Khamis, Disember 30, 2010

aku ingin mencintaiMU setulusnya by edcoustic



KONSERT MALAM MUHASABAH CINTA (MMC)

6 januari 2011 (insyaALLAH)..
DEWAN UTAMA USMKK
8.30 -11.30 MALAM

PENAMPILAN JULUNG KALI DI MALAYSIA (USMKK)

gandingan bersama FIKA(mupla) dan HASNUL JAMAL (diwani)

ANJURAN BERSAMA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2009/2010

DENGAN KERJASAMA

SHOUHAR EVENT MANAGEMENT

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA..INSYAALLAH.


Isnin, Disember 20, 2010

persediaan kita

contoh persediaan jarak dekat
Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam...

sekadar perkongsian tentang perancangan masa depan.

setiap detik adalah catatan kehidupan, setiap catatan kehidupan akan indah terlakar bilamana pelakarnya "well prepared" menghadapinya.

tetapi apa itu,"well prepared "?

kata orang "kalau tidak merancang, anda sebenarnya merancang untuk gagal "...

perancangan : menimba ilmu

persediaan yang paling mudah iaitu dengan "gain the knowledge". tidak kira apa jua yang ingin capai pada masa depan, asbab yang paling dekat untuk dapatkan apa yang dicita2kan ialah dengan menimba ilmu dan pengetahuan.

saya ambil satu contoh, yang saya kira semua orang ada salah satu perancangan masa hadapannya iaitu baitul muslim (BM,rumah tangga islam).

dan salah satu persediaan dalam membina BM ialah perancangan ilmu kewangan ISLAM - perancangan ekonomi rumah tangga iaitu dari sudut skim perlindungan ( adakah ia satu keperluan atau kehendak ?) , insurans atau takaful (yang mana menjadi keutaman dari sudut hukum halal dan haramnya) , investment? (perlukah kita terlibat sama ?), simpanan (dalam bentuk FULUS atau dalam bentuk emas - atau kenapa perlu orang ISLAM perlu ada simpanan , apa aim kita untuk kehidupan ini?) dan yang terakhir berkenaan tentang hari tua kita iaitu : persaraan .

jawapan2 kepada ini ,,,anda semua boleh lah start to search the answer ye..


kunci untuk berjaya ialah menyediakan " next step" untuk setiap langkah hidup.
 simpanan

KENAPA PERLUKAN SIMPANAN ?apa tujuan kita as a muslim ?

untuk berbangga-bangga kerana punya simpanan yang banyak?

bagi saya as a muslim, apa2 tujuan dalam kehidupan memerlukan niat kerana ALLAH swt . tanpa ini hidup adalah tiada makna.

jika redha ALLAH yang dituntut insyaALLAH, life will be so simple and not complicated.

dan jika redha ALLAH yang dipasakkan dalam kehidupan justeru itu tujuan simpanan (with investment ) tidak lain tidak bukan kerana ingin mendapat keredhaan ALLAH.

BILA ini , sudah terpasak - sudah tentu penggunaan simpanan (with investment) ini akan tersusun dan terarah ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat...
 kerna kita lihat di MALAYSIA ini, berapa ramai hartawan muslim? kalau ada berapa ramai hartawan muslim itu, dermawan? apa pula kaitan hartawan muslim yang dermawan dengan pembangunan ekonomi umat islam, pendidikan umat islam atau kebajikan umat islam..insyaALLAH semua ini berkaitan...
.(ini peranan simpanan dengan pelaburan, bukan simpanan sahaja deh  )

simpanan dalam bentuk FULUS atau emas atau bagaimana? (boleh dapatkan pengetahuan tentang ini dari buku tulisan ustaz zaharudin salah satunya , riba dan isu kewangan semasa atau blognya )...

dan untuk seterusnya..boleh lah layari blog ustaz zaharudin.net ...banyak info...(^.^)..tak sempat rasanya nak mengarang penuh...

ini lah yang dikatakan ilmu ALLAH yang tidak pernah lekang- terlampau banyak- subhanallah...walau apa jua bidang profesyen anda pada masa depan, kita patut bersama2 cuba untuk memahami "basic " ilmu kewangan semasa.

wallahualam...

itu sahaja, something to trigger the functional brain.


choose to be happy and positive. hidup ini hanya sementara-akhirat kekal abadi.

