan berkenaan menyebabkan kecederaaan pada haiwan ternakan. Berdasarkan pengeluaran sebanyak 12 juta hingga 15 juta keping batu-bata setahun, antara 1,900 hingga 2,355 kilogram (KG) fluorida dibebaskan setiap tahun.


Jumlah itu bersamaan 5.2 hingga 6.5 kg fluorida setiap hari atau 216 hingga 260 gram fluorida setiap satu jam. (Pengiraan ini dibuat berdasarkan kadar 30 hingga 95% daripada fluorida dalam tanah liat dibebaskan dalam bentuk hidrogen fluorida dan silikon tetrafluorida ketika proses pembakaran. Ia dibebaskan bersama-sama asap hitam dan partikel lain). Dr Azman berkata, masalah dihadapi penduduk kampung di Bukit Mertajam itu dan faktor penyebabnya hampir sama dengan pengalaman penduduk di Flemish, menyebabkan pihaknya membuat pengukuran fluorida di kawasan berkenaan.


Pengukuran pada udara, tanah serta daun di kawasan terbabit mendapati paras fluorida pada udara dan daun adalah tinggi, masing-masing antara 6. 4 hingga 10. 3 mikrogram bagi setiap meter padu (ug/m3) dan kira-kira 30 ppm pada daun pisang serta 48 ppm bagi daun durian. Kajian perbandingan juga dijalankan di sebuah kilang batu-bata di Johor. Analisis udara menunjukkan paras fluorida di kawasan terbabit tinggi iaitu 5. 62 ug/m3 begitu juga paras fluorida pada daun iaitu antara 31. 5 hingga 58. 7 ppm. Keadaaan ini ternyata jauh berbeza di kawasan yang tidak dicemari asap kilang batu-bata.

Persampelan yang dijalankan ke atas udara dan daun durian di kawasan berkenaan mencatatkan paras fluorida jauh lebih rendah berbanding bacaan di kawasan tercemar iaitu masing-masing 0.05 ug/m3 dan sekitar 5 ppm. Kehadiran fluorida tinggi pada daun ini, kata Dr Azman, menjelaskan mengapa kebanyakan tanaman di perkampungan itu kelihatan tidak sihat. Fluorida yang dibebaskan kilang ini diserap daun menyebabkan ia keracunan atau rosak. Daun mengalami nekrosis (kekeringan) menyebabkan proses fotosintesis, iaitu proses membuat makanan oleh tumbuhan terganggu, sekali gus menjejaskan hasil tanaman.

Kenyataan bahawa kilang batu-bata ini satu-satunya industri yang beroperasi di kawasan itu, tidak syak lagi bahawa pencemaran fluorida berpunca dari kilang itu. Hujah ini diperkuatkan hasil ujian tanah dengan paras fluorida yang rendah iaitu kira-kira empat ppm saja. Ini jelas membuktikan peningkatan fluorida di udara dan daun bukan disumbangkan oleh tanah. Malangnya, tidak seperti pencemaran udara lain, pencemaran fluorida ini kurang diberi perhatian. Tidak ramai maklum bahawa bahan ini yang antara lain dibebaskan kilang batu-bata, mampu memudaratkan hidupan di muka bumi.

Kehadirannya dalam alam sekitar, boleh menjejaskan sistem rantaian makanan. Fluorida dalam udara, diserap tumbuhan, yang kemudiannya dimakan haiwan ternakan. Haiwan ini kemudiannya dimakan manusia menyebabkan bahan pencemar ini memasuki dan mengganggu sistem tubuh badan. Seperti galian lain yang diperlukan hidupan untuk tumbesaran, pengambilan fluorida secara berlebihan mendatangkan kesan buruk. Kajian yang dijalankan ke atas haiwan ternakan di Flemish menunjukkan haiwan yang diracuni bahan itu mengalami masalah pendarahan gusi serta gigi dan tulang reput menyebabkan haiwan tidak boleh berjalan seterusnya menemui maut.

Seperti haiwan ternakan, kesan sama juga boleh dialami manusia apabila mengambil fluorida secara berlebihan. Malah, kehadirannya dalam sistem badan juga boleh mengganggu fungsi enzim dan menjejaskan sistem pelalian. Berbalik kepada kes di Bukit Mertajam, pemilik kilang batu-bata itu bagaimanapun bernasib baik kerana penduduk kampung terbabit akhirnya bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah. Mungkin kerana kesediaan pemilik kilang mengakui kesilapan, membayar pampasan ganti rugi sewajarnya selain melaksanakan langkah bagi menangani masalah pencemaran itu.