(^.^))) >>back to work!!!

Jumaat, Disember 03, 2010

motivasi diri


ujian dunia....


terapung sama hanyut , berendam sama basah...

Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam


TERAPUNG SAMA HANYUT, BERENDAM SAMA BASAH.
hehe..(^.^)
suka pepatah pelik ni...
sebabnya first time dengor...
sekali baca macam kebersamaan tapi kali kedua baca macam teraniaya dengan perbuatan sendiri...
huhu, katanya terapung baiklah sama-sama selamatkan diri...

Alhamdulillah,
sebenarnya pepatah ini ada dalam pengisian halaqah semalam bersama adik-adik seperjuangan di bumi USMKK yang berkisar tentang sahabat-kasih sayang-iman.

"Tidak beriman seseorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya " riwayat Bukhari dan Muslim.

Cinta atau kasih sayang dihubungi dengan iman, as consequences , sehingga kurang iman kerana kurang cintanya terhadap saudaranya. Dan cinta yang dimaksudkan ialah yang didasari kepada agama, bukan kepada peri kemanusiaan semata-mata.

# Iman Nawawi menerangkan bahawa tidak beriman dalam hadith di atas bukan bermakna tiada iman tetapi bermaksud ketiadaan sempurna iman. take note ye.

bagaimana ye, nak menyatakan rasa sayang/cinta kepada mereka yang tidak dikenali/x rapat/non-muslim?

sayang/cinta mudah dinyatakan/disalurkan/diperlihatkan bilamana mereka (saudara-saudara) ini kita kenali.
sebagai contoh jika sayang adik, kita akan didik dia, ajarkan dia ,bantu dia kenal dan sayang ALLAH (solat 5 waktu, berpuasa sunat dan etc..)

namun,
yang tidak kenali/x rapat/non muslim pula, ia bukan satu alasan...

moh kita buat ini :

1. Senyum

2. Menyampaikan salam " Assalamu'alaikum".

3. Berpakaian sempurna. bertudung labuh, berbaju labuh, berkopiah (Indirect dakwah dan cerminan) -terkadang menimbulkan inspirasi sipemandang untuk turut memakainya.

4. Berdoa : Mohon agar seluruh umat islam tidak kira di bumi Malaysia, dan etc. senantiasa dalam hidayah dan petunjuk Allah SWT..dan non muslim pula, doakan agar diberi hidayah petunjuk ALLAH..

itu sahaja,..

sebarkan kasih sayang di bumi ALLAH ini...
--hujan rahmat di serambi mekah ini--




Isnin, November 29, 2010

saat lafaz sakinah

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku

Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

p/s : barakallahulakuma zaleha n tajuddin...


Sabtu, November 20, 2010

assalamu'alaika ya rasulallah (bercelak)

petikan dari majalah solusi isu no.25

Rasulullah bercelak

ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Hendaklah kalian bercelak dengan menggunakan batu celak (al-ithmid) sebab celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata) "

riwayat al- Tarmizi dan Abu Daud.

nilai sabar dan nilai malu.


Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.

satu perkongsian "simple and short".

kuliah daripada ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang berbicara tentang nilai sabar pada seorang lelaki dan nilai malu bagi seorang perempuan.

ringkasannya...tentang SABAR..

dimana akan hilang sifat kelakian seorang insan bernama LELAKI bilamana TIADA nya sikap sabar dalam diri pabila berdepan permasalahan rumah tangga..

apabila kita "review" balik kisah-kisah rumahtangga di dada akhbar,antaranya ialah retaknya institusi tersebut apabila sang suami sudah mula menunjukkan tahap optimun kesabaran dan akhirnya diikuti dengan buah-buah tangan "free" yang hinggap dibadan sang isteri dan anak-anak. Tidak cukup sekadar itu ungkapan Cerai terlafaz, daripada si suami yang sudah hilang pertimbangan akal yang sedar.

habis berbelang-belang bagaikan kuda belang (nauzubillah..(T.T)). Tiada lagi ungkapan "sayang" dan "cinta" pabila nafsu amarah melingkari diri.

dan menyentuh isu amarah ini, imam Ghazali berkata : "kemarahan manusia bermacam-macam. (1)Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. (2) Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. (3) Sesetengahnya lambat marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yang terpuji "

hilangnya sabar, tertegaknya amarah
 # maka lemah lah seseorang itu...SEKALIPUN DIA ORANG GAGAH DAN DITAKUTI..


Khamis, Oktober 14, 2010

be the best YOU can be

Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam...

terasa bahagia,
terasa tenang,
bilamana...
hari-hari dipenuhi kata-kata motivasi...
hari-hari dipenuhi dengan pengajaran dan pembelajaran dari alam...

biapun hanya sepatah dua kata atau hanya sekilas pandangan mata..
namun bilamana ia didasari dengan keikhlasan dan pengalaman..
didasari rasa kesyukuran dan rasa betapa hebatnya MU ya Rabb,
itu sudah cukup,
untuk diri ini terus bersemangat!!!

insya ALLAH...

Selasa, Ogos 31, 2010

bonda

Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.

Alhamdulillah,
sampai tika ini masih merasai nikmat kasih sayang bonda tercinta...


Alhamdulillah,...
sang anak-anaknya..
walau ada yang jauh dimata ,
apatah lagi yang dekat dimata..
tiada beza..
ia tetap belaian yang sama...

Alhamdulillah ya ALLAH,
kasih-sayangnya jua,
tidak sekadar di persinggahan dunia ini...
malah untuk akhirat jua..
didoakan anak-anaknya..
...moga berbahagia dunia dan akhirat..
...diberkati dan dipermudahkan segala urusan...

ya ALLAH...
bahagiakannya dunia dan akhirat MU..

amin yarabballa'lamin..

Sabtu, Ogos 21, 2010

titik untuk berubah.

Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam...


perubahan memerlukan tindakan,
perubahan tertakluk kepada keberkesanan method yang dipilih...
jika methodnya boleh terhakis dengan angin lalu,
maka Akhirnya tiada perubahan yang berlaku...


sedikit pendahuluan dalam mendalami erti perubahan...
Alhamdulillah...
ramadhan 1431H, sebagai titik untuk berubah!, berhijrah daripada tidak tahu kepada tahu, daripada tahu kepada memahami, daripada memahami kepada mengamalkannya!!!..


atau versi yang mudahnya ialah :


TAHU, FAHAM & AMAL...InsyaALLAH.


Moh/jom/lets kita koreksi diri sebentar dengan nikmat-nikmat (tak terkira banyaknya..bermilion-milion) yang ALLAH pinjamkan sebentar untuk kita...


(>.<)..adakah benar2 (saya terutamanya) kita menghargainya dan bersyukur terhadapnya dengan menjadi hamba taat kepada NYA...


atau dengan formula yang mudah :


MILLIONS OF NIKMAT X LIFE SPAN till now! = HAMBA YANG TAAT.


Pastinya kita hamba yang tidak sempurna, terkadang lalai daripada perintahnya.


moganya....
ramadhan kali ini, kita berusaha melipat gandakan usaha untuk mendekatkan diri pada ALLAH swt..
sebagai persediaan menghadapi bulan2 yang mendatang...


ya ALLAH,
Jadikan kami hamba yang sentiasa ingat padaMU,
Syukur atas segala nikmatMU,
senantiasa beribadah terhadapMU..]


Berubah untuk jadi lebih baik!...

Ahad, Ogos 15, 2010

ada insan yang dapat bertemu, namun hanya sementara.

Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.

hari ini sudah pun malam ke 6 bulan ramadhan.

catatan kali masih berkisar tentang kematian seorang lagi insan yang terlibat dalam kemalangan langgar lari sejurus selepas pulang daripada menunaikan solat terawih.

history nya tidak berapa lengkap dan memerlukan autopsy external.

pertama kali diberi peluang melihat jenazah yang meninggal kerana kemalangan, sungguh mnyentuh hati..
tambahan pula, kelihatan kelibat saudara-mara yang datang melawat ke unit forensik. suasana sedih menyelubungi setiap sudut.

bertafakur dan bermuhasabah diri ini bahawasanya : setiap yang hidup pastikan mati...

teringat pula lirik lagu kump. hijaz dalam albumnya pelita hidup...

" hidup ini bagai lampu dinding...yang dinyalakan dimalam hari...apabila minyak sudah kering..iakan pastikan padam sendiri.."


ya ALLAH, tiada yang mudah melainkan Engkau permudahkannya...ya ALLAH permudahkan dirini dalam menghadapi sakaratulmautmu...jauhkan dari nerakaMU..permudahkanlah HISABku...tempatkanlah diri ini dikalangan orang-orang mukmin..
tiada kekuatan melainkan dengan MU..ya ALLAH...
AMIN YA RABBALAMIN..

p/s : moga roh Allahyarham dicucuri dengan rahmat dan kasih sayang Allah, dan ditempatkan dikalangan orang beriman..amin3X..

Selasa, Ogos 10, 2010

ada insan yang tidak dapat bertemumu..

Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam...

secebis peringatan untuk diri ini...

petang tadi, saya ada mendapat khabar satu kematian. Hamba ALLAH ini, tidak pula saya kenali malahan belum pernah diberi peluang untuk menatap wajahnya.


diberitakan, Allahyarham terbabit dalam kemalangan jalan raya yang akhirnya meragut nyawanya ditempat kejadian.


Allahyarham sebelum ini sudah pun menghadapi sejenis penyakit "osteogenis imperfecta", justeru itu dengan keterlibatan Allahyarham dalam kemalangan ini mengundang maut kepada beliau....--fragile bone,multiple bone # mungkin---


adiknya, driver -turut cedera dibahagian kepala-masih diletakkan dired zone untuk pengawasan dekat, manakala seorang lagi kawannya dirawat sebagai inpatient dan baki seorang lagi-outpatient...


kalau dikira, esok bulan ramadhan bakal tiba mmbawa barakoh sekalian alam, bulan ibadah untuk insan yang merinduinya...


namun, telah ditakdirkan untuk hamba ALLAH ini, untuk tidak dapat ketemu dengan bulan MU , YA RABB...
Walau selang masanya hanya kurang 24 jam,untuk ketemu ramadhan, namun,,segalanya sudah tersurat untuk dirimu, wahai hamba ALLAH...


ALLAH lebih menyayangimu...pergi jua akhirnya...


moga rohmu, dicucuri dengan barakah daripada ALLAH swt..amin ya rabbalamin..

p/s ; masih berbaki beberapa jam, untuk ketemu dengan mu, wahai ramadhan karim....

Rabu, Ogos 04, 2010

analogi : solat

Alhamdulillah masih merasai nikmat iman dan islam..

pulang ke rumah baru2 ni, singgah sebentar untuk solat jamak di Masjid Tengku Tengah Zaharah dan walaupun hanya sebentar , dapat juga satu "take home message " iaitu tentang solat daripada ustaz yang meyampaikan kuliah agama antara maghrib dan isyak sebelum bersegera pergi untuk meneruskan perjalanan pulang.

analoginya mudah dan praktikal...