Bagaimanapun, masalah ini tidak akan berakhir di sini. Pencemaran fluorida khususnya oleh kilang batu-bata akan berlanjutan selagi permintaan batu-bata menguasai pasaran. Bagaimanapun, keperluan pasaran tidak bermakna kesejahteraan kehidupan dan persekitaran harus dikorbankan. Setiap pihak terbabit kerajaan negeri khususnya PBT serta Pejabat Tanah dan Galian, JAS, pemilik kilang dan orang ramai berfungsi tersendiri bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan berjalan seiringan.

Dalam hal ini kerajaan negeri, khususnya Pejabat Tanah dan Galian serta PBT harus lebih peka dalam memberi kelulusan operasi kepada kilang seumpama di. Pengezonan kawasan perlu dibuat secara lebih terperinci bagi memastikan kegiatan industri tidak mengganggu kawasan perumahan atau pertanian. Pengarah JAS Johor, Tengku Bakery Shah Tengku Johan Berkata, pemberian kelulusan oleh pihak terbabit tanpa merujuk atau mendapatkan nasihat JAS terlebih dulu, adalah antara punca wujudnya kegiatan industri di dalam atau berdekatan zon penempatan.

Masalah ini berleluasa mungkin disebabkan ketiadaan peraturan yang mewajibkan pihak berkuasa merujuk kepada JAS sebelum mengeluarkan lesen kepada industri. Tidak keterlaluan jika dikatakan banyak pihak yang lebih gemar tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerana ia lebih menjimatkan dan memudahkan kerja. Apalah yang ada pada garis panduan, mungkin itu yang difikirkan setiap pihak terbabit. Sedangkan peraturan lagi diketepikan, inikan pula garis panduan, yang sekadar satu cadangan, langkah ke arah pembangunan mapan. Kebanyakan pengusaha indusri juga lebihrela membayar denda daripada melabur sejumlah wang besar untuk kesejahteraan orang ramai dan alam sekitar.

Berdasarkan Peraturan Udara Bersih 1978 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Pindaan 1996), kilang batu-batu perlu mempunyai cerobong pada ketinggian tertentu bagi memastikan kapasiti pencemaran yang dilepaskan tidak memudaratkan manusia dan alam sekitar. Menggunakan Model Serakan Gaussian United Kingdom, ketinggian cerobong dikira berdasarkan kuantiti asap atau pencemar yang dilepaskan, diameter (garis pusat) atau saiz cerobong dan proses yang digunakan bagi menghasilkan batu-bata itu, termasuk jenis bahan api yang digunakan.

Jelas Tengku Bakery, bahan api pejal seperti kayu dan habuk gergaji tidak lagi dibenarkan kerana ia menyebabkan proses pembakaran tidak lengkap dan menghasilkan lebih banyak bahan pencemar. Pada masa ini, hanya diesel boleh digunakan. Pemasangan cerobong pada ketinggian dan garis pusat yang betul adalah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik kepada masalah pencemaran fluorida. Pada ukuran yang sesuai, proses serakan dan pencairan pencemar, termasuk fluorida di atmosfera akan bertambah.Pemilihan bahan api yang tepat juga penting, setidak-tidaknya bagi mengurangkan asap hitam yang dibebaskan bersama-sama ketika proses pembakaran. (Langkah ini tidak dapat menghilangkan fluorida). Satu lagi cara, kata Dr Azman, ialah mengubah hidrogen fluorida (bentuk gas) yang dibebaskan kepada bahan yang kurang reaktif atau lengai (garam). Namun, kaedah ini memerlukan belanja yang besar dan tidak ekonomi untuk dilaksanakan industri, khususnya industri batu-bata pada masa ini.

Sungguhpun begitu, langkah pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Penempatan industri di kawasan sewajarnya, yang jauh daripada penempatan atau kawasan pertanian, bukan saja memastikan persekitaran, kesihatan manusia dan hasil pertanian tidak terjejas, malah menjimatkan masa, tenaga dan wang yang perlu dikeluarkan untuk memulihkan kerosakan yang berlaku.
Artikel ini dipetik dari http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp?Id=96