"seseorang murid/anak dilatih untuk tahu membezakan waktu untuk belajar,untuk bermain atau untuk berehat sejak awal usia lagi. Didikan ini disemai dalam diri mereka sama ada berada di rumah atau di sekolah. Jika salah satu "event" melampaui batas MASAnya atau dilakukan pada waktu yang tidak sesuai contohnya ketika belajar pun hendak bermain, alamatnya akan bisinglah satu rumah dek kerana leteran ibu dan ayah DAN jika di sekolah -didendanya murid tersebut"

aplikasinya : untuk diri ini dan juga kawan-kawan..

SOLAT
ruang masa untuk solat adalah hanya untuk solat !, tiada lagi "adds on" - masalah-masalah belajar!, masalah peribadi! masalah keluarga!, masalah-masalah di tempat kerja! dan semua2 masalah dunia!...lupakan segalanya!...

pastinya solat yang khusyuk bakal ada ganjarannya..

firman Allah SWT dalam surah al-mu'minun 23 :1-11 yang membawa maksud:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela:-
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -Yang akan mewarisi Syurga Firdaus mereka kekal di dalamnya.


Wallahualam...
tarbiyah untuk diri...

Sabtu, Julai 31, 2010

Mereka-mereka ini..sungguh comel.


barisan pertama -muslimah-muslimah muda.


muslimin soleh 1


muslimin soleh 2


muslimah solehah 1


muslimah solehah 2


muslimah solehah 3

Alhamdulillah,
Subhanallah,
Allahuakbar...

Moga kalian adalah generasi pemimpin islam dimasa depan...
amin.

Jumaat, Julai 23, 2010

do you SURE you still remember US!!!

Do you still remember us?!
We are still under siege!
Darkness.... .
And hunger.....

Do you still remember us?!
To get water we have to walk so far.....
To fill a bottle or a jar......

Do you still remember us?!

We still have lack of food.....
We still fear daily hunger...

And when we have no choice...
And when the situation becomes unbearable.. .
We try to smuggle...
Some thru the tunnel...
Do you still remember us?
Our kids...
Are dying every day in their beds.....
Due to the lack of Medication.. .
And others...
Have just tears to shed.....
Do you still...
Remember us?!

Death was falling everywhere.. .


It was like rain...

At hospitals...
At schools...
There was no difference between a young...
Elderly or a child...
An animal...
Everyone...
Was at death site!
There was No place...

To hide!
Do you still remember us?!
It was a genocide... It was a massacre...


It was Murder...
It was a vicious crime...
It was a CRUEL action...
An act of a MONSTER...
The manners of a COWARD...
It was the silence of a friend... It is the dirty true FACE of Politics


It is a FACT!
It's incomprehensible!
IT'S A PERMANENT SHAME!
It was BETRAYAL!
It is some how believable!

But this is Incredible!!!
It is a bunch of hypocrites!Double standards!!
It is the continuous AID...
Made by... The true forces...
Of Evil! .. SAME

Do you still remember us?!
The dead...
Were everywhere...
That sometimes we had no place...
To make even Our prayer.....
Do you still...
remember us!!!
At that time... Some watched...
From afar...
Some danced at the beach shore...
Some were happy...And joyful...
Some said: "NO..."
To the massacre!
And the torture...
Do you still remember us!
Many watched us...
Many carried...
The SHAME!
Many did not DARE!!
Others said i truly care...

But now we hear from them very..very.. very..rare!

Are you sure you still remember us?!
Now we have nothing...
But pain.....
illness.....
And daily...
Sadness..... .
Do you really...
Still remember us?!
At least in your prayer???!
Gaza children and people implore you!
They are dying...
Due to the continues blockade!
There is growing humanitarian crisis...
Happening...
In Gaza.....
There is an EXTREME...
Restricted access to food...
Water... And Medicine...

p/s-shukron to my bro. for reminds me abt them..